Pages

Selasa, 10 November 2020

Lempeng Ubi Kayu & Secawan Kopi Tenom

Tiba-tiba teringin makan lempeng ubi kayu campur kelapa parut! Rindu betul  ingin menjamah lempeng penuh nostalgia di zaman kanak-kanak ini. Maklumlah kami dan orang kampung rata-rata hidup sebagai petani, dan sudah tentulah membesar dengan hasil tanaman kontan begini. Lempeng ubi kayu ini merupakan salah satu menu orang kampung selain ubi rebus, belebat, bingka, getuk dan menu lain yang sewaktu dengannya. Biasanya lempeng ubi kayu dijadikan bekalan sewaktu menoreh getah di sebelah pagi.
Oleh kerana kami dikerah ke kebun jika musim cuti sekolah, jadi memang lempeng ubi kayu menjadi salah satu bekalan wajib. Jika sedang berehat di kebun sambil menikmati bekalan ubi kayu dan kopi hitam panas dari termos, adakalanya kami akan berkongsi bekalan dengan petani yang sedang berkebun di sebelah tanah kami. Jiran ini juga bawa bekalan, dan kami bertukar-tukar makanan pula. 
Cara mengolah lempeng ubi kayu sangat mudah. Ubi kayu yang sudah diparut akan dicampur dengan kelapa parut dan garam secukup rasa. Sedikit minyak akan dioles di atas kuali, dan bubuh adunan ubi kayu tadi serta ratakan. Gunakan api kecil, dan terbalikkan lempeng supaya masak sekata kedua-dua belahnya. Paling kami suka sudah tentulah lempeng ubi yang garing! Kami makan begitu sahaja tanpa perlu tambahan sambal dan sebagainya. 
Alhamdulillah, petang tadi dapat juga makan lempeng ubi kayu. Kami beli dua ketul ubi kayu seberat 1 kg dengan harga RM3. Lebih dari cukup untuk dibuat lempeng. Amie hanya gunakan seketul sahaja untuk dijadikan lempeng.

Bahan-bahan:
2 cawan ubi kayu parut
1 cawan kelapa parut
1 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara:
  1. Letakkan kuali di atas dapur. Gunakan api kecil. Oles minyak di atas kuali.
  2. Masukkan adunan ubi kayu mengikut sukatan yang dikehendaki dan ratakannya.
  3. Terbalikkan lempeng supaya kedua-dua belah masak sekata. Jika suka lempeng yang garing, tambahkan masa lempeng di atas kuali sehingga lempeng kelihatan kuning keemasan.
  4. Angkat dan hidangkan bersama kopi panas.

Lempeng Ubi Kayu

Secawan Kopi Tenom


Dulu, arwah wak kami (kakak Bonda) yang kami panggil Wak Perak (sebab tinggal di Perak) selalu kirim kopi buatan sendiri untuk kami sekeluarga. Walaupun serbuk kopinya agak kasar sedikit berbanding serbuk kopi halus yang dimesin, tetapi aromanya cukup menggoda! Sedap sangat baunya ketka dibancuh dengan gula pasir dan air panas mendidih dari cerek. Sekarang tak jumpa dah kopi homemade begitu. Bancuh sajalah mana-mana kopi yang ada.



Sekian.
Cerita orang mengidam lempeng ubi kayu di musim PKPB.


11 ulasan:

  1. Sedapnya lempeng ubi kayu.Saya pernah masak lempeng ubi kayu ni tetapi tidak sekemas & cantik seperti lempeng cikgu. Stok ubi kayu masih ada 2 ketul & kopi Tenom juga ada nih. Macam nak bermenu inilah pula pagi esokšŸ¤­

    BalasPadam
  2. Dah lamanya tak ngadap lempeng ubi kayu
    Masa kecik2 dulu memanglah selalu jumpa

    BalasPadam
  3. Wahhhh. Tak pernah lagi makan lempeng ubi kayu. Nak try laaa. Tq share resipi :)

    BalasPadam
  4. suka makan lempeng ubi kayu, dan kopi tenom pun sedap.

    BalasPadam
  5. Sedapnya, hidangan minum petang yang ringkas. susah nak dapat ni.sesekali buat dan makan memnag terbaik sedap dia. Tambah pula ada secawan kopi tu.

    BalasPadam
  6. sedapnya lempeng ubi bekalan ke kebun

    BalasPadam
  7. Time tea time makan ni, sedappppp !

    BalasPadam
  8. Nampak sedap! Layan masa sarapan atau minum petang best ni!

    BalasPadam
  9. Sedapnya lempeng.. sha tak pernah makan lempeng ubi kayu.. Macam menarik nie..

    BalasPadam
  10. Sedapnya lempeng ubi kayu. Lagi-lagi lawan dengan kopi panas.

    BalasPadam