Pages

Sabtu, 14 November 2020

Roti Pisang ala Domino's Banana Kaya

Selamat pagi semua. Sarapan apa pagi ini? Alas perut itu perlu sebelum kita mulakan aktiviti atau rutin harian. Moga sentiasa sihat dan bertenaga. Pagi ini Amie sediakan sarapan roti pisang panggang ala-ala Domino's Banana Kaya. Resipi ini ambil dari sini: Cara Buat Roti Bakar Pisang Ala Domino’s Banana Kaya. Terima kasih SirapLimau dan Siti Nur Baini atas perkongsian ini. Sebenarnya sudah pernah buat beberapa kali roti pisang ini tapi tak pernah kongsikan di dapur maya. Oleh kerana selalu melihat roti pisang ini banyak kali lalu lalang di medsos, malas pula nak kongsi .... ahaks!

Hasilnya memang tidak pernah mengecewakan! Rangup, lemak manis dan cukup rasa! Bagi yang belum mencuba, silakan buat hari ini. Tak cukup makan sekeping kalau dah cuba sekali! Bahannya pun tak banyak. Pendek kata resipinya sangat simple dimple! Hanya perlukan roti, pisang, marjerin  atau butter, telur dan gula. Kalau tak nak bubuh gula pun boleh, sebab dah ada rasa manis pisang. Amie gunakan pisang berangan. 

Roti Pisang ala Domino's Banana Kaya


Mula-mula sapu marjerin atau butter di kedua-dua permukaan roti.

Kemudian pecahkan sebiji telur dan pukul.
Sapukan pada sebelah permukaan /depan  roti sahaja.

Hiriskan pisang ikut style yang disukai, dan kemudian susun di atas roti. Seterusnya sapukan telur sekali lagi di atas permukaan roti dan susunan pisang tadi.

Jika suka, taburkan secubit gula di atasnya. Gula ya, bukan secubit garam...hiks! Kemudian bakar atau panggang hingga kuning keemasan. Jika ingin tambahkan bahan lain seperti taburan coklat, cheese dan sebagainya pun boleh. Ikutlah selera masing-masing. Selera kami cukup sampai di sini saja, takp perlu bubuh apa-apa lagi. Rasa pisang itu pun dah cukup lazat!

Roti Pisang ala Domino's Banana Kaya


7 ulasan:

  1. waaaaa ok nak try buat utk breakfast esok pagi... !

    BalasPadam
  2. wah rajin amie. saya pun breakfast bread juga tadi tapi bread yg dipanaskan kat pan pastu simpan cheese sampai melted. masuk fish nugget dlm air fryer, anak, ibu, nenek dan kucing gemuk hitam makan sekali 😂😂

    BalasPadam
  3. alahai tengok pun dah terbuka selera ni..harus dicuba

    BalasPadam
  4. Nampak sedap, Amie. Mekasih share, dapat idea skrang, apa nak masak for breakfast. :)

    BalasPadam
  5. Nampak lezet bangat nih.. Harus cobain nih...

    BalasPadam
  6. Sedapnya sarapan kak amie. Sarapan macam ni pun dah cukup lazat dah.

    BalasPadam