Selalu nampak lalu lalang Pondok Sate di FB, peniaga yang terdiri daripada anak-anak muda berkulit cerah yang kacak lawa sedang bakar sate dan sayap ayam. Apabila Amie tunjukkan kepada Encik Suami tentang Pondok Sate ini, Encik Suami kata, bukankah itu kedai makan Mak Riz. Mak Riz ialah sepupu Encik Suami, rumah kelahirannya bersebelahan dengan rumah Encik Suami di kampung. Sekarang Mak Riz sekeluarga tinggal di taman perumahan yang sama dengan kami, tetapi berlainan lorong. Arwah ibunya, adik kedua bongsu arwah FIL. Ibu Mak Riz berkahwin dengan orang Iban, jadi Encik Suami kata sate yang dijual di Pondok Sate itu hasil air tangan anak Iban-Cocos. Kedai makan @ Pondok Sate itu letaknya bersebelahan dengan Masjid Kampung Khamis, satu lorong ke Sekolah Agama Rendah Kampung Khamis. Pada sebelah pagi, Firdaus bersekolah di situ, tetapi semenjak PKP yang pertama, sehinggalah sekarang, Firdaus tidak dapat meneruskan pengajiannya lagi.
Dulu, rajin juga Amie ke kampung, singgah di kilang roti Mak Riz. Sekarang pun kilang roti masih beroperasi. Amie cuba belajar buat roti, tapi tangan tetap keras kejung. Kata Riz, anak bujang Mak Riz (orang Melayu Cocos sebut nama ibu dengan nama anak sulung, misalnya Abang Farid anak sulung kami, jadi kalau di kampung nama Amie jadi Mak Farid), ibunya yang menyediakan perapan sate dan juga kuah kacang. Belum pun cuba makan secucuk sate, sudah terasa keenakannya! Kalau di LD dan juga Tawau, ada beberapa gerai sate milik peniaga Melayu Cocos, dan memang rasa sate mereka sangat sedap. Isinya besar, dan cukup rasa. Kadang-kadang tak perlu cecah dengan kuah kacang, makan sate begitu saja pun sudah cukup lazat!
Antara sate yang dijual di Pondok Sate ialah sate ayam dan sate daging. Menurut Riz, sate kambing akan menyusul kemudian.
Gambar-gambar sate dalam pinggan di atas ini bukanlah gambar kami makan di kedai makan Mak Riz. Kami hanya beli sate dan bawa pulang untuk dinikmati seisi keluarga. Jadi, Amie ambil gambar di dapur sendiri.
Sebenarnya sudah banyak kali hendak singgah membeli di sini, tetapi sate selalu sold out sebelum pukul 6 petang. Jadi, petang tadi sekitar pukul 2, Amie ajak Encik Suami datang ke sini dengan harapan masih ada sate untuk kami. Oleh kerana ada khidmat penghantaran juga, jadi lain kali boleh tempah saja dan tunggu sate datang ke rumah.
Sambil bersembang dengan Riz dan juga beberapa orang pekerja di situ, yang terdiri daripada anak-anak muda, anak buah dan anak saudara Riz, sempat Amie tangkap gambar Riz bakar sate. Kebetulan Mak Riz pun ada di situ, jadi sempat bersembanglah kami sementara menunggu sate masak di tempat pembakaran.
Harga secucuk sate ayam ialah RM1 dan secucuk sate daging RM1.20. Ini harga strandard untuk mana-mana sate di LD. Ada juga sate yang lebih murah, tetapi tidaklah penuh isi seperti sate harga RM1.
Nanti sampai di rumah, adalah tu yang akan bertanya : Kenapa tak beli sayap? Kenapa tak beli buntut ayam? Buntut ayam Mak Riz tak jual ye Fuad. Untuk Fairuz, ada sayap ayam di sini. Nanti Mommy belikan juga.
Sayap ayam berharga RM2 untuk setiap ketul.
Anak-anak kata, tak payah makan malam lagilah Mommy. Kami dah rasa kenyang makan sate.
Alhamdulillah.
Seperti yang diduga, memang sate Mak Riz sangat sedap!
Hirisan bawang merah dan timun itu Amie tambah sendiri.
Sayap ayam pun sedap! Masak sekata dan isinya pun juicy! Pandai anak muda tadi bakar sayap ayam! Tak perasan siapa habiskan sayap ayam dalam pinggan, sebab bila Encik Suami hendak ambil seketul, pinggan sudah kosong. Tak lain tak bukan, memang raja sayaplah yang patut dipertanggungjawabkan menghabiskannya sekelip mata!
Sokong anak muda berniaga.
BalasPadamNampak sedap kejadiannya.
Kenapa tiba-tiba saya rasa nak makan sate juga. Heee...
BalasPadamKalau di semenanjung, sayap dipanggil kepak. Anak muda memang panggil wing la. Kalau zaman kita wings tu senonim dengan Awei. Hihihi.
Kalau sebut sayap saya akan teringat Sayat-sayat @ Gunung Kinabalu.
@Warisan Petani Mudah-mudahan bisnes maju ye Wak.
BalasPadam@namakucella Dulu Sayat-Sayat sangat sejuk. Sekarang tak berapa sejuk, terakhir naik Gunung Kinabalu 2014.
BalasPadamHahaaa... zaman rock rockan dulu ye!
tertelan telan air liur saya tengok post ni haha..sedap sungguh nampak sate2 tu
BalasPadamTeringat dulu masa datang Tawau 2007 mmg pakcik rekomen sgt sayap panggang di pasar malam Tawau.. awal thn ni ke KK merasalah jugak sayap panggang di Kundasang yg glamer itu.. hihihi
BalasPadamAkak cakap pasal buntut ayam.. Terus teringin kak.. Baru esok ingat nak start diet suku2 separuh balik 😂😂😂
BalasPadamteringat saya time kecil2 selalu gaduh dgn abang pasal abang selalu cakap kami ni adik beradik semua anak tiri mak kerana bila orang cari mak, mesti sebut nama abang , macam kes Amie la juga, Mak Farid ...
BalasPadamhaha ... now dah ada anak, orang2 sekitar pun panggil saya dengan nama Mommy Iman .. memang adatlah kan kena panggil guna nama anak pertama ...
Nampak isi padat satay tu kurang nampak lemak dia. Berbaloilah sangat lah dengan harga tu. kalau dah makan satay memang kenyang dah. Kalau dah favourite raja ayam, laju lah habis kan kak amie. hihi
BalasPadamBESAR SATENYA MAKAN 2 CUCUK DAH KENYANG TU
BalasPadamTeringat pulak dulu2 sya pernah berniaga sate bersama Ibu. Kuah sate Ibu sya mmg tiptop..ramai puji. Ohya, komposisi secucuk sate tu perlu ada kulit ayam sedikit supaya lebih juicy. Tu antara tekniknya
BalasPadamsayap ayam yg mmg sedap! atie boleh makan 10 ! hahaha
BalasPadamNampak besar-besar sate nya! Kegemaran saya sejak kecik, sate. :D
BalasPadamAduhaiiiii tenguk satay ngences saya. Dah le peminat satay. Kepak ayam pun minat juga.
BalasPadam