Kelmarin Amie ikut google meet yang dijadualkan bermula dari pukul 8 pagi, berakhir pada pukul 4 petang. Kenduri kesyukuran di rumah adik ipar bermula selepas solat Asar. Waktu solat Asar di LD pada pukul 3:19 petang. Jadi Amie tak dapat ikut ke kampung. Encik Suami dan anak-anak sahaja yang pergi ke kampung, sementara Fairuz tertidur di dalam bilik sebab keletihan pulang dari laut bersama abang sepupunya.
Menjelang senja Encik Suami pulang dari kenduri, dengan membawa pelbagai oleh-oleh. Ada kuih-muih, lauk-pauk dan nasi, bubur merah, jajan, buah-buahan dan minuman kotak. Kata Encik Suami, semua adik-beradiknya dapat sekor ayam panggang dengan nasi kuning. Adik ipar buat majlis kesyukuran smpena naik pangkat isterinya, iaitu biras Amie.
Ayam panggang nan seekor itu kami simpan dalam peti sejuk. Semua sudah kenyang makan di rumah adik ipar. Kata Encik Suami, esok pagi boleh panaskan ayam panggang dalam oven. Pulut pun panaskan semula dalam periuk pengukus.
Pagi tadi, Amie lewat bangun. Encik Suami sudah keluar bekerja. Jadi, Amie panaskan pulut kuning dan ayam panggang pada pukul 12 tengahari, sementara menunggu Encik Suami pulang dari kerja. Jadi, makanan tidaklah terlalu panas sebab baru keluar dari oven dan periuk pengukus. Abang Farid order makan tengahari secara online.
Pulut Kuning & Ayam Panggang |
Pulut Kuning & Ayam Panggang sempena kenduri kesyukuran. |
Ayam Panggang dipanaskan semula dalam oven. |
Pulut Kuning dipanaskan semula dengan cara mengukus. |
pulut kuning sedap juga di makan dengan ayam panggang. Menggoda betul ayam panggang kak amie tu. Lama juga tak makan bubur merah. Rasannya zaman kecil kecil je dulu pernah makan. Sedap sedap menu di majlis kesyukuran.
BalasPadamWah rezeki tu dapat pulut kuning dengan sekor ayam panggang, boleh makan sampai kenyang.
BalasPadamWah, sedapnya pulut kuning. Saya tak pernah makan dengan ayam panggang. Biasa makan dengan rendang ayam atau daging. Alhamdulillah, rezeki. :)
BalasPadamSyukur Alhamdulillah rezeki ayam panggang seekor.
BalasPadamSemua nampak sedap
BalasPadamKamoung saya ada bubur ni terutama musim menjai padi, tapi hanya putih tiada merah. Gula garam santan semua dilebur sekali. Sejak merantau baru kenal bubur putih merah ni. Menarik
bubur merah ni memang uncle suka!
BalasPadamSedap betul tengok semua menu tu :)
BalasPadamWahh terletak je ayam nya😁
BalasPadamAlhamdulillah, perkongsian rezeki yang begitu bermakna
BalasPadamSetiap keuarga dpt seekor... alhamdulillah semoga murah rezeki keluarga ipar biras amie.. kursus apa tu amie berGM dr pg ke ptg 😅
BalasPadamKakmim,
PadamAda dua kursus, yang pagi hingga tengahari dari jabatan, sambung pukul 2 hingga petang dari spa.
hidangan pulut memang fevret !! gu dengan apa pun cheq suka
BalasPadamikan masin pun layann..
pulut dgn ayam gulai ,terliur
BalasPadamSedapnya dh lama tak makan mcam ni.. teringin
BalasPadamPermohonan ke luar negara online kpm - ini peluang anda untuk belajar di oversea.
Doktor Veterinar malaysia peluang kerjaya lumayan sebagai Doktor haiwan
Senarai Program asasi untuk jurusan sains yang ditawarkan oleh ipta.
Here is the 5 top reasons to take A-level in malaysia