Selamat pagi semua. Selamat memulakan hujung minggu bersama keluarga tersayang. Jom jalan-jalan keliling rumah lihat tanam-tanaman di atas tanah sekangkang tikus. Pagi ini terpandang buah limau nipis merekah di bahagian bawahnya. Adakah isi limau terlalu padat atau kulit limau tidak mampu menampung isinya? Atau mungkin disebabkan hujan dan panas yang tidak menentu, maka cuaca turut mempengaruhi keadaan buah?
|
Percikan air hujan dan renjisan air siraman menyebabkan tanah melekat pada kulit limau nipis. |
Ini merupakan kali pertama limau nipis belajar berbuah. Buah-buahnya pula keluar sebiji-sebiji, dan menghampiri tanah, maklumlah pokoknya pun masih kecil.
Alhamdulillah. Pokok limau nipis memperlihatkan perkembangan yang baik dengan pertambahan pucuk mudanya yang berdaun subur!
Hanya sebiji sahaja yang terbelah merekah, yang lain semuanya okey.
Mari kita belajar erti redha.
1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah S.W.T.
3) Redha terhadap Allah S.W.T terbahagi kepada dua :
Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah S.W.T. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima ketentuan Allah S.W.T. tentang nasib yang mengenai diri.
Sumber: http://muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.htm
Bestnya kak, dana takut nak tanam limau... selalu banyak ulat suka makan daunnya
BalasPadamsedapnya limau ais! sama macam kak dana, pokok limau saya selalu kena serang beluncas
BalasPadamBoleh pula sampai merekah kulit nya ,terlebih muatan tu...hihii.
BalasPadamKat rumah akak buah limau purut banyak juga sedang berbuah.Selalunya hanya 1 dua biji je.
Agaknya sbb baru belajar berbuah kot. Tinggilah dia pro siket nanti eloklah kot buahnya, hihi
BalasPadamAda kalanya hasilnya pasti ada yang tak elok. Sedap limau nipis buat air. Biasanya orang lebih suka tanam pokok limau kasturi. Mungkin lebih senang tapi limau nipis lagi sedap dibuat air kan :)
BalasPadamLumrah bila cuaca tak menentu, ada pengganti kemudian menyusul.
BalasPadamada yang kata pokok kalau da berbuah sekali kita kena cantas balik kan ?
BalasPadambiar tumbuh semua merimbon..