Selamat berhujung minggu buat semua. Hari minggu bukanlah hari untuk bersenang-lenang berehat depan televisyen. Inilah hari paling sibuk dengan kerja-kerja rumah yang sedia menanti. Sangkaan Amie hari ini segala aktiviti yang dirancang berjalan lancar, tapi tergendala lebih awal... ahaks!
Kelmarin petang., lebih kurang pukul 6 petang kami dapat arahan tugasan yang perlu disiapkan secara online. Selepas Maghrib, pukul 6 lebih terus menghadap komputer sehinggalah pukul 10 malam. Kerja tak selesai juga. Syukurlah sambil bekerja sambil bertukar pandangan dan tunjuk ajar kawan-kawan. Setelah berkira-kira untuk tidur, tiba-tiba dapat mesej kerja tak betul, tak lengkap. Tengahmalam, hampir pukul 12 turun semula ke bawah, buka komputer sekali lagi. Tak tahan rasa silau dan sakit kepala, akhirnya akur mengalah untuk berehat dan tidur. Pagi tadi, sambung lagi tugas dari pukul 7 pagi sehingga selesai kira-kira pukul 10 pagi.
Selama berBDR, kerja-kerja online ini lebih banyak stress berbanding bekerja secara manual! Sudahlah tidak kira masa, pagi atau petang, siang atau malam, hari cuti dan sebagainya kalau majikan sudah arahkan tugas, terpaksalah ikut. Entahlah. SYMA kononnya.
Apa pun, dengan adanya dapur maya, waktu rehat ketika online, boleh jenguk-jenguk sapu sawang dan berblogwalking.
Pagi ini memang dapur tak berasap. Rezeki Allah nak bagi, selesai sahaja tugasan, jiran sebelah beri salam, dan hulur nasi kuning! Macam faham-faham jew jiran kita tentang kesibukan kita. Kebetulan pula perut sudah berkeroncong minta diisi. Anak-anak pagi tadi memang cari makanan sendiri di dapur, apa yang boleh dimakan, makan sajalah.
Nasi Kuning Sambal Ayam & Telur |
Kakmim pun x masak lagi hari ni.. masih bercinta dgn kain baju perlu dilipat ni.. haha
BalasPadamPemberian jiran di saat kita sangat perlu seumpama lapar tapi malas nak masak,atau tgh sibuk tak sempat nak masak..terasa sungguh nikmat berganda2 kan, Alhamdulillah..nampak pun tau sedap tu.
BalasPadamnasi kuning ni saya ingatkan nasi planta dulu.. hehe..
BalasPadamasal kuning semua ingat planta..
alahai...lapar terus tengok gambar nasi dan lauk nya ni
BalasPadamAlhamdulillah. rezeki datang tepat pada masanya. tak perlu lagi nak memasak dan boleh berehat :)
BalasPadamlaparnyaa tgk masakkan ni !! sedapnyaaa
BalasPadam