Pages

Khamis, 12 November 2020

Mi Udon Masak Tom Yam Pedas Berapi

Selamat pagi semua. Selamat berBDR @ berWFH. Sarapan apa pagi ini? Amie sarapan Mi Udon Masak Tom Yam. Memang berasap telinga dek kepedasan cili padinya!  Walaupun pedas tapi nak hirup juga kuahnya yang masam-masam, pedas, manis seafood itu! Kononnya olah menu ala fusion gitu. Dunia masakan memang sungguh meriah. Macam-macam resepi boleh diolah mengikut kreativiti. Bercakap tentang menu fusion ini, memang ia satu perkara yang sungguh menyeronokkan kerana olahan dari bahan masakan yang berbeza digabungkan hingga menjadi hidangan baru. Menu yang sebenarnya diperkenalkan sejak tahun 1070-an ini memberi cabaran dalam dunia kulinari untuk terus kreatif dan inovatif mencipta kelainan dalam hidangan.

Pada mulanya Amie teragak-agak untuk memasak makanan terutama western food sekiranya tidak cukup bahan disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya. Namun, kakak sulung Amie yang mempunyai pengalaman tinggal di luar negara memberitahu, tidak perlu ikut 100% resipinya, tetapi boleh tambah atau gunakan sebahagian bahan yang biasa kita gunakan di dapur. Contohnya sos spaghetti, boleh ditambah cili padi untuk rasa lebih pedas. Sayang pula rasanya tidak berguru dengan kakak. Kalau tak silap 5 tahun dia bekerja di Rio de Jenairo, Brazil, setahun di Paris dan 4 tahun di New York, Amerika Syarikat. Secara tidak langsung, rupa-rupanya itulah menu fusion!

Mi udon ini asal ceritanya dari negara Jepun dan merupakan makanan rakyat, murah dan dimakan sebagai pengganti nasi. Sejak dahulu, orang Jepun akan makan mi udon beramai-ramai sewaktu keramaian dan perayaan.  Mi udon diperbuat daripada tepung gandum berprotein sederhana dan dicampur dengan air dan sedikit garam. Mi udon akan diolah bersama kuah yang diperbuat daripada dashi dengan tambahan kicap masin yang disebut tsuyu. Lain daerah, lain rasa dan warna kuahnya. Misalnya di barat Jepun, biasanya kuah udon berwarna perang muda dan cair kerana menggunakan kicap cair atau usukuchi shōyu. Di bahagian timur Jepun pula, kuah udon warna gelap hitam kerana menggunakan kicap pekat atau koikuchi shōyu.                       

Wokey! Mari kita lihat resepi fusion Mi Udon Masak Tom Yam.


Mi Udon  Masak Tom Yam


  • 2 paket Instant Japanese Fresh Udon
  • 3 kiub tom yam MAGGI
  • 1.3 liter air
  • 1 cawan isi udang kertas
  • 1 cawan hirisan fillet ikan dori
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1/2 batang lobak merah - potong bulat
  • 1 cawan brokoli potong
  • 7 kuntum China mushroom flower - belah 2
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 hiris lengkuas
  • 5 helai daun limau purut - buang urat - ramas daun
  • 15 biji cili padi - pecahkan
  • 1 biji limau nipis - peraj jusnya
  • garam / perasa pilihan jika perlu
Cara memasak:
  1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan kiub tom yam, udang, fillet ikan dori, bawang besar, lobak merah, brokoli, serai, lengkuas dan cili padi.
  2. Biarkan mendidih lagi selama 2 minit. Perlahankan api. Kemudian masukkan udon, China mushroom flower dan daun limau purut. Masak lagi selama 3 minit.
  3. Jika perlu boleh tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  4. Akhir sekali tuangkan perahan jus limau nipis. Kacau sekali dua.
  5. Padamkan api dapur.

Imbas kembali, beberapa resepi fusion Amie's Little Kitchen yang pernah tersiar dalam Majalah SAJI. Antaranya termasuklah Kepala Ikan Salmon Masak Tom Yam, Burger Tempe, Spaghetti Goreng Basah, Spaghetti Rendang Bebola Daging, Begedil Daging Berkeju dan Pai Sambal Daging.

Menu ala Fusion Amie's Little Kitchen dalam Majalah SAJI

Bila renung-renung resipi lama, teringin pula nak buat Pai Sambal Daging! Musim PKPB begini dan kebetulan anak-anak semua ada di rumah, memang tak perlu risau nak cari tukang makan.... ahaks!

Pai Sambal Daging

10 ulasan:

  1. Wah, banyak ilmu masakan dapat ditimba bersama Amie hari ni. Sejujurnya Sk ni jenis tahu masakan yg simple aje, menu fusion pun tak didedahkan sgt, tahu gitu2 aje sebab bila rakyat tak ramai, tukang makan tak ramai, kita pun rasa malas nak mencipta menu macam2, hihi

    BalasPadam
  2. Pernh gk mkn mi udon tp bkn kita order.. Dpt rasa dr mangkuk kwn yg order.. Not bad tp ni versi tomyam yummy

    BalasPadam
  3. udon ni mcm llaksa versi keras sikit...hehe..sedap tomyam udon..selalu mkn kuah kicap je..

    byk pengalaman kakak Amie, bekerja byk tempat..kat Brazil pun ada..

    BalasPadam
  4. Wahh sedapnya rupa dia. Pernah makan beberapa kali. Ishh terliur plak tgk menu kak Amie

    BalasPadam
  5. Rajin Puan Amie mengolah makanan jadi sedap.
    Wah masuk majalah. Memang gambar masakan memang menggamit untuk rasa.

    BalasPadam
  6. Sedapnya udon. Rasa bertahun tahun tak makan udon sejak tak pergi restaurant jepun. Meriah dengan segala rencah udon kak Amie.

    Tahniah kak, banyak resipi akak dalam majalah tu. Kreatif akak olah makanan. Pie daging pun sedap. Rezeki semua tukang makan dapat makan sedap sedap :)

    BalasPadam
  7. teringin nya nak rasa pai sambal daging tu.. harap sngt tak pedas

    BalasPadam
  8. Kalau mee udon ganding dengan kuah laksam pun mungkin ngam Kak.

    BalasPadam
  9. Wah.. Semua makanan nampak sedap la.. Saya tidak pandai nak masak mee udon tu...

    BalasPadam