Pages

Khamis, 12 November 2020

Ayam Goreng Kunyit

Tengahari ini masak nasi berlauk Ayam Goreng Kunyit. Resipinya pun simple dimple saja. Ayam Goreng Kunyit dah masak siap, terus  letak atas meja. Panggil anak-anak dan Encik Suami untuk makan tengahari. Arahkan Abang Farid ambil nasi dari rice cooker. Surug Fairuz angkat sayur dari periuk. Minta Fuad keluarkan telur dadar dari kuali. Sibuklah semua,dah bersedia nak makan. Firdaus duduk di kerusinya. Tukang baca doa makan ini asyik memandang Ayam Goreng Kunyit dalam mangkuk hidang.

Tiba-tiba Abang Farid berteriak sambil jari kanannya memegang tudung rice cooker dan jari kirinya tunjuk dalam rice cooker.

Allahu Akbar! Rupanya Amie lupa nak tekan butang on! Aduhai! Nasi belum dimasak rupanya...huhuhuuuuu! 

Menunggu beberapa minit nasi masak, eloklah masuk dapur maya dulu. Kita kongsikan Ayam Goreng Kunyit yang biasa-biasa saja ni. Amie gunakan isi dada ayam untuk masakan ini. Syukurlah seisi rumah tak banyak songel kalau lauk dada ayam. Apabila dada ayam dipotong kecil, comellah kejadiannya. Taklah terasa sangat makan dada ayam yang bersaiz besar. Kalau itu, Amie pun sengsara nak habiskan seketul...hiks!

Ayam Goreng Kunyit


Bahan-bahan:

  • 800 gram dada ayam - potong dadu - cuci - toskan - perap dengan 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan satu sudu kecil serbuk lada sulah - biarkan 15 minit
  • 15 biji kacang manis
  • 3 biji kentang - kupas - potong wedges
  • 1 batang lobak merah - potong bulat
  • 1 biji cili merah - belah 2 - potong 2
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • minyak secukupnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng kentang hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. 
  2. Goreng dada ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan tadi di dalam kuali.
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah bersama lobak merah.
  5. Setelah bawang kelihatan kuning keemasan. masukkan ayam goreng, diikuti dengan kentang goreng, kacang manis dan cili merah.
  6. Taburkan sedikit garam / gula / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali sehingga kacang manis berubah warna.
  8. Padamkan api dapur.

Kata Fairuz, nasi hampir kering. Jadi, undur diri dululah dari dapur maya. Makan nasi panas dengan Ayam Goreng Kunyit memang sedap! Jemput makan tengahari semua.

8 ulasan:

  1. Tragedi lupa nak tekan suis on tu kadangkala akan berlaku. berhuhu la sabar menunggu nasi masak.

    Saya pun suka hidangan macam ni. 2 in1. simple dan sedap.

    BalasPadam
  2. hahah last atie masak ayam goreng kunyit hari tu masin gila sbb terlebih letak garam haha

    BalasPadam
  3. Carrot tu saya tengok gambar ingat Kak roast dulu.

    BalasPadam
  4. kadang terlupa nk on rie cooker ya terpaksa tahan nafsu makan sekejap ya

    BalasPadam
  5. Terus Kita pergi dapur nak check suis rice cooker dah on ke belum, hahahahha

    BalasPadam
  6. Sedapnya! Lama saya tak makan ayam kunyit ni.

    BalasPadam
  7. kak Amie, saya pulak suka kalau buat ayam goreng kunyit ini sekali dengan set ala sambal belacan goreng tu..makan dengan nasi panas memang ngam:)

    BalasPadam
  8. Cikgu Amie masak apapun semua nampak sedap..Gambar pun cantik-cantiknya

    BalasPadam