Entri sebelum tidur. Sambungan Menu Dinner DSSS. Nampak macam banyak kerja sebab kena sedia 2 jenis masakan setiap kali waktu makan. Satu menu DSSS untuk diri sendiri, dan satu lagi menu untuk anak-anak. Setelah beberapa lama Amie sediakan dua jenis menu yang berlainan, rupanya menu DSSS lebih mudah cara penyediaannya! Apa tidaknya, kalau untuk makan malam, hanya rebus atau panggang kentang atas kuali ajaib, atau panggang roti dalam air fryer. Ikan atau ayam hanya perlu dipanggang sahaja. Tak banyak pun, seketul jew. Sayurnya pula, hanya goreng kilas. Tak perlu bubuh segala bagai bawang dan perasa. Kalau nak bubuh bawang pun, Amie hanya ketuk sebiji bawang putih. Bubuh dalam pinggan, tambah buah-buahan. Menu Dinner DSSS dah siap!
Kali ini Amie akan kongsikan menu yang agak istimewa sedikit. Istimewa bagi Amie ler.... ahaks! Maklumlah bukan selalu berkesempatan dan berpeluang untuk menikmatinya. Anak-anak dan Encik Suami pun tumpang sekaki. Menu yang kononnya istimewa ini didatangkan bersama ikan salmon. Kwang! Kawang! Kwang! Ingatkan daging lembu wagyu dari Jepun yer! Huurrmmm.... itu mungkin hanya dapat dinikmati di syurga. In shaa Allah, mudah-mudahan kita semua akan diberi rahmat dan belas kasihan Allah S.W.T untuk menjadi penghuni syurga-Nya. Aamiin.
Menu ikan salmon bukanlah terhidang setiap hari atau berkali-kali dalam seminggu, melainkan hanya seminggu sekali saja. Sesekali beri penghargaan atau reward kepada diri sendiri, apa salahnya kan. Lagi pun Amie tidak amalkan 'cheat day' iaitu hari mengelat dengan makan apa sahaja yang diingini kerana sebelumnya menahan selera. Amie tak minat begitu, sebab Amie nak enjoy menikmati apa sahaja menu sepanjang waktu tetapi dalam bentuk DSSS sahaja.
Fuad, si raja ikan yang kuat mengusik tidak habis-habis dengan gurauannya tentang ikan salmon.
Mommy tahukah apa itu ikan salmon? Ikan salmon itu sebenarnya berasal dari nama Salami Simon! Anak bertuah! Gurauannya membuatkan kami tidak mampu menahan tawa!
Wokey, berikut ada 7 pinggan hidangan malam yang mengandungi ikan salmon. Ikan salmon yang digunakan termasuklah isi, ekor dan bahagian perut.
Menu Dinner DSSS 9 Karbohidrat - French loaf panggang Protein - salmon steak panggang & avocado Fiber - mini lettuce, capsicum merah panggang & tomato ceri |
Menu Dinner DSSS 10 Karbohidrat - kacang edamame Protein - ikan salmon panggang Fiber - cendawan enoki, tomato ceri & oren |
Menu Dinner DSSS 11 Karbohidrat - kentang panggang Protein - salmon steak panggang Fiber - tomato ceri, kacang manis & cendawang butang panggang |
Menu Dinner DSSS 12 Karbohidrat - jagung kukus Protein - ekor ikan salmon Fiber - buah anggur & oren, brokoli, capsicum merah dan kuning goreng kilas |
Menu Dinner DSSS 13 Karbohidrat : kentang panggang Protein - salmon steak panggang Fiber : cendawan butang, capsicum merah, kuning, hijau goreng kilas, epal ceri |
Menu Dinner DSSS 14 Karbohidrat - jagung kukus & French loaf panggang Protein - salmon fillet panggang Fiber - salad green coral, mini lettuce, capsicum merah panggang & epal ceri |
Aduhai, menu salmon Amie walaupun DSSS tetaplahhhh membuat ailioku menetes
BalasPadamterbaiklah menu sihat amie
BalasPadamWah.. eat clean... terbaiklah amie... kakmim bila lg nk eat clean ni.. hmm
BalasPadamsalmon mahal gila..... tak mampu
BalasPadamsedapnya tengok semua menu akak tu... rajin betul akak masak
BalasPadamsumber inspirasi nih
Waah nampak sedap! hehehe btw , salam perkenalan kak. da follow blog ni #1414
BalasPadamSalmon memang sedap..harga pun sedap. Amboi Fuad mengusik Mommy ye. Sabar jelah
BalasPadamSeperti biasa, menu-menu akak nampak tempting 🤤
BalasPadamwah eat clean kayangan style ni. Tempting betul tengoknya :)
BalasPadamMenu-menu yang sangat ohsem
BalasPadammeriah menu salmon tu..suka juga salmon ..lama xmkn salmon..tp slalunya buat white sauce ataupun tartar sauce utk dimakan bersama salmon
BalasPadam