Selepas solat Subuh, terdengar perbincangan di antara Abang Farid dengan Fairuz. Rupanya Abang Farid meminta Fairuz membeli makanan di gerai. Awal pagi sangat! Matahari pun belum terbit. Rupanya Abang Farid akan keluar ke bandar menguruskan kad banknya yang hilang beberapa hari lepas sewaktu dia keluarkan duit dari ATM. Pengalamannya dua minggu lepas terpaksa beratur panjang dari pukul 6:30 pagi hingga 11 pagi di JPJ, membuatkan dia rasa serik menunggu lama. Katanya, sewaktu beratur di tepi jalan menuju ke pagar JPJ dalam keadaan matahari memancar, ada insan baik hati menghulurkan air mineral kepada mereka yang sedang berbaris. Itu merupakan kali ketiga Abang Farid ke JPJ. Dua kali sebelumnya, disuruh pulang saja kerana orang ramai yang sedang menunggu sudah terlalu ramai. Rupanya, seawal pukul 6:30 pagi mereka yang ingin berurusan dengan JPJ sudah mula beratur. Kelmarin, Encik Suami mengeluh panjang kerana terpaksa menunggu lama ketika menemani Fairuz membuka akaun bank. Huurrmmmm....! Sesungguhnya musim wabak yang belum berpenghujung ini sungguh mencabar kesabaran. Banyak urusan tergendala, atau menjadi lebih lambat untuk diselesaikan.
Oleh kerana anak-anak sudah ada sarapan masing-masing, Amie pun kupas 3 ketul ubi kayu saiz kecil. Rebus dan toskan. Kemudian Amie gaul dengan sambal tomato, baki terakhir setelah 3 hari anak-anak makan, dan tambahkan udang kering tumbuk. Ubi rebus yang sudah bersalut sambal tadi, Amie goreng menggunakan air fryer selama 10 minit di bawah suhu 180'.
Ubi Rebus Goreng Air Fryer |
Secawan kopi Tenom |
Di pagi yang tenang dan nyaman ini marilah kita muhasabah diri, berdoa agar ditetapkan hati dalam iman dan ketaatan kepada-Nya. Sesungguhnya hati kita kerap berbolak-balik seperti bulu di atas pokok yang sering berubah-ubah ketika ditiup angin. Hati juga dikatakan lebih cepat berbolak-balik dan diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk. Marilah kita bersama-sama berusaha menjaga apa yang ada di dalam hati agar tetap berada dalam kebaikan. Itulah antara sebab mengapa sebagai hamba-Nya yang dhaif, kita dituntut untuk memohon hidayah sekurang-kurangnya 17 kali sehari, dalam solat.
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
sedapnya kak ubi goreng tu.... dah lama tak makan ubi goreng gitu... rindu betul
BalasPadamnampak mcm lembut betul kaki ayam tu, mesti sedap...
bekas makanan tu yang kecik atau ayam goreng tu yg besar kak?
@norhidana Kaki ayam tu memang lembut, terlerai dari kulit sebab proses goreng garing lepas tu rendam bagi kembang, style orang sini masak kaki ayam tu. Saiz ayam goreng tu memang besr, tapu tu saiz stardard macam biasa.
BalasPadamTeringin pula makan ubi kayu. Sedap tengok ubi kayu Sambal tu.
BalasPadamKita kalau ada ubi goreng, memang tak pandang yang lain, hehehe
BalasPadamyummmmmyyyy, makanan petang ada ni.. ubi kayu cicah garam pun da sedap
BalasPadamubi kayu rebus dan air kopi mmg terbaik..
BalasPadamsedap tu ubi kayu. ingat nak cuba buat mcm amie buat. macam2 sedap dibuat dgn ubi kayu ni kan.
BalasPadamBelum pernah cuba tapi nampak sedap :)
BalasPadamAamiin. Btw sesuai sgt makanan ni utk pepagi. akan bertambah semangat nak buat kja
BalasPadamRasanya pagi td baru komen ubi rebus kt entri amie... ptg ni dh ada entri ubi rebus goreng AF ye... sedapnyaaaa
BalasPadamWahhh... Saya pernah try goreng ubi yang sudah dieebus tapi macam menyerap minyak... Boleh try ni guna airfyer
BalasPadamTak sabar nak cuba tapi air fryer yang PH order belum sampai lagi hah..hah..
BalasPadamSedapnya ubi kayu. Betul la tu, disebabkan penjarakan sosial, nak masuk ke dalam satu2 premis tu kena beratur panjang. Memang mencabar iman. Sama-samalah kita doa Allah kuatkan iman kita dalam cubaan kali ni. Tengah macam ni memang syaitan suka
BalasPadamMenariknya kak ubi kayu tu disalut sambal sebelum digoreng. Kena cuba ni. Tapi, kenalah saya cari ubi dulu 😊
BalasPadamubi rebus pun saya suka.. makan saja atau kadng2 kalau rajin buat sira gula. dah rebus then guring belum pernah buat..
BalasPadamUnik betul hidangan Ubi Rebus Goreng Air Fryer tu kak amie. Memang berbeza hidangan orang lama dengan generasi sekarang. tapi dua dua pun sedap pada saya :)
BalasPadamTeringat dekat kampung pula. Huhu
BalasPadamYang sedap tu la yang SA x leh makan...aduhai...
BalasPadamsedapnya.. ubi rebus lama tak mkn.. paling suka cicah dengan gula
BalasPadam