Pages

Rabu, 4 November 2020

Ikan Tuna Sirip Kuning Nan Seekor

Semenjak Pasar Ikan LD ditutup akibat penularan Covid-19 di situ lebih 2 minggu lalu, nampaknya harga ikan di gerai-gerai dan pasar kecil yang lain mencanak naik. Kami selalu beli ikan di gerai ikan berdekatan tempat tinggal kami. Puas hati beli di situ sebab ikan masih segar. Minggu ini beberapa kali datang ke situ, pulang dengan tangan kosong kerana ikan-ikan saiz kecil sudah habis walaupun belum menjelang tengahari. Ramai pelanggan yang beralih tempat membeli di situ. Ikan-ikan yang besar pula, penjual tidak mahu jual ikut timbangan yang dikehendaki pelanggan. Katanya, kalau kena potong ikan saiz besar, nanti tahi ikan pun kena buang. Rugilah peniaga. Begitu pula katanya. Amie dengar pun memang rasa nak tergelak! Berbeza kalau beli di mana-mana pasar, memang ikan saiz besar akan dipotong-potong  dan dijual mengikut kehendak timbangan pelanggan. Bayangkan kalau ikan tenggiri, ikan tuna, ikan merah  atau ikan alu-alu seekor seberat 4-5 kg. Memang tak muatlah peti sejuk kami nak tampung jumlah ikan yang banyak itu!

Pagi tadi, beli jugalah seekor ikan tuna yang paling kecil. Beratnya lebih 2 kg. Bolehlah masak untuk beberapa kali. 

Ikan Tuna Panggang.

Ikan Tuna Sirip Kuning.

Dulu memang takut nak beli ikan tuna, baik tuna sirip kuning atau tuna sirip biru kerana saiznya yang sangat besar. Kalau masuk ke pasar ikan LD, memang terpaku melihat ikan tuna yang sangat besar! Beratnya pun melebihi 50 kg seekor. Termasuk juga ikan layar yang besar panjang. Sekarang, pemandangan ikan tuna bersaiz besar sudah jarang dilihat. Paling besar pun lebih kurang 20-28 kg seekor sahaja.
Tengahari tadi, panggang sebelah ikan tuna. Potong-potong, dapatlah 6 keping. Cukuplah untuk kami sekeluarga, 6 orang. Alhamdulillah, biasanya Abang Farid tak mahu makan ikan tapi bila terpandang ikan tuna panggang atas meja, dia pun ikut makan sama. Kebetulan si raja ikan pun sedang berehat dari kuliah online, jadi kami pun makan tengahari bersama. Siapa lagi raja ikan, kalau bukan Fuad... ahaks! Memang dialah yang bersih licinkan pinggan ikan. Selepas itu, habis semua pinggan mangkuk dia cuci, sebelum sambung semula kuliah onlinenya pada pukul 2 petang.

Selain makan ikan tuna panggang, anak-anak suka kutip aksesori di sekeliling ikan terutamanya jagung. Amie pula tambahkan menu ikan tuna dalam hidangan. Separuh kepala ikan tuna Amie masak singgang. Tambahkan kacang bendi dan tomato kampung. Bubuh beberapa biji cili padi. Nak pedas, picit jew cili padi. Tambah budu lagi sedapkan!

Lebihan ikan tuna sirip kuning Amie ingat nak buat masak sambal. Boleh makan dengan nasi kuning. Agak lama juga anak-anak tak makan nasi kuning. Kalau rajin, bolehlah buat sarapan esok pagi.

Sekian, sembang tengahari dari dapur.

Singgang Kepala Ikan Tuna

8 ulasan:

  1. Alahai kalaulah boleh tumpang rasa.
    Ikan tuna kaya Omega 3

    BalasPadam
  2. Tukang Kebun sambil baca share dengan hubby gambar2 nya bagi cadangan dia masak kalau pergi pasar Ikan Tuaran ada ikan Tuna hehehe... Sebab wifey sejak ni kerja menimbun.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. telan air liur ja ni... nmpk tul sedap huhuhu

    BalasPadam
  6. Nampak sedap!! Tak pernah lagi beli ikan tuna macam ni

    BalasPadam
  7. Dapat ikan tuna separuh kilogram daripada biasa tu pun dah kira besar juga tu. Rasanya tak pernah beli ikan tuna fresh. Berbaloi juga beli boleh simpan untuk berhari hari dengan pelbagi menu. Siapa je yang tak terliur tengok tuna panggang tu kak amie ooi.. rasa lapar pulak tengok. saya kalau makan pun licin pinggan dengan accesories tepi tepi tu yang sedap.

    BalasPadam