Pages

Selasa, 3 November 2020

Apabila Anak Bujang Masuk Dapur

Fairuz paling rajin masak, tapi selepas masak boleh buat meleleh air mata melihat peralatan memasak bersepah sana sini. Bujang satu ini, selain buat sepah ada masanya rajin sangat mengemas rumah. Kemas dan bersih segala ruang, tapi banyaklah barang kita yang hilang! Bila ditanya, mana barang Mommy? Sudah saya buang dalam tong sampah, katanya! Kenapa buang? Saya fikir Mommy tak gunakan lagi! Hadoooiii! 

Petang tadi, dia beraktiviti di dapur. Katanya nak goreng kentang gunakan air fryer. Beginilah hasil kejadian kentang gorengnya.

Kentang goreng air fryer.


Sudah goreng kentang, dia goreng popia pula. Katanya, tak suka kulit popia garing. Suka hati kamulah adik. Mommy suka kulit popia garing. Tapi habis jugalah popia tak garingnya itu.
Popia goreng air fryer.


Kemudian dia goreng pula tongkeng ayam. Fuad yang sedang kuliah online, terjah ke dapur bila terbau tongkeng ayam goreng. Separuh gorengan tongkeng masuk ke perutnya... ahaks! Siapa tak kenal Fuad. Kalau bab makanan yang dia suka, memang dialah raja di meja makan!

Tongkeng ayam goreng air fryer.

Sehari dua ini Fairuz di rumah sahaja. Tidak lagi ikut aktiviti kerja kebajikan menghantar makanan untuk keluarga yang memerlukan.

Fairuz bersama rakan ketika membantu agihkan sumbangan makanan kepada keluarga murid di sekolahnya yang memerlukan.


23 ulasan:

  1. seronok la membaca kisah-kisah keluarga begini

    BalasPadam
  2. Senang ya anak-anak dah besar boleh buat sendiri dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sue,
      Alhamdulillah, kalau lapar boleh masak sendiri.

      Padam
  3. Assalamualaikum kak amie..
    Wah boleh harap anak bujang kak amie..senang kan kalau ajar sama rata.Saya pun sama train sama rata jer anak pompuan anak lelaki, dua2 kena buat keje masuk dapur hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Lina,
      Syukurlah semua boleh buat kerja rumah dan kerja dapur. Harapkan emaknya seorang mmg pengsanlah jawabnya

      Padam
  4. Best ya anak bujang pandai masak, anak dara Saya pun masih harapkan maknya, hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. SK,
      memang kena pandaikan juga memasak, nanti kalau emak tak larat masak, kebulur jadinya hihihihiii.

      Padam
  5. Rajinnya Fairuz...3 jenis makanan digoreng!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujie,
      masak memang dia suka, mengemas lepas masak tu yang dia tak minat.

      Padam
  6. Bagus goreng pakai air fryer. Lebih sihat

    BalasPadam
  7. Bila ada air fryer ni memang boleh jadi rajin memasak punyalah 😁👍🏻

    BalasPadam
  8. presentation dia tu, wow!!! mcm chef hotel 5 stars

    BalasPadam
  9. wah hensom semua hero amie rajin masak pulak tu

    BalasPadam
  10. Paridah,
    memang kena rajin masak... pengsan emaknya di dapur sorang-sorang hahaaaa.

    BalasPadam
  11. Bertuah bakal menantu2 Kak Amie, suaminya selesa masuk dapur.

    BalasPadam
  12. Bagus fairuz, bakal suami mithali ni hehe

    BalasPadam
  13. Masak guna air fryer ni lebih sihat tak berminyak gitu.

    BalasPadam
  14. Bagusnya bila anak pandai dan rajin masak kan.. tak la maknya sorang2 je kat dapur

    BalasPadam
  15. Rajin Fairuz ke dapur memasak. Walaupun semua menu ekpsress kira untung sangat dah tu dia nak masuk dapur. Bersepah itu biasa..sabar je 😁

    BalasPadam