Mari kita sambut kedatangan pagi ini dengan rasa syukur dan penuh ceria. Alhamdulillah dapat bertemu lagi dengan sinaran cahaya matahari pagi, bayu dingin yang menyapa dari arah Laut Sulu dan kicauan burung-burung yang sedang bersedia untuk meninggalkan sarang masing-masing. Entah apa pesanan ibu bapa burung kepada anak-anak mereka yang ditinggalkan dalam sarang. Sesungguhnya burung-burung ini sentiasa bertawakal mencari rezeki, keluar pagi dan pulang petang!
Sebelum keluar untuk melaksanakan tugas atau aktiviti masing-masing, jangan lupa alas perut terlebih dahulu. Tak sempat jamah sarapan di rumah, bolehlah singgah di mana-mana warung atau restoran.
Amie sediakan French Loaf & The Gang untuk sarapan pagi. Abang Farid memang akan mencari sup untuk celup dengan roti panggang. Sup cendawan sudah habis, jadi Amie hidangkan sahaja dengan chicken soup.
French Loaf & The Gang |
Sungguh seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.
Hadis riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, dan Al-Mubarak dari Umar bin Khattab.
Alhamdulillah syukur bernafas menikmati hidup dgn izin-Nya
BalasPadamsedap layan siang malam ni
BalasPadamLama tak makan kiwi, 🤗
BalasPadamSedapnya hidangan sarapan kak amie sediakan. Siap sekali hidangan buah :)
BalasPadamTerima Kasih Kak bagi pengajaran bertawakal ini bagi peringatan bagus kepada kami.
BalasPadamHujan-hujan memang layan nih... Ala-ala Pizza Hut cream soup.. Sedap
BalasPadamfancyyyyyyyyyy !!!!!
BalasPadamsaya sangat suka menu2 macam ni.. kadang2 hilang tekak melayu tu..
BalasPadamtapi kena makan kat kedai or kat luar la sbb kalau buat kat rumah saya je makan..