Pages

Jumaat, 20 November 2020

Roselle @ Asam Belanda Kering

Beberapa hari lepas, beli 2 kilogram buah roselle atau buah asam Belanda di pasar. Zaman remaja purbakala, buah asam ini tak perlu dibeli. Pokoknya pun banyak tumbuh di kebun bersama sayur bayam dan terung pipit. Bonda selalu gunakan daun asam ini untuk masak dengan batang keladi. Kalau kami ke kampung Encik Suami, biras suka sediakan minuman teh panas bercampur roselle kering. Sambil menikmati aroma teh yang ringan, rasa jugalah sedikit masam-masam roselle dalam minuman. Sedap! Kalau dah suka minuman begitu, eloklah buat sendiri roselle kering. Boleh minum selalu.

Buah Roselle @ Asam Belanda





Leraikan kelopak roselle dan piashakan dari bijinya. Buah roselle yang sudah dihuni oleh makhluk asing, tak perlu diambil. Kemudian bilas dan toskan hingga kering.



Jemur kelopak roselle di bawah pancaran matahari. 



Kelopak roselle pada hari jemuran yang kedua. Cuaca tak berapa panas, jadi agak lambat sedikit kelopak roselle kering


Kelopak roselle setelah 4 hari dijemur. 



Kelopak roselle sudah kering, dan boleh disimpan. Amie simpan dalam peti sejuk. Amie suka renih serbuk teh dengan gula batu dan daun pandan. Boleh masukkan sedikit kelopak roselle kering bersama    serbuk teh yang sedang direnih. 

Abang Farid pernah membuat kajian tentang roselle , dan menghasilkan mini thesis peringkat sarjana muda di UKM. Katanya, roselle anti obesity

13 ulasan:

  1. rasa macam dah lama gila saya tak minum roselle..entah bila kali terakhir..

    BalasPadam
  2. Sisyat ada tanam belakang rumah..kebun kecil sekangkang kera. dapat la buat minum. isi dalam botol pati dia tu then share ngn jiran2 :-)

    BalasPadam
  3. Baru saya tahu nama lain bagi roselle ni asam belanda, kak.

    BalasPadam
  4. Tak pernah pulak minum roselle buat sendiri macam ni.
    Pernah minum jus roselle yang dah siap botol je

    BalasPadam
  5. anti obesity tu yg best..dah lama tk minum air roselle ni..

    BalasPadam
  6. Saya suka minuman roselle... Masak dengan gula pekat-pekat buat kordial. Uish sedap minum sejuk-sejuk.

    BalasPadam
  7. Mcm2 boleh buat dgn roselle ni amie, akk guna buat sambal, jus, jam, sos. Sambal roselle ni hampir sama dgn rasa sambal itam pahang.

    BalasPadam
  8. Saya beberapakali juga mengkinaumai teh rosella, kak.
    Rasanya ada asam-asamnya.

    Enaknya badan terasa jadi lebih rileks keesokan harinya setelah malam minum teh rosella.

    Kalau dibuat sambal, atau hidangan kain aku belum pernah nyobain.

    BalasPadam
  9. Sedap tu kak amie buat air roselle campur gula batu dan daun pandan. Farid fakulti apa kak amie? husband pun bab kaji mengkaji juga kat UKM tu :)

    BalasPadam
  10. Roselle ni kalau anak-anak kecil gantikan air ribena mirip rasanya.

    BalasPadam
  11. @Azhafizah MN Fakulti Sains & Teknologi, tapi dah grad tahun 2017, sambung masters di UTP pula.

    BalasPadam
  12. pokok roselle blakang rumah nenek dah nampak nak berbuah..
    boleh cuba ni selalu buat jem je..

    BalasPadam