Pages

Sabtu, 7 November 2020

Belajar Masak Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes

Semalam tidur agak lewat kerana menyiapkan tugasan dan laporan online. Pagi tadi tertidur semula selepas bangun waktu Subuh. Bila terjaga, terdengar seseorang sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Rupanya Abang Farid ambil alih tugas di dapur. Encik Suami sudah keluar pada awal pagi. Melihat kita sedang duduk menyambung tugas di meja komputer, Abang Farid tanya : Mommy masak tak tengahari ini? Kalau tak sempat masak, saya order makanan.

Amie minta Abang Farid masak untuk makan tengahari. Amie suruh dia keluarkan dada ayam dari freezer. Nanti Mommy ajar abang masak, kata Amie. Menjelang tengahari, kami sekeluarga menikmati Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes.

Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes



Sebenarnya Amie tidak menggunakan resipi khusus untuk menghasilkan menu ini. Semuanya main campak-campak sahaja. Asalkan ada benda yang ternampak oleh mata dan terjangkau oleh tangan, Amie suruh Abang Farid bubuh sebagai bahan pemerap dada ayam. Abang Farid tumbuk bawang putih dan bawang merah dan kemudian bubuh dalam bekas berisi dada ayam yang sudah dipotong dadu. Kemudian Amie minta Abang Farid taburkan serbuk halia, serbuk kunyit, ceyenne pepper, craked black peppercorns, basil leaves yang  kering, garam dan serbuk pati ayam. 

Abang Farid tuangkan sedikit minyak zaitun dan perahkan lemon. Kemudian digaul mesra dan dibiarkan seketika sebelum dipanggang menggunakan air fryer.

Amie bantu Abang Farid dengan menambahkan aksesori, rebus separuh masak 5 biji gourmet potatoes yang dipotong bersama kulitnya, dan kemudian tambahkan bawang Holland. Ketika hendak memanggangnya, taburan sedikit serbuk pati ayam. Akhirnya siaplah hidangan tengahari kami yang kelihatan berwarna warni. Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes ini Amie hidangkan bersama capsicum merah dan capsicum hijau yang digoreng kilas. Diselitkan juga hirisan timun Jepun, tomato ceri dan hirisan lemon. Untuk membangkitkan seri, renjiskan sedikit minyak zaitun ketika menghidang, dan taburkan sedikit coriander leaves.

Terima kasih Abang Farid kerana membantu memudahkan urusan dapur Mommy hari ini.


Bahagian dada ayam biasanya jadi pilihan terakhir kebanyakan orang. Kalau kita boleh olah ikut resipi kegemaran  dan menepati selera, sudah tentu bahagian dada ayam ini akan menjadi pilihan utama untuk hidangan keluarga.

7 ulasan:

  1. bestla farid, selalu membantu kat dapur ;)

    BalasPadam
  2. Menu yang ringkas dan sedap. Menu campak campak je senang kan kak amie. Style macam ni saya buat ratah je makan tanpa nasi pun dah kenyang dah. Rajin abang Farid tolong mommy kat dapur.

    BalasPadam
  3. Aduii tak pernah tak sedap tengok menu kak amie ni. Menyelerakan sungguh

    BalasPadam
  4. Balance juga diet ni ada protein dan pelbagai sayuran.

    BalasPadam
  5. Wah, nampak sedap.. Nak kena try nih

    BalasPadam