Pages

Ahad, 1 November 2020

Cerita Santai Dari Dapur

Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Moga sepanjang hari ini rutin mingguan berjalan dengan lancar. Tenang-tenang saja bah. Kita cerita-cerita santai dari dapur.


Sarapan pagi ini bersama anak-anak. Anak-anak pun sudah mula belajar makan ulam-ulaman walaupun dalam jumlah yang sedikit.



Sarapan pagi hari-hari sebelumnya. Juga sudah ada tambahan hirisan buah-buahan dalam hidangan.



Ada kudap-kudapan pagi dan petang seperti buah berangan rebus, samosa dan cendawan goreng salut tepung.

Buah berangan rebus. 

Samosa isi kentang.

Cendawan goreng salut tepung.


Di bawah ini, menu sarapan pagi Encik Suami atas permintaannya. Katanya nak makan mee hoon sup sahaja dengan sayur yang banyak. Takut sangat dia dengan luka bekas pembedahannya. Makan pun berpantang, mengalahkan orang lepas bersalin..... ahaks! Amie cuba pelbagaikan hidangan sarapan paginya. Alhamdulillah, semakin baik dan boleh jalan-jalan dengan sempurna.

Sup suhun dengan isi ikan tenggiri, sayur sawi choy sum dan lobak merah.

Sup suhun dengan isi ikan tenggiri, sawi hijau pahit dan taburan granulated garlic.

Sup spaghetti angel hair dengan isi ikan tenggiri, cendawan shiitake dan sayur sawi Taiwan.

Sup spaghetti angel hair dengan sayur sawi Taiwan, fillet ikan dori dan taburan granulated garlic.

Bubur nasi campur jagung segar dan dada ayam, tambah sayur sawi Taiwan, serta taburan cayenne pepper ground serta granulated garlic.

Sup spiral dengan dada ayam, sayur sawi Taiwan dan lobak merah.

Firdaus dengan fruit tart kegemarannya.

Sedap betul dia makan!

Fruit tart yang comel!




Abang-abang Firdaus makan juga tart yang comel-comel ini tapi hanya seketul dua saja. Selebihnya memang Fidauslah yang habiskan.

Blueberry cheese tart.

Slice Chicken Sandwich.


Firdaus makan dua ketul Slice Chicken Sandwich, dan  selepas itu dia tak makan nasi. Kenyang agaknya makan tu.

Portuguese Egg Tart. Walaupun anak-anak tak minat, kita dengan Encik Suami suka!


Egg Tart. Ini anak-anak suka.


Croissant  yang masih panas!

Pada suatu petang (tak ingat dah hari apa), kakak ipar kirim 6 bungkus nasi ayam steam. Cukup untuk kami anak-beranak 6 orang. Kami sekeluarga suka makan nasi ayam, tak kiralah ayam goreng atau ayam steam. Alhamdulillah. Rezeki datang ke meja makan!

Kari Ayam Tanpa Santan.

Oleh kerana anak-anak sibuk dengan kuliah online dan kerja-kerja online yang perlu disiapkan, jadi tak banyak masa mereka jenguk ke dapur kecuali pada waktu makan. Abang Farid sempat masak kari ayam untuk hidangan tengahari. Kari ayam masakannya tidak bubuh santan. Sedap rasanya!

Ayam Masak Kurma

Pada hari yang lain, Abang Farid masak ayam lagi. Kali ini masak kurma pula. Komen adik-adiknya, sedap masakan Abang Farid.

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas dan Daun Limau Purut.

Tengahari kelmarin, Abang Farid cadangkan untuk masak ayam lagi. Katanya, kali ini masaklah lemak cili padi pula. Setelah siap semua bahan disediakan, tak pula muncul batang hidungnya di dapur! Akhirnya Amie yang masak.... ahaks! Masakan ayam lemak cili padi ini Amie bubuh nanas dan juga daun limau purut.

Terpandang selonggok keledek oren dan ungu dalam bakul di sudut dapur. Oh! Entah berapa lama ada di situ, sehingga tumbuh tunas dan daunnya!
Sekian.
Cerita Santai Dari Dapur.


26 ulasan:

  1. Sedap2 nya semua menu...
    Pucuk keledek tu boleh dibuat sayur tumis atau masak lemak putih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamsiah,
      terima kasih.
      Lama tak masak sayur pucuk keledek.

      Padam
  2. Wah, banyak betul menu. Semua nampak menyelerakan πŸ˜‹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal,
      Sempena PKPB ni sempatlah ambil gambar. Nanti dah masuk kerja, sepi dapur maya ini.

      Padam
  3. Agak lama jugak tak makan buah berangan tu. Sedap dijadikan kudapan. Banyak jenis sup sayur tu. macam-macam pilihan ada. Lauk pauk semula terbaik dari dapur kak Amie.

    keledek dah bertunas tu boleh tanam terus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      Sedaokan buah betangan tu. Sup sayur tu hari-hari suami nak makan, kita pulak yang naik jemu memasak benda hijau yang sama. Betul juga, tanam keledek nanti terus tumbuh daun.

      Padam
  4. sedap2 belaka tu....lama tk mkn menu cendawan ..portugese egg tart fav..br tgk resepi ingt nk try nanti..cutemute frut tart tu fav

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Tisya,
      Cendawan goreng sendiru, puas makan.

      Padam
  5. Balasan
    1. Tukang Kebun,
      Sedap ni kalau makan ramai-ramai sambil sembang-sembang.

      Padam
  6. Fruit tart tu bukan firdaus je suka, saya pun suka. Apa beza portugis egg tart dengan egg tart biasa.

    Terer lah farid jadi chef macam maknya. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Notie,
      kulit tart tu kot yg beza, portuguese egg tart tu lebih sedap... kah!
      Farid belajar masak di dapur.

      Padam
  7. ni bukan cerita santai dah ni, ni dah buat perut atie berbunyi..dah la puasa huhuhuhu tgk plak tart tu... sedapnya YA ALLAH

    BalasPadam
  8. Aduyaii rasa macam nak lindah sebelah umh amie aje haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamapp,
      Marilah kita berjiran. Boleh tukar-tukar pinggan.

      Padam
  9. Santai-santai pun menu menarik semuanya. Saya pun suka Portugis egg tart. Kalau tak tau nak masak apa datang blog kak Amie terus dapat idea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salbiah,
      Terima kasih sudi datang dapur kakak.

      Padam
  10. Ni tak santai ni penuh makanan sedap! Buat cik tk nak ke dapur cari makan.. lapar pula jadinya.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    Keledek dah tumbuh tunas tu boleh tanam je terus.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      jemput makanπŸ˜‹
      Ya, nak tanam keledek tu, bagi keluar daun, nanti boleh masak sayur.

      Padam
  11. Adoi.. semua menu tu mengancam.. Terus rasa lapar.. hehehe

    BalasPadam