Pages

Ahad, 1 November 2020

Angel Hair Goreng Warna-Warni

Kongsi resepi Angel Hair Goreng Warna-Warni kegemaran anak-anak. Akibat terlalu banyak aksesori sampai tak nampak angel hair bersembunyi.... ahaks!

Angel Hair Goreng Warna-Warni.

Bahan-bahan:
200 gram spaghetti angel hair - rebus dengan secubit garam hingga lembut - toskan
290 gram (1 tin) sos pasta tomato cendawan Prego
1 cawan hirisan dada ayam
1 cawan hirisan brokoli
10 biji tomato ceri merah dan kuning - belah 2
10 kuntum cendawan shiitake segar - belah 2
1/2 cawan isi kacang edamame yang sudah direbus
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar Holland cincang
1/2 sudu kecil lada sulah
garam / perasa pilihan secukupnya
keju parmesan - pilihan

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih serta bawang Holland hingga layu.
  2. Masukkan hirisan dada ayam bersama cendawan shiitake. 
  3. Setelah dada ayam berubah warna, masukkan sos tomato cendawan Prego. Kacau rata dan kemudian tuangkan air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan brokoli, diikuti dengan angel hair. Gaul rata.
  5. Masukkan tomato ceri, dan taburkan garam / perasa pilihan dan juga lada sulah.
  6. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
  7. Hidangkan Angel Hair Goreng Warna-Warni dan taburkan kacang edamame serta keju parmesan di atasnya.
Angel Hail Goreng Wana-Warni.

 

33 ulasan:

  1. Wahhhh, kalerpul.. mesti anak2 makan penuh selera

    BalasPadam
  2. Masakan yang colourful macam ni sangat menarik dan lebih buat berselera nak makan, especially kanak-kanak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      Betul sangat. Yang kecik tu suka warna terang2.

      Padam
  3. Nampak sedap tu...nanti nak cba pelbagaikan menu ni la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suria,
      Terima kasih, tambah pelbagai aksesori bagi lebih menarik.

      Padam
  4. Balasan
    1. Paridah,
      Ya, banyak sayur bagi warna warni nak pikat selera anak-anak.

      Padam
  5. jrg beli angle hair sbb halus...slalunya beli yg spaghetti...meriah tu sure ank2 berselera..pg td menu spaghetti bolognese permintaan anak tp husband la masak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Tisya,
      bagus kalau anak-anak suka pasta, rajinnya husband masuk dapur.

      Padam
  6. Anak-anak saya pun akan sama suka ni Kak, lagi2 ada favourite edamame tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      Edamame ni memang sedap, leka mengunyah.

      Padam
  7. Meriah dan sangat menyelerakan ni Amie ๐Ÿ˜‹
    Insya Allah boleh try. Saya suka guna angel hair.

    BalasPadam
  8. menarik betul, sungguh warna warni ni

    BalasPadam
  9. wahh..banyak sayuran..bagus ni..

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Mamapp,
      Terima kasih, harap lengkap dgn karbo, protein dan fiber.

      Padam
  11. Jangan kata anak2, orang dewasa pun suka kalau colourful macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salbiah,
      betul tu... Warna menjadi daya penarik.

      Padam
  12. Cik TK suka pakai angel hair. Halus, cepat masak.

    Menyelerakan berwarna-warni macam ni.. sedapnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      Anak-anak suka angel hair. Jemput jamu mata dik... Heheeee

      Padam
  13. Terus jadi sedap mengancam dengan warna yang pelbagai tu.. sha selalu tambah capsicum je nak bagi ada warna lain.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha,
      nampak meriahkan bila ada warna warni dalam pinggan๐Ÿ˜‰

      Padam
  14. Wah wah wah nampak sedap lah pasta angel hair tu. Dah lama juga tak buat ni. Nanti ada masa boleh lah Nina buat bagi hidangan seisi keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nina,
      happy cooking๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

      Padam