Pages

Sabtu, 31 Oktober 2020

Tutup Tirai Oktober Dengan Dua Rasa Yang Berbeza

Masih lagi dalam suasana PKPB yang entah bila akan berakhir sepenuhnya. 19 Oktober 2020 terima khabar duka. Seorang sahabat baik, bersama-sama menuntut ilmu di UM, telah kembali ke pangkuan-Nya. Tidak dapat digambarkan rasa sayu ketika mendengar berita itu. Terakhir berjumpa sewaktu bersama-sama menghadiri kursus di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam, 18 tahun lalu. Sempat bercerita dan mengenang kembali suka duka zaman di kampus. Beberapa tahun lepas, ada seorang teman menyampaikan salam daripadanya kerana mereka menyelesaikan tugas bersama di Kuala Lumpur. Khabarnya, sahabat baik Amie ini mengidap diabetes tahap kritikal. Sewaktu kami bercuti di Malaya, Encik Suami ajak Amie untuk menziarahinya kerana kebetulan kami jalan-jalan ke Melaka dan Negeri Sembilan. Amie telefon, tetapi tidak diangkat. Amie hantar mesej, juga tidak dijawab. Setelah kami pulang ke LD, barulah sahabat baik ini menjawab mesej dengan menyelitkan gambar dirinya berada di hospital, berselirat dengan wayar-wayar! Katanya: Kenapa engkau tak datang tengok aku?

Sejak itu, berjanji dalam hati sekiranya berkesempatan bercuti lagi kami akan cuba ziarahinya. Namun setiap kali pulang, setiap kali itulah pula telefon tidak dijawab, dan mesej tidak dibalas. Beberapa bulan lepas, tiba-tiba sahabat baik ini memberi komen di FB rakan sekuliah kami. Masih cerita yang sama, mengenang zaman suka duka di kampus dan menyebut diri ini sebagai sahabat baiknya di kala susah dan senang. Setiap kali kami cuba bertanya tentang kesihatannya di WhatsAap Group, sahabat baik ini hanya mendiamkan diri. 

Selamat jalan sahabat baikku. Selamat menempuh jalan yang lurus. Selamat bertemu dengan-Nya. Moga aman dan tenteram di alam abadi.

Akhirnya dia pergi jua  pada pukul 11 malam 18 Oktober 2020 (Ahad) di IJN, dan menurut anaknya, arwah meninggal dunia akibat sakit jantung. 
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunilah sahabatku Jawib Rosdi,
Rahmatilah dirinya.
Muliakanlah kematiannya.
Lapangkanlah kuburnya,
Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya,
Kurniakanlah  kesabaran dan kemudahan kepada ahli keluarganya,
Tiada daya dan upaya kami melainkan rahmat-Mu ya Allah,
Tempatkanlah dirinya dalam kalangan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh,
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Zakaria, seorang rakan yang berbudi bahasa, cekal dan tabah menempuh hidup.
Moga terus berjaya dunia dan akhirat.

Pada 29 Oktober 2020, terima berita gembira pula apabila terbaca di media sosial tentang Anugerah Khas Semarak Cinta Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1442H / 2020M. Rakan sekuliah kami, Zakaria Yahya, seorang Guru Akademik Kurang Upaya Penglihatan terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut.
   

Amie pernah menjadi salah seorang pembaca sukarela kepada Zakaria di bilik karel (bilik khas untuk pelajar kurang upaya). Amie pernah menulis sedikit kenangan di sini: One Day In Your Life. Teringat sewaktu mengikuti Minggu Haluan Siswa, Zakaria dengan tongkatnya terjatuh ke dalam longkang. Setiap kali kuliah, Zakaria adalah orang pertama berdiri di depan pintu kuliah untuk masuk ke dewan. Zakaria akan duduk di barisan paling hadapan, melipat kemas tongkatnya, dan mengeluarkan tape recoder untuk merakam isi kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. 

Rasa kagum sangat dengan kesungguhan Zakaria menuntut ilmu. Ketika majlis konvokesyen berlangsung, Zakaria mendapat tepukan paling gemuruh dengan pencapaian cemerlangnya! Segalanya berakhir di situ. Tiada sebarang berita yang kami perolehi tentang Zakaria sehinggalah 3 hari lepas terpampang gambarnya dengan ucapan TAHNIAH sebagai Penerima Anugerah Khas Semarak Cinta Rasul.

Alhamdulillah. Tahniah buat Zakaria. Teruskan amanah dan  usaha memberi ilmu kepada anak didik. Ya! Sudah 28 tahun berlalu, tiba-tiba mendengar khabar gembira ini. Moga Zakaria sentiasa sihat dan gembira di samping keluarga dan anak didik tercinta. 

Petikan catatan lalu: One Day In Your Life

Suatu petang, hujan renyai-renyai dan Amie terlambat masuk ke karel.
Amie: Maaf... minta maaf, saya terlambat. Mungkin awak tertunggu-tunggu saya!
Dia   : Oh...! Tak apa. Saya tahu awak (dia sebut nama Amie) yang datang ni.
Amie : Mana awak tahu saya yang datang?
Dia    : Dari bau minyak wangi... (Amie memang pakai minyak wangi yang sama setiap hari kuliah).
Amie : Ooohhh!
Dia    : Dan... bunyi tapak kasut...
Amie : Wow! Saya lambat sebab...
Dia    : Hujan kan...
Amie : Mana tahu hujan di luar?
Dia    : Saya boleh hidu baunya!
Subahanallah... Maha Suci Allah yang menjadikan makhluk-Nya dengan segala keistimewaan dan keunikan yang tersendiri!

26 ulasan:

  1. Satu berita sedih. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.
    Satu berita gembira. Kesusahan dibayar dengan anugerah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. NA,
      Aamiin ya Allah.
      Rezeki ada di mana-mana asalkan rajin berusaha.

      Padam
  2. Innalillahiwainnailahirajiun. Begitulah lumrah kehidupan kita pasti didatangi pelbagai berita, ujian dan sebagainya. Semoga kita semua dilindungi Allah selalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal,
      kita hanyalah hamba-Nya yang lemah.

      Padam
  3. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..

    tahniah kpd sahabat yg dpt anugerah..

    BalasPadam
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yanh beriman...

    Tahniah juga pada sahabat yang dapat anugerah. Sesungguhnya, walau ada kekurangan pasti ada kelebihannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      Aamiin ya Allah.
      Jadikan kekurangan itu satu kelebihan.

      Padam
  5. Allah..sedihnya :( Moga arwah tenang di sana

    BalasPadam
  6. terharu sgt membaca n3 amie 2 kisah yg menyentuh hati tahniah kpd en zakaria n moga shbt amie yg kembali damai di sana dicucuri rahmat-Nya amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      itulah lumrahnya hidup, ada suka dan duka.
      Semua hanya pinjaman, yang kekal hanyalah Dia.

      Padam
  7. Semoga arwah sahabat amie di tempatkan di kalangan orang-orang beriman

    Tahniah juga pada sahabat yang menerima anugerah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shima,
      Aamiin ya Allah.
      Mudah-mudahan sahabat yang terima anugerah terus istiqomah dlm menjalankan tugasnya.

      Padam
  8. Al-Fatihah untuk arwah.
    Orang kurang upaya penglihatan deria lain mereka memang lebih tajam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      Aamiin ya Allah.
      Ya, OKU memang istimewa, ada pancaindera keenam.

      Padam
  9. Takziah dan Al fatihah untuk arwah..

    BalasPadam
  10. Alfatihah utk yg telah pergi..,sayu rasa dihati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamsiah,
      rasa hening suasana seketika sewaktu mendengar khabar sedih itu.

      Padam
  11. Dua cerita dan perasaan yang berbeza.

    Alfatihah buat arwah. Semoga ditempatkan bersama di kalangan orang yang beriman. Aaminnn

    Tahniah buat rakan Amie yang telah berjaya walaupun kurang sempurna. Sesungguhnya dalam kekurangan, ada kehebatannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      Aamiin ya Allah.
      Rupanya di sebalik kekurangan ada kelebihannya.

      Padam
  12. Sedih kan bila dengar kawan yang kita kenali seorang demi seorang meninggal dunia. Al fatihah buat aruah sahabat amie. Semuga Allah tempatkan aruah di sisi orang yang beriman dan beramal soleh.


    Tahniah buat rakan amie. Begitu hebat walaupun dalam kekurangan. Kita yang sempurna pun belum tentu berjaya seperti dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Notie,
      Sangat sedih. Beberapa hari juga duduk termenung, memikir diri yang pastinya bakal menyusul.
      Kawan tu memang hebat, gigih berusaha. Kadang-kadang malu jugaa rasanya bila kita yang sempurna sifat ini lambat siapkan assigment.

      Padam
  13. Subahanallah kagumndgn semamgatt zakaria.. di mmg kayak

    Salam takziah buat keluarga kawan amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamapp,
      Alhamdulillah. Usaha gigih Zakaria terbayar dengan anugerah itu.
      Terima kasih Mamapp.

      Padam