Pages

Jumaat, 30 Oktober 2020

Ikan Susu Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

Gambar masakan Ikan Susu Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas ini sebenarnya sudah beberapa bulan duduk diam-diam dalam folder. Setiap kali buka folder, nampak jew semangkuk ikan ni di barisan atas. Entah kenapa tidak dipeduli. Hari ini rasa kasihan pula. Baiklah jadikan paparan walaupun sudah banyak kali kongsi resepi ikan susu. Yang sudah biasa masuk dapur Amie, tentu pernah terjumpa dengan menu ikan susu. Biasanya Amie gunakan nama ikan bolu @ baulu. Banyak sungguhlah nama ikan susu ini. Ikan bolu @ baulu @ milkfish @ bandeng @ bangus @ ava @ lunak. Di Hawaii ikan ini dipanggil ikan ava. Di Filipina dipanggil ikan bangus, dan katanya ikan ini merupakan ikan kebangsaan negara tersebut. Di Indonesia, namanya ikan bandeng. Orang putih pula panggil milkfish. Biasanya di Malaya ikan ini dikenali sebagai ikan susu, dan di Sabah mengikut panggilan tempatan ikan ini disebut ikan bolu @ baulu. Ikan ini juga menjadi ikan viral sejak Bonda Rozita memperkenalkannya sebagai ikan lunak.

Masaklah apa pun, ikan susu memang sedap! Masak singgang, panggang, goreng, masak lemak cili padi, masak lemak tempoyak, masak asam rebus dan sebagainya. Kali ini Amie kongsikan resepi Ikan Susu Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. Untuk dapatkan warna yang cantik menyerlah, jangan lupa gunakan cili padi hijau dengan kunyit hidup. Amie gunakan nanas bahagian bawah, yang tak berapa manis dan ada rasa masam sikit. Jadi, Amie tidak tambahkan asam keping. Cukuplah rasa semulajadi masam manis nanas.



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan susu @ bolu (500 gram) - bersihkan dan kerat 6
  • 400 gram nanas - potong ikut suka
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 biji cili hijau - belah 2
  • 1 biji cili merah - belah 2
  • 250ml santan pekat
  • 500 ml air
  • garam / gula /perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 30 biji cili padi hijau
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama nanas,  serai dan bahan tumbuk / kisar. Jerang di atas api sederhana.
  2. Setelah masakan mendidih dan nanas layu, masukkan pula ikan susu @ bolu.
  3. Tambahkan santan pekat, garam /gula/perasa pilihan secukupnya.
  4. Kacau selalu sehingga kuah mendidih dan ikan masak. 
  5. Akhir sekali masukkan hirisan cili hijau dan cili merah.
  6. Padamkan api dapur

Ikan Susu Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

22 ulasan:

  1. mcm sedap tu. nak suruh bini masakkan la nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abam Kie,
      Silakan. Makan nanti jangam tambah nasi ya.... hihihiii.

      Padam
  2. Walaupun ikan ni banyak nama tetap tak pernah dengar kak. Kat semenanjung ni kalau ada memang nak cuba. Nampak sedap ikan masak lemak cili api campur nanas. Biasa masak udang je campur nanas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fiza,
      ada rasanya di Malaya. Kalau saya balik kampung selalu nampak di Econsave & TESCO, sekitar Jeram, Kuala Selangor, Puncak Alam dan Meru.

      Padam
    2. Tunas manja selalu ada.enghong pun ada.

      Padam
  3. Selalu nampak ikan susu ni kat pasar
    tapi arang2 beli.

    BalasPadam
  4. Ikan ni ada je kat pasaraya.. nama dia ikan susu.. ada kawan tu dari bandung, katanya itu ikan bandeng.

    Ikan susu ni biasa beli buat goreng. Memang sedap. Next time boleh cik tk cuba masak yang macam ini pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      dulu saya tak pandai makan ikan susu, sekali dah rasa akhirnya jadi ikan kegemaran pula.

      Padam
  5. ikan susu? tapi die punya rupa macam ikan tenggiri..heee tak pernah dgr ikan susu..menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan susu byk duri..petua kata sentap ekor supaya duri lekang dari daging...cubalah

      Padam
    2. Anakdenesor,
      Ikan susu bersisik, ada tulang-tulang halus.

      Padam
    3. Kang Latep,
      ya, itu satu petua dapur yang boleh dipraktikkan. Terima kasih.

      Padam
  6. Tak pernah dengar nama spesis ikan ni 🤭

    BalasPadam
  7. tak pernah dgr ada nama ikan susu.. esok nak tnya mama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      tanya ye, jangan tak tanya hihihiii.

      Padam
  8. Ikan susu saya tak berapa pandai nak masak Kak.
    Jamu mata dekat blog Kak je ni belajar masak dengan Kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      dulu tak pernah makan. Bila jiran bagi ikan susu panggang, suami saja yang makan. Kali ketiga jiran bagi, saya cuba makan. Terus jatuh cinta. Ruginya sebab dari dulu tak pedulikan ikan ini.... hihihiiii.

      Padam
  9. Patutlah tak pernah nampak sebab kurang ke Econsave & TESCO tu. Nak ke Jeram, Kuala Selangor, Puncak Alam dan Meru tu memang jarang sangat pergi.

    BalasPadam
  10. Sha tak pernah makan ikan susu.. Tapi masak lemak nanas tu nampak mengancam sangat..

    BalasPadam