Selepas solat Subuh, Fairuz kata perutnya lapar! Abang Farid pula sudah bersedia untuk mencuci pakaian dengan memisahkan jenis-jenis pakaian yang hendak dicucinya. Tuala dengan tuala. Kain dengan kain. T-shirt dengan T-shirt. Seluar dengan seluar. Fuad akan mengikuti kelas online seawal pukul 8 pagi. Firdaus pula, Amie suruh cepat-cepat mandi. Lepas sarapan, boleh siapkan kerja sekolah yang masih berbaki. Maklumlah setiap hari dapat tugasan. Kalau hari ini belum siap, akan bertambahlah kerja rumahnya sebab esok akan dapat kerja lain pula!
Encik Suami, dua hari lepas menjalani pembedahan bisul di bawah lututnya di klinik swasta. Nampaknya kena banyak berehat supaya cepat sembuh. Solat pun Encik Suami buat dengan cara duduk.
Abang Farid, Fairuz dan Firdaus bersarapan di dapur dengan hidangan ala-ala American Breakfast. Selepas bersarapan, Abang Farid bersama Fairuz bergotong-royong membersihkan rumah dan mencuci pakaian pula. Fuad tidak mahu diganggu. Hari ini jadual kuliahnya tamat pada pukul 5 petang.
|
American Breakfast
|
|
Mee Hoon Sup
|
Encik Suami meminta Amie buatkan sarapan Mee Hoon Sup. Ala-ala koboi juga ni, tapi macam sedaplah pulak! Memang nampak sedap sebab hanya buat satu mangkuk saja.
Antara menu sarapan pagi kami sepanjang minggu ini termasuklah nasi goreng ikan. Lama tak buat nasi goreng campur lebihan ikan goreng! Teringat sewaktu kecil dahulu, kalau Bonda buat nasi goreng bubuh lebihan ikan goreng, enaknya tak terperi! Anak-anak kata, sedap betul!
Sana-sini viral roti canai sarang burung, kita pun nak buat juga. Tak ada stok roti canai segera. Nak buat malas pulak. Ada roti pharata. Kita gunakan sajalah. Tengah makan, teringat belum ambil gambar.... ahaks!
Menu kegemaran anak-anak : Jemput-jemput jagung dengan udang. Goreng berapa banyak pun tetap licin!
Dua hari lepas, adik ipar dan biras datang melawat Encik Suami. Amie sedang mengisi inti ke dalam kulit wantan. Amie pun tinggalkanlah di dapur. Baru sempat buat 11 keping. Kononnya untuk minum petang. Bila adik ipar dan biras pulang, hari sudah menjelang senja. Amie pun goreng sajalah yang 11 keping. Selebihnya, kulit wantan dan intinya kita simpan. Anak-anak kata tak puas makan. Keesokan pagi, kita buatkan lagi sehingga habis lebihan inti dan kulit wantan.
Oleh kerana kulit wantan sudah habis, dan masih ada baki inti jadi Amie gunakan kulit gyoza pula seperti di bawah ini.Sekian cerita di pagi minggu. Selepas ini Amie akan ke dapur untuk sediakan hidangan tengahari. Sebentar tadi Fuad turun. Amie sangka hendak bersarapan, tetapi rupanya mencari speaker. Katanya, suara pensyarah tidak jelas.
Harap di antara bujang bertiga itu, tidak ada yang mengutip cukai American Breakfast Fuad yang belum dijamahnya ini!
Wow, menu-menu yang sangat menyelerakan
BalasPadamsedapnya anggur tu!
BalasPadamKALAU DEKAT MAHU JUGA MENUMPANG SANTAP HEH..HEH..
BalasPadamsedapnyaaaa
BalasPadamDunia Zumal,
BalasPadamterima kasih, jemput ye.
Syaz,
BalasPadamalhamdulillah, ada juga anggur di pasar time PKPB.
Cik Idaa,
BalasPadamjemput sarapan sama.
Paridah,
BalasPadammarilah sini... sarapan sekali.
Wak suka jemput2 tu
BalasPadamWarisan Petani,
Padamjemput makan jemput-jemput Wak.
semua menunya best2 la amie
BalasPadamCik TK,
Padamterima kasih.
Hebat kak amie. Bermacam macam juadah setiap hari yang menyelerakan. hihi, mesti ada yang tak berani mengcukai tu. marah tuan punya belum makan lagi.
BalasPadamAzhafizah,
Padamkebetulan berkurung sempena PKPB. Nanti dah kuar kerja, dapur sepilah semula. Ada tu yang mencukai, mana yang boleh ditarik sikit-sikit hihihiiii.
Macam2 juadah setiap hari. Meriah
BalasPadamTukang Kebun,
Padamnanti dah habis PKPB, pandai-pandailah cari sarapan sendiri..... kah! Tak banyak masa dah nak masak di dapur.
alahaiiii semuanya sedapppp plg win bg sy jemput2 tu
BalasPadamDear Anies,
Padamberul tu, Anak-anak tak pernah jemu makan jemput-jemput tu.
fancynya breakfast!! boots up mood for the day kan
BalasPadamAtie,
Padamye betul tu, mulakan hari dengan sesuatu yang menarik mata dan hati.
Semua hidangan nampak menyelerakan 😊
BalasPadamFarrah,
Padamterima kasih.