Akhirnya Amie buka kasut! Tangan kiri pegang kasut, tangan kanan kepit beg! Jalan berlahan-lahan takut terpijak batu karang atau terperosok dalam lubang, maklumlah berjalan di atas pasir berlumpur! Syukurlah, tidak ada batu karang dan tidak ada kulit siput atau kulit kerang yang Amie pijak. Lantai laut berpasir lembut tetapi lumpur tidak boleh dibuat kawan. Memang basahlah sampai ke paras lutut, tapi Amie terpaksa harungi juga, meranduk air laut bersendirian. Bot semakin ditolak ke bahagian air yang lebih dalam, dan bermakna air kini sudah sampai ke peha pula!
Tiba giliran Kavvy, Kam dan Risa untuk meranduk air laut! |
Kelihatan Misa di belakang sanun sedang bergerak ke hujung jeti. |
Risa, Kavvy dan Kam sudah berada di dalam air dan sedang mencari jalan menuju ke arah bot. |
Tour guide kami kutip obor-obor di tepi bot. |
Tour guide tadi menuju ke arah kawan-kawan, dan membantu Kavvy mencari jalan untuk sampai ke bot. |
Di belakang sanun, muncul Akmi bersama Yantie! |
Kenapa tu? Oh! Rupanya ada perahu menuju ke arah jeti! |
Teruskan Kam dan Risa! Tak jauh lagi. |
Aduhai! |
Menangiskah kau Risa? |
Relaks saja si Misa. |
Okey Risa. Naik tangga... 1, 2...3. |
Ahahaaa...ahahaaaaaaks! |
Akmi dan Yatie menaiki perahu. |
Amboi! Tak aci. Orang lain basah, awak berdua kering baju duduk dalam perahu! |
Tak apalah! Rezeki hari kemerdekaan! Tak sia-sia bawa Jalur Gemilang. |
Kami tinggalkan Pulau Timbun Mata. |
Cantik betul warna air laut yang sekejap biru muda sekejap warna hijau zamrud! |
Sekali lagi kami diuji dan teruji! |
Rugi kalau tak turun bot, kata tour guide. Cantik ambil gambar di Pantai Kahona ini, katanya lagi. |
Satu persatu kawan-kawan turun meranduk air laut untuk sampai ke Pantai Kahona. Kam kata, tak ada batu karang. Pasirnya putih dan lembut! Huurrmmm...! Alang-alang sudah separuh basah di Pulau Timbun Mata, biarlah basah terus di Pantai Kahona. Bukan selalu dapat beraksi di Pantai Kahona. Pantai Kahona? Macam filem Kal Ho Naa Ho saja bunyinya nama pantai di sini.... ahaks!
best betul meranduk air laut tu, kalau saya berendam sekali lah...
BalasPadamNasa Mulia,
Padambaju cukup-cukup saja, tu tak berani berendam.
haha alang-alang dah masuk air tu.. mandi je terus! seronok!
BalasPadamCik TK,
Padambetul juga, sayangnya baju hanya du badan saja, sebab lepas tu nak balik.
Sedap obor obor. Yang Kering banyakbada dijual dipasar.
BalasPadamhttps://youtu.be/5K6b4tgIs6o
https://youtu.be/jZVNtvBuq24
https://youtu.be/K9Q0Bl6iXxQ
Banyak khasiat.. collagen kak oii..kulit rambut etc..
Lagi satu lebihkan bawang putih, besar Dan halia bila masak . Serta peria, peria katak...elok untuk Cuci darah. Bila kena bisul etc..
BalasPadamVitamin c..juga.. semoga sehat selalu...
G,
PadamTq for sharing. Setakat ni belum pernah makan obor-obor.
MCM makan rumpai laut
PadamJauh kena randuk, nasib ada juga perahu
BalasPadamDunia Zumal,
Padamnak buat macamana, air laut tiba-tiba tohor.
Best juga tu merandai air. Sesekali basah kak amie. Kalau tak bawa barang mungkin dah main air sekali tu kan. hihi
BalasPadamAzhafizah,
Padammemang best basah ramai-ramai hahahaaa.
Alamak seronok tengok pemandangan laut dan awan putih. Cuaca pun cantik.
BalasPadamNA,
Padampulau-pulau yang tak dicemari memang cantik.
Saya ingat ada Bollywood movie Kaho naa Pyaar Hai,movie pertama Hrithtik Roshan berlakon.
BalasPadamTiba2 air tuhur ke Kak.
Tukang Kebun,
Padamya, tohor secara tiba-tiba.
diorg mkn obor2 mcm tu je? eee x bahaya ke? takutnyaaa ada racun
BalasPadamDear Anies,
Padamyang dah biasa makan tu agaknya dah tahu mana bahagian obor - obor yang ada racun.
kutip obor obor pgg macam tu je? aduhhhhhh scaryyyy
BalasPadamAtie,
Padamdia nampak obor-obor mengambang di permukaan air, terus dia ambil gitu jew.
Seronoknya main air! Cantik pemandangan sekitar.
BalasPadamFarrah,
Padammemang seronok tapi yg tak seronok sbb tak rancang nak masuk air heheheee.