Pages

Rabu, 21 Oktober 2020

Pulau Sibuan Pulau Karang Kecil

Ini entri terakhir jalan-jalan ke pulau. Lepas ini entah bila lagi boleh berjalan. Semua rancangan yang diatur sepanjang tahun ini memang 90% tidak tercapai. Hanya menaruh satu harapan sahaja. Mudah-mudahan hujung tahun 2020, dapat menyeberang Laut China Selatan. Nak balik kampung. Nak jumpa Bonda dan sanak saudara!

Pintu gerbang Sibuan Island, sebuah pulau kecil yang terbina dari karang.

Ramailah pula pengunjung datang ke Pulau Sibuan. 2016 Amie pernah datang ke sini. Tak banyak orang. Pulau nampak sunyi dan sepi. Keliling pulau kami jelajahi untuk menikmati keindahan pemandangannya serta pasir pantainya yang putih halus dan lembut!


Kawalan keselamatan tetap diutamakan.

Oleh kerana pantai dipenuhi pengunjung jadi terpaksalah ambil gambar dengan orang-orangnya sekali... ahaks!
Beratur untuk mengambil suhu. 


Nasib baiklah ada sarang undur-undur di bawah kolong ini. Kami pun bercerita kenangan zaman kanak-kanak memancing undur-undur gunakan benang! Kawan kata, mereka pancing gunakan bulu ayam!

Agaknya kalau pancing undur-undur sambil menunggu giliran ambil suhu, dapat berapa puluh ekor agaknya ye? Panas, dan bosan berakhir juga apabila kami selesai daftar masuk pulau.

Kami mencari teduhan pokok untuk merehatkan diri. Panas sungguh!

Semakin banyak pula bot membawa penumpang menghampiri pulau. 

Mungkin mereka datang untuk kibarkan Jalur Gemilang.


Dah jumpa pokok rimbun, kami pun membahagi-bahagikan bekalan.

Bekalan makan tengahari ini memang termasuk dalam pakej perjalanan kami.

Nasi dengan lauk dan sayur serta sebotol air mineral. Kalau nak minum air kelapa boleh beli daripada anak-anak Palauh di sini.

Sebiji kelapa berharga RM5. Wanita Palauh suka memakai borak buas, iaitu sejenis bedak sejuk yang diperbuat daripada beras,  daun pad-pad, puhung, daun biabas dan air secukupnya. Bedak ini berwarna kekuning-kuningan dan dipakai siang dan malam.

Selesai makan tengahari, kami putuskan untuk pulang lebih awal ke Jeti Pelancongan Bangau-Bangau. Kami cadang untuk bertolak ke Lahad Datu sekitar pukul 2 petang. Van yang kami sewa akan menunggu kami di jeti. Kemudian kami akan ke Champs Elysees untuk mengambilbeg masing-masing.

Sambung makan isi kelapa muda di dalam bot!

Ketika bot bergerak meninggalkan Pulau Sibuan yang semakin dipenuhi ramai pengunjung, Amie terlelap seketika! Mimpi kembali semula pada tahun 2016 ketika pertama kali jejak kaki ke pulau yang cantikdan bersih ini. Hari ini pulau nampak berbeza, banyak sampah pula! Gambar atas dan 3 gambar di bawah, pemandangan pantai Pulau Sibuan pada tahun 2016.




Amie terjaga ketika terdengar suara Kavvy mengatakan ada tongkang bawa kayu balak. Sempat rakam gambar kayu balak naik tongkang di laut Semporna. Tongkang dengan muatan kayu balak itu dari mana nak ke mana?

Nun di sana! 
Awan kelabu kehitam-hitaman dan hujan mulai turun.

Air hujan tempias turun di tempat kami tapi hanya tumpang lalu sahaja.

Ini rumah perahu keluarga Bajau Laut atau Palauh.

Dah sampai jeti! Alhamdulillah.


Terima kasih buat dua orang adik yang jadi guide kami sepanjang hari ini.

Selamat tinggal Laut Semporna.


Tiba di jeti, kami terus mandi, menukar pakaian dan solat di surau. Dalam perjalanan pulang ke Lahad Datu, kami singgah sebentar di McDonalds untuk membeli oleh-oleh buat keluarga. Sekian. Terima kasih sudi membaca. 

16 ulasan:

  1. Kena had kan lah jumlah pelawat ke Sibuan tu kalau nak jaga kebersihan pulau....Masa pergi dulu pun cantik sangat pantainya. Tapi baguslah orang palauh dah pandai menjual kelapa muda ada juga sumber pendapatan diorang.

    BalasPadam
  2. Menarik tempatnya. Teringin nak pergi suatu hari nanti

    BalasPadam
  3. Nasa Mulia,
    terkejut juga melihat banyak sampah sebab dulu pulau ini bersih.

    BalasPadam
  4. Dunia Zumal,
    cepat-cepatlah covid-19 berlalu supaya boleh jalan-jalan kan.

    BalasPadam
  5. Makin ramai orang Parauh jual buah kelapa sekarang di Pulau Sibuan. Eloklah tambah mata pencarian mereka. Undur undur apa Kak tertanya-tanya pula Tukang Kebun hehehe...

    BalasPadam
  6. teringin nak menginap atas rumah perahu, tapi takut pening pulak hahah

    BalasPadam
  7. Tukang Kebun,
    undur-undur itu sejenis binatang kecil macam kutu, tinggal dalam lubang bentuk kon dalam tanah. Kami panggil undur-undur sebab bila berjalan, dia mengundur ke belakang.

    BalasPadam
  8. Syaz,
    orang Palauh yang tinggal di perahu (lepa-lepa) tak boleh tinggal di darat pula...heheeh.

    BalasPadam
  9. Gambar last tu lawa Amie. Lawa pulau ini pemandangannya pun cantik. Ruginya kalu tak dijaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shima,
      yang buat sampah tu rasanta pengunjung sebab banyak sangat bekas makanan dan botol / tin air minuman

      Padam
  10. Ramai juga ke Pulau Sibuan ni ye. Pulau yang cantik tapi awan mendung buat jadi risau kalau ke pulau ni.

    BalasPadam
  11. Azhafizah,
    paling takutbkalau hujan di laut!

    BalasPadam
  12. Wah best nih...sy dh sediakan iterinary utk ronda keliling sabah sebulan termasuk pulau utk thn dpn..tp bergantung jg dgn wabak c19 nih..jemm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kang Latep,
      Moga covid-19 segera berlalu. Kesian kaki travel tak dapat jalan-jalan.

      Padam