Pages

Rabu, 21 Oktober 2020

Menu Tengahari DSSS Hari 10 - 22

Jumpa lagi dalam perkongsian pemakanan seimbang. Alhamdulillah Amie masih lagi meneruskan usaha Diet Suku Suku Separuh. Sebenarnya apabila Amie lihat semula gambar-gambar DSSS sebelum ini nampak beberapa kelemahannya seperti kuantiti fiber yang tidak sampai separuh pinggan, tetapi sumber protein terlebih dari sukatan suku! Tak apa. Kalau tidak buat silap, tidaklah dapat pengajarannya. Lagi satu Amie tidak mahu ada tekanan dalam hal makan-makan ini. Mana yang mampu Amie buat, Amie teruskan. Yang kurang mampu dilakukan, boleh buat perlahan-lahan. Bukan mudah untuk ubah tabiat pemakanan dari nasi dua pinggan menjadi 1/4 pula! Ada kalanya Amie terlepas juga. Memang sukar untuk mengunyah ulam-ulaman setengah pinggan. Anak-anak makan berketul-ketul ayam goreng, kita mengunyah sayur macam kambing..... kah!

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan dalam usaha Amie untuk kurangkan berat badan dengan pemilihan makanan seimbang. Kepada rakan-rakan yang ingin memulakan DSSS, Amie sangat alu-alukan. Bolehlah kita bertukar-tukar dan berkongsi menu. Amie sangat hargai semua teguran dan saranan daripada rakan-rakan sekalian untuk penambahbaikkan DSSS ini. Semoga dengan paparan menu (yang ada kalanya tergelincir dari landasan) dapat dijadikan sebagai rujukan dan  pembakar semangat buat rakan-rakan blogger yang ingin melakukan DSSS. Bagi Amie, DSSS sangat mudah kerana hanya perlu fikirkan sumber kabohidrat, protein dan fiber di dalam setiap pinggan hidangan.

Kali ini Amie kongsikan lagi 13 menu makan tengahari Diet Suku Suku Separuh.


Menu Tengahari DSSS Hari 10
Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ayam masak sate tanpa rasa gula
Fiber - selada hijau, lobak merah celur, timun dan bawang Bombay


Menu Tengahari DSSS Hari 11
Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ikan tuna masak asam pedas
Fiber - ulam kacang bendi celur & buah epal


Menu Tengahari DSSS Hari 12
Karbodidrat - nasi beras basmathi
Protein - dada ayam kukus
Fiber - sayur lobak merah, taugeh dan kucai goreng kilas & buah oren

Menu Tengahari DSSS Hari 13
Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - udang kukus
Fiber - kobis bunga & selada hijau


Menu Tengahari DSSS Hari 14
Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ikan cencaru panggang & tempe goreng
Fiber - selada hijau & ulam kacang panjang

Menu Tengahari DSSS Hari 15
Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kerisi masak singgang
Fiber - jantung pisang celur, petai dan kacang bendi


Menu Tengahari DSSS Hari 16
Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ikan putih masak singgang
Fiber - red & green coral & petai

Menu Tengahari DSSS Hari 17
Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ayam masak sate tanpa gula
Fiber - selada hijau, timun & Buah oren


Menu Tengahari DSSS Hari 18
Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ikan cencaru panggang & tauhu goreng
Fiber - daun salad, kacang panjang & petai


Menu Tengahari DSSS Hari 19
Karbohidrat  - nasi beras basmathi
Protein - ikan putih goreng
Fiber - Romaine lettuce, kacang panjang & tomato


Menu Tengahari DSSS Hari 20
Karbohidrat - nasi
Protein - ayam kukus panggang
Fiber - butterhead, brokoli & lobak merah celur & timun

Menu Tengahari DSSS Hari 21
Karbohidrat - nasi
Protein - ikan tenggiri panggang
Fiber -sayur remayung & lobak merah goreng kilas & belimbing

Menu Tengahari DSSS Hari 22
Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kembung sumbat sambal tomato panggang
Fiber - daun selasih, kacang bendi & betik

30 ulasan:

  1. Seronok tengok kepelbagaian menu Amie.. betullah Amie, kadang rasa macam kambing kunyah sayur banyak2, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seri Kandi,
      nak pujuk hati amalkan DSSS lah tu kononnya, jadi bagi variasi sikit dlm setiap hidangan.

      Padam
  2. Chaiyok3x Amie. Saya pun rasa perlu diet nie. Boleh ikut menu Amie hehehe 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shima,
      Terima kasih. Marilah amalkan pemakaban seimbang, ada kawan tambah semangat nih.

      Padam
  3. MAKANAN SEIMBANG TERBAIK N MENYELERAKAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      in shaa Allah, banyak kali dinasihatkan setiap kali pemeruksaan kesihatan, sekarang baru timbul rasa nak disiplinkan diri.

      Padam
  4. Menu Amie sedap2 belaka! Cara penampilan pun amat menarik dan menambah selera!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH,
      Terima kasih. Mudah-mudahan dengan susunan hidangan DSSS begini, saya akan terus konsisten amalkannya

      Padam
  5. i tak boleh makan yg ada petai tu, nanti akan bertambah nasi .. hancur diet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      nakal petai tu kan... menggoda selera hihihiii.

      Padam
  6. Semoga Amie berjaya dalam misi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujie,
      terima kasih banyak, mudah-mudahan terus bersemangat.

      Padam
  7. Don't give up Kak Amie. Semoga terus konsistent dan mencapai matlamat dengan berjaya!
    Sy tak ada menu nak share tapi dulu pernah berdiet ikut panduan 21 hari cabaran untuk kurus eat clean aizat razak, fatin ayuni dan khairul azuan. Bagus buku tu kak amie, dia ada tips dan juga cadangan menu hidangan setiap hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      terima kasih, harap matlamat utama untuk amalkan gaya hidup sihat akan tercapai, dan diteruskan seumur hidup. In shaa Allah.

      Padam
  8. All the best kak Amie <3
    saya pun tgh onnnzzz :))
    tapi cara saya sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shida,
      Alhamdulillah. Setuju dengan amalan cara sendiri, tidak tertekan dan in shaa Allah kita gembira dengan apa yang kita lakukan.

      Padam
  9. saya pun tgh mengamalkan menu sihat spt puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abam Kie,
      Alhamdulillah, kekalkan pengambilan makanan seimbang.

      Padam
  10. nak diet cara sihat

    stop 3 perkara ni

    1. Gula tak boleh ambil langsung gantikan dgn pemanis semulajadi dgn stevia/kurma/madu
    2. Makanan proses stop
    3. Tepung gandum pun dilarang ambil

    semoga sihat selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasliynda,
      terima kasih, betul tu, banyak panduan dan jenis diet, yang penting kena konsisten dan tidak berasa stress.

      Padam
  11. Semuanya nampak menyelerakan,kang dsss jd penuh pinggan

    BalasPadam
  12. Comeiii temple bulat bulat.
    Saya kalau ada Sambal bahaya jadi rasa nak tambah tambah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      tanpa sambal macam tak lengkap hidangan kan?

      Padam
  13. Balasan
    1. Henrie,
      Agar tidak jemu makanan yang sama setiap hari.

      Padam
  14. Sedapnya 😋😋😋

    BalasPadam
  15. Demi nak sihat memang kena korban sikit. Kalau saya suruh mkan camni mau nangis sebab kurang suka sayur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salbiah,
      bosan dah asyik kena nasihat supaya turunkan berat badan, jadi usahalah juga pelan-pelan.

      Padam