Pages

Isnin, 19 Oktober 2020

Kuih Janda

Selamat pagi rakan-rakan seantaero Malaya dan Borneo, Singapura, Brunei dan Indonesia. Tak berani nak buka cerita tentang Covid-19 yang semakin bertambah bilangannya di Sabah! Rasa ngeri dan bimbang sebab di Lahad Datu sendiri, Covid-19 sudah menempati kawasan perumahan di taman-taman, kampung-kampung dan juga premis-premis perniagaan.

Hari ini, sudah 1 bulan 2 hari Amie bekerja dari rumah (BDR). Banyak laporan bergambar kerja dari rumah perlu dihantar, menghadiri mesyuarat secara google meet dan sebagainya. Apa pun syukur Alhamdulillah kerana masih ada pilihan untuk meneruskan tugas. 

Cerita di pagi hari ini: 

  • Encik Suami akan ke klinik pada pukul 9 pagi untuk pemeriksaan kesihatan. 
  • Awal pagi lagi Abang Farid dan Fairuz sudah sampai ke gerai di kampung mencari nasi lemak dan nasi kuning untuk sarapan mereka. 
  • Amie masuk dapur, mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.
  • Jiran sebelah hulur semangkuk Kuih Janda yang masih panas.

Sebelum ini Amie hanya makan Kuih Janda yang dibeli di pasar dan keadaannya sudah sejuk. Inilah kali pertama dapat Kuih Janda yang panas, dan sedapnya sudah tentu berganda-ganda rasanya! Terima kasih banyak-banyak jiran kami yang rajin buat kuih di pagi hari.

Rupa Kuih Janda yang diberi oleh jiran.

Kuih Janda ini diperbuat daripada ubi kayu parut. Kemudian dicampur pewarna. Kadang-kadang Amie jumpa warna kuning dan hijau, dan ada juga tidak berwarna. Parutan ubi kayu dipipihkan kemudian diisi hirisan pisang raja yang masak ranum. Kuih Janda ini perlu dikukus dan seelah masak, golek-golekkan di atas kelapa parut yang dikukus dan dicampur dengan sedikit gula. Kuih Janda  ini merupakan salah satu daripada pelbagai jenis kuih tradisional masyarakat Bugis.
Mari kita sediakan secawan kopi panas untuk dinikmati bersama Kuih Janda yang masih panas ini!

18 ulasan:

  1. Gorgeous nampak kuih janda tu, pertama kali Tukang Kebun tengok.
    Pengajaran online memudahkan keadaan sekarang tapi kesian juga kepada pelajar kurang interactive dan kekadang focus terganggu akibat line Internet yang terputus juga amat merumitkan bagi pelajar yang duduk kawasan line coverage tidak baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      memang kesian murid yg duduk kawasan line coverage tidak baik, kita pun susah hati juga memikirkannya terutamanya murid calon SPM.

      Padam
  2. kalau x nmpk pisang tu mesti sangka onde onde hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Anies,
      betul tu, saya pun sangka onde-onde tapi bila gigit seketul rasa macam ada pisang pulak.

      Padam
  3. Kak, tu kami panggil bandang jolo, boleh lah panggil kuih janda sebab 2 kali kerja kena golek dalam kelapa lepas masak, sanggara merujuk pada benda yang digoreng, macam sanggara janda atau orang panggil sanggara peppek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      terima kasih banyak, nanti kakak betulkan nama kuih tu ye.

      Padam
  4. Wah tak pernah dengar nama kuih janda. Nampak macam sedap je. Semuga amie dan keluarga di lindungi oleh Allah dari di jangkiti Virus covid 19. Aamiin. Semuga kes di sabah semakin berkurangan dan keadaan kembali seperti dahulu. Risau tenguk angka mencanak naik daripada dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Notie,
      sedap makan panas, selama ni saya beli dapat yg dah sejuk. Betul tu, setiap hari mencanak naik dgn banyaknya di Sabah.

      Padam
  5. Menariknya kuih janda tu. Mula-mula saya ingat lapisan luarnya dibuat daripada pulut atau sagu.

    BalasPadam
  6. Farrah,
    itulah uniknya kuih tradisinal. Disangka pulut rupanya ubi kayu ye.

    BalasPadam
  7. tak pernah dgr, tak pernah tgk... tapi teringin nya nak rasa... nanti nak cari la...

    BalasPadam
  8. Pertama kali nampak kuih janda dan pertama kali juga mendengar namanya. Sedap tu rasa manis pisang dan lemak kelapa parut tu.

    BalasPadam
  9. Atie,
    kuih ni orang Bugis pandai buat sebab kuih tradisi mereka.

    BalasPadam
  10. Mama Tisya,
    ada cerita di sebalik namanya tu.

    BalasPadam
  11. Azhafizah,
    pisang raja masak ranum tu sedap betul, sudahlah manis, wangi pula.Memang sedap makan sementara kuih masih panas.

    BalasPadam
  12. Dunia Zumal,
    sedap ni kuih janda, tapi saya tak pernah buat lagi.

    BalasPadam