Pages

Jumaat, 23 Oktober 2020

Penne Goreng Udang

Petang tadi merajinkan diri turun ke dapur masak penne untuk Abang Farid. Bujang satu ini memang suka makan pasta. Sanggup masak sendiri di dapur untuk sepinggan pasta! Kiranya kalau masak pasta memang boleh sangatlah serahkan kepadanya. Dua hari lepas Abang Farid masak spaghetti angel hair dengan ayam. Hari ini Amie masakkan untukknya penne goreng udang pula. Adik-adik yang lain makan juga tapi tidaklah suka sangat seperti Abang Farid.


Penne Goreng Udang


Bahan-bahan:
100 gram pasta penne - rebus dengan secubit garam hingga lembut - toskan
200 gram sos pasta tomato cendawan Prego
10 ekor udang kertas saiz besar - buang kulit & kepala 
10 kuntum cendawan shiitake segar - belah 2
10 batang kacang manis - bersihkan
1  biji tomato - belah 6
1/2 cawan isi kacang edamame yang sudah direbus
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar Holland - cincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dan terbit aroma.
  2. Kemudian masukkan sos pasta tomato cendawan Prego. Tambahkan air dan biarkan mendidih seketika.
  3. Seterusnya masukkan udang dan cendawan shiitake.
  4. Setelah udang berubah warna, masukkan kacang manis dan tomato diikuti dengan paste penne.
  5. Gaul rata.
  6. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
  7. Hidangkan dengan taburan isi kacang edamame.

22 ulasan:

  1. Abang Farid taste mat salleh rasa dia. Special betul hidangan pasta penne ni, udang banyak! Kacang manis tu dah lama teringin nak makan tapi belum jumpa lagi. orang kata sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      Anak-anak dalam satu perut, tapi selera berbeza di antara satu sama lain. Kacang manis memang sedap kalau masak tidak lembik.

      Padam
  2. Italian taste... Jangan main main.

    BalasPadam
    Balasan
    1. G,
      Itulah seleranya. Ikut citarasa atuknya kot.

      Padam
    2. Udang goreng berencahkan penne..

      Padam
  3. Wahh..sedapnya, byk bahan2..kacang edamame tu sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nohas,
      terima kasi.
      Sedap tu edamame dibuat snack.

      Padam
  4. sedapnya pasta ni! tapi klu gantikan pasta ni dgn apa skali pun..tetap nmpk sedap

    BalasPadam
  5. Wah mana Kak beli Kacang edamame tu kami cukup suka.
    Mula-mula tengok ingatkan petai sebab blog walking banyak tengok petai hari ni hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      beli di coldstorage LD. Dulu kalau nak makan terpaksa cari di sushi king, sekarang boleh rebus sendiri.

      Padam
  6. terliur aku tengok penne udang kak Amie, makasih dah berkungjung balik ke teratak usang aku, Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abdul Kadir,
      jemput nikmati penne di dapur kakak ya.

      Padam
  7. Sedap nampak, udang pun banyak. Saya tak pernah try masak Penne. Maybe boleh refer resepi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salbiah,
      bila anak suka makan pasta, layankan jugalah heheheee.

      Padam
  8. Zara Zakiah membantu anda untuk sambung belajar di luar negara pengajian doktor oversea serta
    hala tuju lepas spm bagi pelajar jurusan sains.

    Jom lanjutkan pengajian medic mesir anda sekarang!

    BalasPadam
  9. Punca kanser dan radang paru paru
    Punca dan penyebab rambut gugur
    Tanda dan dan punca mati pucuk

    BalasPadam
  10. 5 exciting reasons to study Veterinary medicine .
    Cara-cara Permohonan pelajar ke timur tengah secara mudah melalui online.
    10 top reasons you should take medical course.

    BalasPadam