Sebenarnya bukan tak mahu turun main air laut, tapi bila memikirkan tentang bulu babi atau landak laut dengan durinya yang tajam, itulah yang sangat menakutkan! Bimbang tertusuk durinya yang maha halus itu. Nak hilangkan pedih bisa dan keluarkan duri bulu babi, kalau kita terpijak ada cara tradisional yang biasa diamalkan. Segan pula nak cerita di sini... ahaks!
Oleh kerana air laut nampak jernih dan tidak kelihatan longgokan bulu babi atau landak laut, jadi kami pun kononnya terjunlah dari bot! Selain nama bulu babi atau landak laut, haiwan ini juga dikenali dengan nama tayyum (bahasa Bajau).
|
Selamat Hari Merdeka!
|
|
Berjimba-jimba sambil bercanda! Eh...betulkah istilah tu?
|
|
7 sekawan di Pantai Kahona.
Apa ni? Kalau di Malaya biasanya dijadikan ubat luka atau dijadikan sebagai minuman kesihatan. Di Sabah, dijadikan sebagai makanan. Boleh dibuat kerabu dan juga dimasak sup. Banyak khasiatnya dan mahal harganya. Kebanyakannya dijual dalam bentuk yang sudah dikering. Tangan siapalah yang berani ambil haiwan ini?
|
|
Inilah balat, dalam bahasa tempatan. Dikenali juga dengan nama timun laut atau bahasa mudahnya gamat. Ada juga yang panggil teripang.
|
|
Ni mesti takut-takut berani nak pegang ni sebab dia gunakan kulit kerang untuk angkat balat!
|
|
Cari lagi!
|
|
Jumpa balat saiz besar dan panjang pula!
|
|
Berani betul Yanti pegang balat!
|
|
Jumpa tapak sulaiman. |
|
Beginilah keadaan di lantai laut kalau ada bulu babi atau landak laut atau tayyum. Gambar ini dalam entri Amie yang lalu sewaktu berkunjung ke Pulau Sakar. |
|
Isi tayyum boleh dimakan. |
|
Hanya tangan orang yang professional tentang hidupan laut saja yang pandai pegang haiwan ini.
|
Tak boleh berlama-lama di sini. Cukuplah setakat ini bermain air di Pantai Kahona. Ada lagi pulau lain yang hendak dijejaki. Matahari pun sudah tegak di atas kepala! Panas terik!
Selamat tinggal Pantai Kahona yang berpasir putih!
Mahal timun laut. Yg Tu species' lembut.. sedap buat stir fry atau soup.
BalasPadamLandak laut pun Mahal, satu ketiks ditimbus pasir kerana merosakkan ecology coral.
Tak kutip ke bawa balik me LD?
Macamanalah nak siang landak laut tu ye... Bercacak-cacak durinya.
BalasPadamsaya suaka makan soup shezuan yang ada letak sea cumcber, sedap.
BalasPadamoooo bulu babi yek namanya, kesian kalau babi dengar ni heheheh... sampai ke laut pun dia dapat nama
BalasPadambanyak betul ye kak patut la orang takut kalau ada landak laut tu, tapi kadang tengok omputih ke masakan korea masak landak laut ni, cemana depa ngambik yek...
gamat tu, geli kalau dana, nak pegang memang tak berani lah
mula igtkan gamat, the timun laut, timun laut dgn gamat tak sama kan
BalasPadamoh landak laut..1st time tgk...bahaya juga tu kalo terkena kaki kn...jernih airnya cantik
BalasPadamcantik lautnya, macam mana rasanya gamat dan sea urchin tu ya? curious hehe
BalasPadamBerani tu pegang gamat tu. Kalau saya, rasa geli. Boleh pegang semua tu ye, ingatkan tak boleh usik hidupan laut.
BalasPadamTajam betul duri landak laut tu. Memang tak berani lah nak memijak masuk laut kalau ada.
G,
BalasPadammacamana nak kutip, pegang pun tak berani... ahaks!
Puan Hazel,
BalasPadamada tekniknya tu, mereka yang biasa makan tahu cara membersihkannya.
Nasa Mulia,
BalasPadamrasa kenyal-kenyal gitu kan.
Norhidana,
BalasPadampernah tonton tv,orang putih main telan jew isi landak laut tu,
tak tahulah apa salah babi, di darat siput babi, di laut bulu babi pulak.... ahaks!
Atie,
BalasPadamrasanya sama tu
Mama Tisya,
BalasPadamsama juga macam landak darat, bulunya tajam-tajam.
Syaz,
BalasPadamtimun laut tu pernah saya masak tapi yang kering, kena rendam dulu. Kenyal-kenyal rasanya. Landak laut tu tak pernah makan.
Azhafizah,
BalasPadampengalaman orang yang pernah tertusuk duri landak tu memang buat kita ngeri, macam beracun durinya tu.
uiii besar saiznya...geram plak rs nk pegang2 je hahaha
BalasPadamTerasa rindu pantai dan laut
BalasPadam