Kalau makan di restoran, ada ulam-ulaman dan juga semangkuk kecil sup kosong, tapi di dapur sendiri ikut kita punya citarasa dan nak makan dengan apa....ahaks! Pada mulanya risau juga takut ikan susu goreng tanpa tulang tak menjadi crispy seperti yang pernah kami makan di restoran. Tawakal sajalah. Bubuh garam kunyit dan lumur sedikit tepung jagung, kemudian goreng tenggelam dalam minyak yang banyak. Nak tanya di restoran, goreng dengan apa, rasa segan pulak... ahaks! Ada pun ikan susu goreng tanpa tulang yang dihidangkan tidak sama rasa bahan yang digunakan dalam setiap restoran. Tentu mereka ada resepi tersendiri.
Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela pada sesuatu makanan. Jikalau baginda berselera pada makanan itu baginda akan memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda tinggalkan tanpa berkata apa-apa.”
Pages
▼
Rabu, 7 Oktober 2020
Ikan Susu @ Bolu @ Lunak Goreng Tanpa Tulang
Selalu juga Amie masak dan makan ikan susu @ bolu @ lunak. Masak lemak cili padi, masak lemak tempoyak, masak asam pedas, masak singgang, masak pindang, panggang dan goreng kerak-kerat begitu saja. Pernah juga beberapa kali beli ikan ini, ikan yang sudah dibersihkan dan dibuang tulang tapi hanya panggang sahaja. Setelah beberapa kali makan ikan susu @ bolu @ lunak goreng tanpa tulang di beberapa buah restoran, akhirnya ingin cuba untuk goreng di dapur sendiri! Kebetulan kelmarin petang, ada seorang rakan yang suka ikut kelas masakan Kak Yong's Cookies kongsikan beberapa jenis ikan dalam WhatsAap. Apabila terpandang ikan bolu tanpa tulang, cepat-cepat kita order, dan hanya tunggu runner untuk hantar ikan ke rumah.
Inilah hasil kejadian ikan susu @ bolu @ lunak goreng tanpa tulang!
Sementara menunggu ikan digoreng dalam kuali kita pun panggang juga ikan susu dalam kuali ajaib. Encik Suami nak makan yang dipanggang. Dia suka ikan panggang yang 'basah'. Maknanya tidaklah panggang terlalu lama sampai ikan itu jadi kering.
Ekor ikan susu ini terpaksa dipotong sebab takmuat duduk dalam kuali apabila ditutup. Kita tengok pula apa kejadian ikan susu goreng di sebelah tu.
Nampaknya ikan susu tanpa tulang boleh 'diurus' dalam kuali! Dia pergi ke tepi kuali. Kalau begini, lain kali boleh goreng 2 ekor sakali harung dalam sekali gorengan. Tak apa. Ini kali pertama cubaan menggoreng ikan susu.
Ini dia dua ekor ikan susu @ bolu @ lunak goreng tanpa tulang!
Tak sabar nak makan!
Ikan panggang 'basah-basah' pun siap!
Jom kita makan.
Ada kerabu pucuk paku dengan taugeh campur kerang.
Ada ulam timun dan tempe goreng.
Ada sambal belacan dan ada bawang putih dengan cili jeruk.
Tak lupa, keropok yang Bonda kirim sewaktu Farid dan Fuad ziarah ke kampung sebelum balik ke Sabah bulan lepas.
Anak-anak kata sedap sungguh ikan susu@ bolu tanpa tulang digoreng garing. Krukkk krraaappp...kruukk kraaap meratah. Ikan susu goreng garing memang sedap, tapi ikan susu panggang pun anak-anak licinkan juga!
Wah bagaimanalah keluarkan tukang daripada ikan susu ya?
BalasPadamMenarik.
NA,
BalasPadamItu yang kami selalu cari rahsia macamana boleh keluarkan semua tulang, satu pun tak tinggal!
sedapnya! dan trick yang bagus
BalasPadamTry goreng sendiri, menjadi juga.
Padamsedapnya semua hidangan nama ikan2 tu pun unik
BalasPadamParidah,
Padamkadang-kadang tak sama nama bagi lain negeri kan.
slm akak, tempe tuh mcm bulat2 la..ader jual yer saiz gitu..heheeh
BalasPadamNorliza,
BalasPadamYe, tempe di Sabah ada yg bentuk selinder. Apabila dipotong, bentuknya jadi bulat.
kecur liur ni! sedapnyaaaaa
BalasPadamsedapnya..yg panggang & yg goreng..
BalasPadamAtie,
BalasPadamsedap ni, tak ada tulang langsung.
Nohas,
BalasPadamyang goreng rangup, yang panggang lembut... jemput!
Oh pakai tepung Jagung ya. Tukang Kebun kalau goreng tepung ni selalu tak pass hehehe kena pass suami yang buat
BalasPadamTukang Kebun,
PadamSaya cuba-cuba saja lumur dgn tepung jagung. Menjadi pulak. Rangup!
Akak selalu cerita ikan bolu ni buat saya teringin betul nak rasa. Sampai Sabah wajib rasa ni.
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamdengarnya di Rumah Hutan, Bonda Rozita Ibrahim tu... ada hidangan ikan ini di restorannya. Dia panggil ikan lunak.
Mohon share ya..
BalasPadam