Pages

Selasa, 6 Oktober 2020

Bertemu Sang Penyu di Laut Nan Biru!

Irene berpesan:
Sampai Pulau Pom Pom nanti jangan lupa menyelam. Laut sangat berbeza dengan daratan. Di sana sunyi! Sangat tenang dan cantik!
Kita senyum-senyum saja.

Jom kita menyelam ke dalam laut! Apa yang ada di sana?

Inilah salah satu hasil aktiviti menyelam scuba di Pulau Pom Pom!

Sudah tentu ia satu kenangan indah apabila dapat bertemu dengan sang penyu di laut biru!

Biar pun minat yang sama iaitu jalan-jalan, tetapi tidak semestinya beraktivit bersama-sama! Di antara kami 12 orang, hanya 4 orang sahaja yang melakukan aktiviti selaman scuba.


 Amie dan Kam sekadar mampu menghantar Akmi, Sue, kakak dan abang ipar Sue ke jeti. Sampaikan salam kami kalau jumpa sang penyu nanti!

Petugas di situ menerangkan penggunaan set skuba kepada para peserta. Tabik spring buat kawan-kawan kami yang sudah memiliki lesen menyelam!





Mari kita abadikan kenangan manis ini bersama-sama di sini.





Sempat kibarkan Jalur Gemilang di dalam laut!



Penyu hanya boleh dilihat sahaja. 

Penyu tidak boleh disentuh.

Tahniah Akmi dan gang penyelam skuba!

Terima kasih juga kerana kongsikan gambar-gambar bersama penyu di dalam telegram Semporna XPDC!

22 ulasan:

  1. Subhanaallah..pengalaman yang indah pastinya kan Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana, betul tu. Kami yg tak menyelam ni hanya mampu melihat kepala penyu yg sesekali tercongol di permukaan air untuk bernafas.

      Padam
  2. bestnya pengalaman tu, pasti akan kenang sampai akhir hayat kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      kami selalu ke pulau tapi hanya menyaksikan penyu di waktu malam yg singgah ke jeti. Kawan2 yg selam skuba ni memang puas hati dapat lihat penyu lebih dekat.

      Padam
  3. Tengok gambar pun dah terasa keseronokan, ketenangannya apatah lagi depa yg menyelam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Hazel,
      Memang diorang happy sangat dapat jumpa sang penyu.

      Padam
  4. cantiknya gambar dengan penyu tu kak, tapi muka penyu tu bekeng betul heheheh...
    dalam hati dia mesti kata gini, eeee sibuk jelah manusia nih kacau orang nak rilex2 heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norhidana,
      Tak pernah lagi jumpa muka penyu senyum hahahahaaaaaaa!!!!!

      Padam
  5. Subhanallah! Indahnya khazanah ciptaan tuhan. Comelnya penyu tu!

    BalasPadam
  6. SubhanaAllah.. Cantiknya pemandangan dalam laut tu..
    Biru jernih airnya..

    BalasPadam
  7. Sha,
    Lautnya agak dalam kot... Tu pasal warna biru.

    BalasPadam
  8. Seronok tu Kak menyelam dengan Penyu.
    Kami baru planning nak diving di Semporna bulan ni tapi keadaan tak mengizinkan.
    Berapa harga pakej diving di Pom Pom Kak?

    BalasPadam
  9. Tukang Kebun,
    kalau saya tak silap dengarlah, dalam RM200.00.

    BalasPadam
  10. bestnya dapat jumpa penyu ..ingatkan kak amie menyelam sekali

    BalasPadam
  11. Wani,
    kami tengok saja penyu timbul di jeti dan dari dalam bot.

    BalasPadam
  12. cantik betul dalam air tu! camera apa ni ?

    BalasPadam
  13. Atie,
    Tak tahu kamera jenis apa. Kamera dalam air tu milik Mussah Poteh Resort. Ada guide yg bawa mereka selam skuba ke dasar laut dan ambil gambar dengan penyu.

    BalasPadam
  14. Cantiknya view dalam laut. Best betul kalau dapat menyelam. Tapi itulah nak kena kuat melawan aquaphobia ni ha..

    BalasPadam
  15. Azhafizah,
    teringin juga nak selam skuba, nak snorkeling tapi bila fikirkan kita ni pakai dentures, tu yang tak jadi nak masuk laut...hihihiii.

    BalasPadam
  16. Nak snorkeling di pesisir tu boleh lah walaupun terkial-kial, klau scuba macam ngeri pulak.

    BalasPadam
  17. Nasa Mulia,
    Ok juga tu walaupun terkial-kial. Saya banyak kali ikut ke laut tapi sekali pun tak pernah cuba selam.

    BalasPadam