Pages

Khamis, 8 Oktober 2020

Covid-19 : The Never Ending Story

Malam tadi, tiba-tiba Fairuz masuk ke bilik dan memeluk Firdaus.
"Dik! Sakit tak kena cucuk hidung?"
"Sakit sikit. Geli-geli dalam hidung," jawab Firdaus. Itu jawapan jujur dari mulut Firdaus yang sudah dua kali swab test. 
17 September 2020, semua guru dan murid Tingkatan 1 hingga 3 di sekolah Fairuz telah menjalani swab test. 17 orang gurunya didapati positif tidak termasuk murid. Setakat ini Amie tidak tahu berapa ramai murid yang positif.
6 dan 7 Oktober 2020, swab test kedua kali pula dijalankan ke atas murid dan guru yang sama.
Hari ini, 8 Oktober giliran murid Tingkatan 4 hingga pelajar Tingkatan 6 pula menjalani swab test.
Sebagai pelajar Tingkatan 6 Atas, Fairuz wajib hadirkan diri untuk ujian tersebut. 
Swab test pertama pada 17 September berakhir pada pukul 10:00 malam.
Fairuz, eloklah pergi ke sekolah lebih awal satu jam supaya tidak menunggu terlalu lama dalam barisan.
Selamat menjalani swab test dik.

Setakat ini serangan bala tentera Covid-19 masih mengganas di negeri Sabah. Wabak ini belum menampakkan tanda akan berakhir dalam tempoh masa yang terdekat.

5 Oktober - Kes keseluruhan dalam negara 432 - Sabah = 130

6 Oktober - Kes keseluruhan dalam negara 691  - Sabah = 219

7 Oktober - Kes keseluruhan dalam negara 487 - Sabah = 282


Jumlah kes baharu yang dilaporkan pada 6 Oktober 2020, sungguh menakutkan!


Sumber : KKM



Sumber : KKM



Selain berikhtiar mencari penawar, menjaga diri dari dijangkiti wabak ini, marilah terus amalkan doa ini:

Sumber : FB


Pagi ini Encik Suami minta Amie sediakan roti telur untuknya. Kita tak berapa berselera untuk jamah roti telur. Makan sebiji telur pindang dan sebiji pisang rebus saja.

Belum ada cerita dari Fairuz. Entah pukul berapa gilirannya akan tiba, untuk cucuk lubang hidungnya! Oh Covid-19! Setakat ini kau memang hero... di mana-mana!

20 ulasan:

  1. Semoga semuanya baik-baij sahaja. Memang lelah memikirkan si Covid yang makin bermaharajalela ni kan. Moga kita semua terus kuat.

    Telur pindang...lama dah tak makan. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farrah,
      satu dunia dijajah si covid-19 yang tak bermata, tak berhati dan perut.

      Padam
  2. tatau la bila kita nak bebas dari covid ni kan.. klu tak dunia, dalam malaysia pun jadi la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      betul tu.... Mudah-mudahan cepatlah berubah hijau zon kuning dan zon merah.

      Padam
  3. 17 orang cikgu positif covid..aduh, seram sungguh tu Amie.
    Bertabahlah anak-anak nak menjalani swab test.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujie,
      17 itu dikesan dua minggu lepas, seterusnya tak tahu lagi. Kira Fairuz pun kontak rapat juga sebab guru kelasnya pun positif.

      Padam
  4. Wah rajin buat telur pindang sendiri.
    Alahai dekat sudah Covid-19 masuk sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. NA,
      tiba-tiba masak telur pindang pulak... Agaknya dah penat fikir covid.

      Padam
  5. siannya sekecil firdaus dah kene... abg fairuz tu takut ke apa tu kak? moga negatif je buat anak-anak akak dah moga masalah di sabah akan segera pulih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dana,
      gementar juga kot Fairuz tu. Kawan2 kakak yg kena swab test pun ada yg sampai demam ketakutan menunggu masa dicucuk hidung.

      Padam
  6. tapi sangat2 berharap it will end soon!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      Aamiin ya Allah. Lenyapkanlah wabak ini dari muka bumi-Mu.

      Padam
  7. Oh pelajar2 pun semua kena swab test ya Kak. Harap2 negatif. Begitu juga tidak ramai yang positif. Elok juga buat supaya tak ragu-ragu dengan keadaan kesihatan sendiri. Prevention is better than cure.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      Ya, asal ada yang positif, memang kena swab test terutama yang kontak rapat.

      Padam
  8. Semuga nak-anak amie tidak di jangkiti virus tersebut. Dan semuga virus covid 19 ni nyah dari mukabumi ini. Seriau je tenguk angka semakin meningkat dan banyak tempat mula merebak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Notie,
      Aamiin ya Allah. Takut melihat angka yang sentiasa mencanak naik.

      Padam
  9. Semoga Akk dan keluarga terlindung dari covid durjana, walaupun masih dalam zon Merah... dapt rasakan betapa peritnya kena jalani kuarantin yang berulang-ulang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      Mudah-mudahan zon merah segera bertukat warna hijau. Memang perit, apalagi apabila mengenangkan anak-anak yg kena cucuk hidung.

      Padam
  10. Hari hari risau tengok laporan kes covid ni. Covid sedang mengganas betul. Harap kes terus menurun lah jangan meningkat lagi.

    BalasPadam
  11. Azhafizah,
    mudah-mudahan... tapi nampaknya hari ini naik lagi.

    BalasPadam