Pages

Rabu, 28 Oktober 2020

Ikan Reben Vegetarian Panggang

Hari ini agak lewat masak untuk makan tengahari. Kerja-kerja online yang dibuat kadang-kadang melekakan sampai tak ingat waktu! Abang Farid sudah bersedia untuk memesan makanan dari luar kalau Amie tak sempat masak. Sudah pukul 11:47 tengahari. Pagi tadi sempat masak bubur nasi campur jagung. Encik Suami nak makan bubur itu saja, tapi katanya bubuh sayur. Ok. Siap satu kerja. Kerja seterusnya, masak untuk anak-anak. Tak lama lagi Fuad akan berhenti rehat dari kuliah online sebelum sambung semula pada pukul 2 petang. Abang Farid membantu Firdaus menyiapkan kerja projek bahasa Inggerisnya. Fairuz pula menyambung kerja amalnya.

Setelah menekan butang on rice cooker, terfikir pula nak masak lauk apa. Goreng telur sajalah, dan masak sayur sedikit. Tiba-tiba teringat bungkusan Ikan Reben Vegetarian yang dibeli minggu lepas. Eloklah panggang ikan reben vegetarian itu saja. Mudah dan cepat. 

Kalau Abang Farid dan Fuad tak mahu makan ikan reben vegetarian, ada telur dadar dan sayur. Sambal belacan kesukaan Fuad pun masih ada. Maklumlah, anak-anak ini, kalau jumpa makanan yang tak biasa dihidang atau dimakan, susah sikit nak menjamahnya.

Ikan Reben Vegetarian Panggang dah siap! Panggang saja beberapa minit dalam kuali ajaib. Tak perlu nak tambah apa-apa perasa lagi sebab sudah lengkap dengan rasa masin garamnya. Bagi yang belum biasa dengan Ikan Reben Vegetarian ini, ia diperbuat daripada serat gandum dan protein kacang soya. Kulitnya pula diadun daripada tauhu dan rumpai laut. Boleh diolah ikut cara masakan yang kita suka.

Fuad tanya, ikan apa ni Mommy?
Ikan Reben.
Dia pun makan dengan nasi, dan sambal belacan. Seketul demi seketul ikan Fuad makan. Tak ada apa-apa komen tentang rasa ikan ini. Kemudian datang Abang Farid. Tak tanya apa-apa, terus ambil nasi, ambil ikan dan telur. Tak juga tanya apa-apa. Kemudian Abang Farid ambil ikan lagi. Tak juga tanya apa nama ikan itu.  Firdaus tak mahu makan. Katanya kenyang minum susu kambing.
Alhamdulillah. 

Sekian.
Cerita dari dapur tentang Ikan Reben Vegetarian Panggang.
Tak adalah resepinya ye, sebab hanya panggang ikan yang sudah cukup bahan perapannya. Cuma tambah-tambah aksesori ikut suka.

23 ulasan:

  1. Oh tofu and seaweed (nori).Bijak juga pengeluaran produk ni.

    BalasPadam
  2. Tukang Kebun,
    sedaplah pulak. Lain kali nak try masak sup pula.

    BalasPadam
  3. Warna-warni hidangan. Macam hendak makan!

    BalasPadam
  4. cantiknyaaa gambar plating macam tu..
    rasa lapaq saya tengok..

    BalasPadam
  5. First time nampak ni kak. Macam sedap rupanya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      Sedap ni, boleh masak macam-macam cara.

      Padam
  6. SEDAP ....allahu nak try jugaklah nanti

    BalasPadam
  7. Dah lapar ...sedap.. bagus..makan Dulu ...info later..

    BalasPadam
  8. Wah nampak sedap dan best hidangan tu.. tapi tak pernah dengar nama reben tu.

    BalasPadam
  9. First time tahu pasal ikan reben tu.. menarik..

    BalasPadam