Pages

Selasa, 27 Oktober 2020

Dunia Ini Penuh Dengan Kebahagiaan dan Kegembiraan. Carilah! Ia Ada di Sekeliling Kita!

Wah! Panjangnya tajuk entri malam ini. Amie ingin mulakan dengan kata-kata yang positif dan sentiasa memberi semangat, walaupun ada ketikanya dalam rutin hidup ini ada masa-masanya 'terkehel' dari landasan...ahaks! Ada orang kata hidup tidak selalu indah, tapi sebenarnya sekali-sekala sahaja yang kurang indahnya. Peratus indahnya jauh lebih banyak. Itulah sebabnya mengapa kita perlu sentiasa bersyukur. Issshh...isssh...berfalsampah pulak malam ini....hiks!

Pagi tadi, segala urusan menghantar Encik Suami ke klinik berjalan dengan lancar. Pukul 8 pagi, Encik Suami menelefon klinik untuk memastikan appointment yang tertunda dari kelmarin tidak dibatalkan. Bising jugalah Encik Suami dalam kereta. Katanya, apalah gunanya petugas di kaunter minta dan catat nombor telefonnya tapi tidak memaklumkan appointment ditunda. Sebelum bernikah (buka rahsia), Encik Suami pernah berpesan : Kalau seorang marah, seorang kena diam. Itu cerita lama.... lebih 26 tahun silam. Tapi Amie tetap ingat. Jadi kalau Encik Suami sedang marah, Amie diam-diam sajalah. Kalau Amie marah, Encik Suami pun diam-diam saja... tapi sakit hatilah pulak sebab marah kita tak dipedulikan orang...kah! Macam orang tolol pulak marah sorang-sorang!

Alhamdulillah. Pagi tadi nampak agak laju juga Encik Suami berjalan. Dah ok kot kakinya. Petang tadi, Encik Suami keluar bersama Fuad untuk meninjau sekolah-sekolah di bawah seliaannya. Fuad yang memandu. Kebetulan sebelah petang, Fuad tidak ada kuliah online. Lebih 2 minggu Encik Suami berehat, dan hanya membuat kerja dari rumah sahaja. 

Bluberry Cheese Tart

Seperti kelmarin, dalam perjalanan pulang dari klinik sempat singgah di Garden Hut Bakery & Cafe, tempat Encik Suami selalu lepak minum pagi bersama kawan-kawannya. Belikan Abang Farid cheese bread dan garlic bread. Fuad tak minat makan roti. Fairuz pula awal pagi sudah bersama kumpulan sukarelawan untuk membantu agih-agihkan bantuan makanan kepada penduduk yang memerlukan. Amie beli 6 biji blueberry cheese tart. Abang Farid hanya ambil roti. Tak sentuh blueberry cheese tart. Firdaus tak sabar-sabar nak makan tart comel ini.

Katanya: Mommy dengan Baba tak makan tartkan? Boleh Daus makan?

Boleh, sayang.

Dia pun makan 3 biji blueberry cheese tart. Kemudian dia bertanya Abang Farid.

Abang Farid makan tak?

Tak.

Daus makan ya? Boleh Abang Farid?

Haaa... makanlah.

Blueberry cheese tart tinggal dua biji. Amie simpan dalam bekas bertutup. Kemudian Amie masak untuk makan tengahari. Firdaus datang semula ke dapur.

Mommy! Boleh tak Daus makan dua biji tart ini?

Adik suka tart ya?

Suka!

Makanlah.

Dah kenyang makan 6 biji blueberry cheese tart, Firdaus tak mahu makan nasi. Oh! Bukan makan 6 biji blueberry cheese tart saja, tapi di tambah dengan roti di bawah ini.

Kata Fidaus: Kenapa Mommy beli satu saja roti ini? Daus suka!
Nanti Mommy belikan lagi. Pergi mandi. Solat Zohor dengan Baba. Lepas makan nanti, buat kerja sekolah. 
Okay Mommy!
Walaupun banyak kerja rumah dan tugasan online perlu disiapkan, tapi hati sangat terhibur dengan keletah bujang kenit ini. Rasa bahagia! Rasa gembira. 
Hari ini WhatsAap gang itu dan gang ini penuh dengan keluhan kerana tekanan kerja, tapi anggap itu adalah titik kecil yang tidak mempengaruhi rasa bahagia dan gembira pada hari ini!

26 ulasan:

  1. hehe dia nak lagi pula rupanya ya, mesti sedap sangat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      sebenarnya kita pun suka sangat blueberry cheese tart ni... Hihihii.

      Padam
  2. Alhamdulillah, selesai urusan di klinik...sukanya Daus makan tart..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nohas,
      Syukur Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan.

      Padam
  3. Ada bahagia bawa gembira
    ada bahagia bawa derita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warisan Petani,
      Yang bahagia bawa derita tu memang sedih Wak.

      Padam
  4. Btl kak kata suami akak tu, dana dgn edy pun kalau sapa2 tgh marah sorang lg kene diam je... tp selalu dana yg kuat marah n bebel, mujurla edy jenis cool

    Sedap2 nampak menu roti dan tart di bakery tu kak... semuanya nampak sedap, suka btl bujang kecik tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dana,
      Kalau dua-dua marah, perang dunia ketiga pulak ye. Bujang kecik ni kalau dah suka, itu sajalah yang dia nak makan berulang-ulang.

      Padam
  5. WAH MESTI SEDAP SGT CHEESTART BLUEBERRY AMIE SAMPAI DAUS HABISKAN SEMUANYA TAPI SELERA ANAK2 MMG TIADA MASALAH KAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      tengah berselera makanlah tu sampai habis semua dia sapu hahahaaa.

      Padam
  6. kebahagiaan salah satunya adalah MAKANAN!!! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      Betul sangat! Rezeki kena hadap dengan gembira.

      Padam
  7. mmg btul tu..kalo sorg tgh marah..elok sorg diam....kn kalo tk diam mau meletop hehe...lama tk buat blueberry cheesetart...kalo teringin mmg order je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Tisya,
      tak dapat bayangkan kalau dua-dua jenis tak boleh kawal rasa marah.

      Padam
  8. Sedang membesar lagi, perlukan banyak tenaga. OK juga ada yang habiskan tak rugi beli.lebih bagus di minta izin semua dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      dia tahu jumlah 6 itu bermakna setiap seorang dapat satu, tapi sebab dia rasa sedap tu yang dia nak makan sampai puas.

      Padam
  9. comel je dia nak makan cheese tart tu..
    msti suka sangat2 tu hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti,
      Tart tu pun kecil comel sgt, sekali ngap terus hilang.

      Padam
  10. Rezeki Firdaus ni. semua dia suka. untung dia orang lain tak berapa nak makan. sedap tart tu haa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      tengah berselera makan tu, yang bagusnya asalkan sedap dia boleh makan.

      Padam
  11. Wah sedap betul blueberry cheese tart tu sampai semua dia habiskan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      kecil comel jew blueberry cheese tart tu kan.

      Padam
  12. Esok nak pergi cari kebahagian tu sekilo dua 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal,
      carilah banyak-banyak, simpan dalam tupperware kedap udara supaya tak lari... kah kah kah!!!

      Padam
  13. Alhamdulilkah bagus bujang kenit ni

    BalasPadam
  14. seronok bila tengok anak suka makan.. hehehe..

    BalasPadam