Pages

Isnin, 26 Oktober 2020

Apabila Mula Sibuk...

Pernah suatu ketika dahulu, apabila kesibukan melanda, dapur maya ini pun ikut berhibernasi! Tidak menulis dalam tempoh dua atau tiga hari atau juga seminggu, itu perkara biasa. Namun apabila minggu demi minggu berlalu, rasa seperti dalam zon selesa pula! Sebulan dan dua bulan, akhirnya dapur maya terbiar penuh sawang! Untuk menulis kembali, agak payah meraba ke dasar laut mencari semangat yang terbenam setelah sekian lama. Kemudian, dengan penuh tekad, sematkan di hati akan teruskan menulis sekurang-kurangnya 2 hingga 3 entri setiap minggu.

Pagi tadi, hantar Encik Suami ke klinik swasta. Sudah buat appointment pada pukul 9 pagi. Tiba di kaunter, petugas di situ kata tak boleh jumpa doktor sekarang sebab banyak pelanggan sedang menunggu. Pelik juga! Apa guna buat appointment sebelum ini? Encik Suami memang nampak marahlah juga. Petugas kaunter kata, datanglah pukul 3 petang nanti. Alamak! Pukul 2 petang Amie ada google meet sehingga pukul 4:40 petang. Encik Suami kata, esok sajalah datang.

Malas nak ulas banyak. Hati Encik Suami sedang panas. Kita kata, oleh kerana banyak klinik  lain yang tutup, jadi banyak pulalah pelanggan datang ke klinik  di sini pula. Tak apalah, esok pagi kita datang lagi. Walaupun ada kerja-kerja online, tapi bolehlah menyelinap seketika untuk uruskan Encik Suami. Kakinya yang kena operate pun sudah hampir sembuh, cuma tak boleh bergerak cepat dan tak boleh memandu.

Kita pun rasa panas juga, maklumlah sepatutnya memandu sejauh 8 kilometer, berganda jadi berbelas kilometer sebab mencari jalan yang tidak ada SJR (Sekatan Jalan Raya). Apabila difikir sekali lagi, buat apa Encik Suami panas, kita pun ikut panas? Tenang-tenang saja bah!

Teringat anak-anak yang belum bersarapan pagi, Encik Suami suruh singgah di Garden Hut Bakery & Cafe untuk beli apa yang patut. Bawa pulang bungkusan berisi croissant yang masih panas, mini pizza, dan beberapa jenis lagi. Entah apa namanya. Dah selamat masuk perut anak-anak... ahaks! Yang tinggal hanya yang di bawah ini. Nampaknya sampai petang belum ada tangan yang usik. Kalau ayam goreng, bekas minyaknya pun tak nampak!

Portuguese Egg Tarts.

28 ulasan:

  1. itulah bila sibuk blog nak sentuh pun rasa bersalah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      kena peruntukkan sedikit masa untuk selit bersihkan sawang dlm blog.

      Padam
  2. hati sapa yang tak panas..

    kalau appointment ikut janji la

    lain la kita tidak datang.

    apa-apapun mungkin ada orang lebih memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrhanafi,
      betul tu, memang normal kalau kita nak marah sebab bukan dari kita punca masalah.

      Padam
  3. Haihhhh... Boleh pulak mcm tu.. Da buat appointment tp kena datang time lain pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alia,
      itulah suami kata petugas kaunter tak mesra pelanggan.

      Padam
  4. Semoga dipermudahkan segalanya. Time macam ni memang perasaan kita jadi tak keruan. Macam-macam situasi yang muncul tak diduga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal,
      kena banyak bersabar ni, kalau tak naik naik tekanan darah pulak kan.

      Padam
  5. semoga Allah perudhkan semua urusan amie ada hikmah setiap sesuatu yg berlaku kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      Aamiin ya Allah. Ya, kita tak nampak hikmah di sebaliknya.

      Padam
  6. semoga dipermudahkan urusasn Amie & suami...sedap egg tart..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nohas,
      Algamdulillah. Walaupun kena datang lagi, tapi urusan dapat diselesaikan.

      Padam
  7. yelah dah buat temujanji tapi bila datang kene tukar pula... sepatutnya staf klinik call lah pesakit tu untuk tukar tarikh atau masa

    tapi panas hati geram pun tetap ingat kat anak-anak ye kak, nampaknya portugese egg tart tu bukan pilihan anak2 ye kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norhidana,
      sepatutnyalah kan. Tu yang suami bebel apa guna ambil nombor telefon kalau tak dogunakan untuk beritahu tunda appointment.

      Padam
  8. patotnya kalau dah ada appointment mana boleh mintak kita set kan lain kan.. pelik betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      macam-macam cerita kan, harap berlaku time pkpb ini sajalah.

      Padam
  9. Tukang Kebun pun bukan sebab PKP mula blogging semula setelah setahun tinggal kan blog sebab tiada masa. Jadi cerita lama banyak tersimpan baru tersiar.
    Pelik juga la dah ada appointment tapi kena tunda. Patut sebelum mereka tunda, call patient inform tunda. Supaya patient tak perlu datang ke klinik lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      pada pagi yang sama kakak ipar saya pun datang nak ambil result medical checkupnya di klinik itu juga, tapi disuruh datang tengahari pula. Sampai hari ini kakak ipat saya tak datang. Geram katanya.

      Padam
  10. Pakistani Rishta,
    Your welcome.

    BalasPadam
  11. Pertugese egg tart kalau saya sekejap saja hilang dari pandangan....suka sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      kan... Selera anak-anak zaman sekarang memang jauh beza dgn selera mak bapak.

      Padam
  12. Bila sibuk memang tak sempat nak menjengah blog. kadang tu sempat update je kak. Sekarang urusan di pusat perubatan memang perlu kesabaran yang tinggi. semoga dipermudahkan segala urusan. Alahaiii takde orang usik ke egg tarts tu. sedap tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fiza,
      Betul tu. Pergi hospital memang tak dilayanlah sebab musim covid-19 mengganas teruk, mereka lebih utamakan kes itu. Sabar sajalah. Alhamdulillah, selesai juga urusan.

      Padam
  13. Apa guna appoinment kalau jadi macam tu.. mmm..

    Cik tk pun kadangkala tak sempat nak update blog. Jadi kadangkala cik tk buat sekali dua tiga entri terus buat scheduled publish.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      kadang-kadang yang dirancang tak menjadi mcm appointment tu, nak gaduh pun tak jadi apa juga sebab itu mungkin arahan empunya klinik. Rajin Cik TK buay scheduled publish.

      Padam