Senja di kaki laut.
Jeti Pulau Pom Pom mula diserkup kegelapan malam.
Sang mentari perlahan-lahan menyelinap ke tempat peraduannya.
Berdua dengan Kam di pesisir pantai, sementara menunggu waktu makan malam pada pukul 7 malam.
Ketika leka bersembang, tiba-tiba Kam berteriak sambil menunjukkan sesuatu di gigi air. Apa benda hitam yang tiba-tiba muncul itu? Oleh kerana peringatan telah diberikan tidak boleh berada di luar kawasan pulau selepas pukul 5 petang, jadi kami hanya menyaksikan 'benda' itu dari daratan berpasir. Setelah kami perhatikan, rupa-rupanya 7 ekor penyu sedang menghampiri pantai!
Wah! Malam itu kami tidur lena mimpi penyu 7 ekor mengunjungi kami di tepi pantai!
Jadi model sekejap ye Kam... ahaks!
Jom naik tangga, kita ke dewan makan.
Oh! Masih ada beberapa minit lagi untuk sampai ke pukul 7 pagi. Mari kita posing-posing lagi sampai lebam!
Tiang tiga batang ala-ala tiang Roman ini seolah-olah berada di kayangan pulak...ahaks!
Jom naik ke kayangan!
Naaa... cik adik, cik kakak dan makcik-makcik sedang duduk bersimpuh di kayangan!
Hambooii... kemain lagi posing. Padahal perut sudah berkeroncong!
Hahaaaaa... bukannya banyak peluang untuk bercuti di pulau peranginan ini.
Jadi, rakam sajalah gambar sebanyak mana yang dikehendaki.
Baru berkesempatan bergambar dengan Yantie.
Terima kasih Misa dan Risa yang sudi tolong ambilkan gambar-gambar kami.
Jom kita sarapan. Lepas itu kena bersiap untuk ke Pulau Timba-Timba pula.
subhanallah yang penyu naik ke darat tu paling best!
BalasPadamSyaz, tak sangka pula penyu tu datang.
PadamSUBHANALLAH INDAH SEKALI PULAU PERCUTIAN NI
BalasPadamTiada yang dapat menandingi ciptaan Yang Maha Esa.
Padamtak sabarnya nak ke sini..... cantik sngt
BalasPadamMudah-mudahan sampai ke sini setelah covid-19 lenyap dari muka bumi.
PadamLawa sangat pulau ini. Ada penyu naik lagi :)
BalasPadamBetul tu, antara pulau yang bersih dan cantik di daerah Semporna
Padamplan asal mmg nk ke pulau ni tp apakan dayaaaa....
BalasPadamDear anies,
PadamMungkin rezeki ke sini pada masa yang lain.
Subhanallah..cantik view..
BalasPadamCantikny vieww..dekat sabah ke ni?
BalasPadamcantiknya view dia
BalasPadamNohas,
BalasPadamKebesaran Ilahi, anugerah alam untuk kita nikmati.
Nur Asiqin,
BalasPadamye betul, di laut Semporna.
Nieyla,
BalasPadamtenang saja kan.
Malam malam pun nampak air laut jernih camtu. dah sampai sini haruslah berposing sakan kan kak
BalasPadamCantiknya view. Gambar-gambar yang diambil cantik sangat. Boleh print buat poskad 😊
BalasPadamIndah sungguh pemandangan keliling resort ni teruja nak pergi.
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamHahaaaa... Gambar buat kenangan.
Farrah,
BalasPadamAlam ciptaan Allah memang indah tiada tandingan.
Tukang Kebun,
BalasPadamMudah-mudahan sampai sini suatu hari nanti.