Selamat berhujung minggu. Moga pagi ini baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan sepanjang hari.
Sumber : Google
Setakat ini tidak ada yang lebih hangat dari memperkatakan Covid-19 yang semakin mengganas di daerah kami, serta jiran terdekat Lahad Datu iaitu Kunak, Semporna dan Tawau. Pelbagai jenis kluster muncul satu demi satu! Bukan sahaja Kluster Benteng di Lahad Datu, di Kunak dikenali dengan nama Kluster Pulau. Muncul lagi Kluster Selamat di Semporna dan terkini Kluster Bakau pula timbul!
Paling menyedihkan apabila menatap gambar kiriman kawan-kawan dari sekolah yang ditutup, bagaimana traumanya anak-anak murid yang masih kecil termasuk murid pra sekolah berteriakan menangis ketika menjalani swab test!
Sekadar perkongsian cerita dari daerah Lahad Datu sahaja. Kunak, Semporna dan Tawau hanya ikuti perkembangannya dari FB dan juga WhatsAap kawan-kawan. Nampaknya hari demi hari berita sekolah ditutup setelah kemunculan positif Covid-19 dalam kalangan guru atau murid tambah mengecutkan perut kami! Kami hanya mampu menghitung jumlah sekolah yang ditutup, dan tidak dapat membayangkan sepenuhnya suasana ketika swab test dijalankan ke atas ratusan murid di setiap sekolah yang ditutup atau juga mencecah angka ribu! Jika hari ini disahkan positif murid atau guru, serta-merta keluar arahan swab test ke atas semua warga sekolah. Walaupun ramai di antara ibu bapa telah 'cutikan' anak-anak mereka seminggu atau dua minggu sebelum itu, mereka tetap wajib menjalani ujian saringan yang dikatakan menyakitkan itu!
Maka, kami hanya mampu berbalas-balas sembang di dalam WhatsAap sambil saling memberi semangat sesama kami sebab kami tahu: Tunggu saja di sekolah kita ada pengesahan positif Covid-19, jadi serta-merta kita semua warga sekolah akan diperintahkan menjalani swab test dan sekolah pun diarahkan tutup! Biarpun sudah 2 buah sekolah menengah, dan 5 buah sekolah rendah ditutup, tapi tiada arahan tutup semua sekolah di daerah Lahad Datu, begitu juga daerah-daerah jiran kami. Hanya itulah.... yang kami faham, kalau ada yang positif di sekolah, maka sekolah akan ditutup dan bersedialah untuk menjalani swab test. Itu sahaja!
saya doa moga wabak disana segera pulih dan terhapus..Amin!
BalasPadamsedih baca keadaan disana. Moga kuat dan tabah ya! Take care!
Semoga keadaan dpt dikawal & bertambah baik disana..amiin..
BalasPadamCik TK tengah serius baca tiba-tiba terselit sarapan hashbrown. sedapnyaaa!!!
BalasPadamsemoga keadaan cepat reda dan terkawal... Jaga diri ya semua!
Swab test Tu mula swab kat anak tekak. Kemudian swab kat Dalam rongga hidung sampai me atas sekali kat bahagian sempit.
BalasPadamSatu ingatan... Jika esok nak pergi test Malam sebelum tu jangan makan bawang besar Dan putih mentah, sambal pedas, berhalia.. berempah..
Sebab airliur kat tekak Akan meresap me cotton bud.. Dan cotton bud Yang Sama ke Dalam hiding..
Saya makan berhalia bawang cili padi mentah..esok paginya.. masa test Rasa pedas bawang kuat pedih bila swab Kat hidung.
😂 Rasa discomfort Tu aja. Tak sakit macam kena inject rubella Dan BCG...
Stay safe ...jangan lupa stock up bahan Kering.. jika keadaan teruk tak payah ke kedai..sangat...
harap semua pihak jgn leka dan sentiasa ikuti SOP yg dikeluarkan
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan akak sekeluarga disana. Saat jumlah makin meningkat ni, kita sabar dan duduk rumah je lah dulu.
BalasPadamAamiin....
BalasPadam