Alhamdulillah. Seribu syukur kepada Allah. Di pagi minggu ini, lengkap seisi keluarga berada di rumah. Hari ini genap seminggu Farid dan Fuad pulang dari Malaya. Bila semua berkumpul, pelbagai ragamlah yang dipamerkan. Farid suka masak tapi tak berani pegang ikan dan tak mahu siang ikan! Farid lebih kepada kerja-kerja membersihkan rumah hingga ke dapur. Fuad pula, jenis lambat bangun tidur. Setiap hari berpesan dengan Encik Suami untuk beli nasi kuning buat sarapan pagi! Sama dengan Farid. Katanya, lama sangat tak makan nasi kuning di Malaya. Jadi, ingin makan puas-puas di LD. Fairuz pula, kalau lapar memang akan masuk dapur dan masak apa yang ada. Dia suka masak ayam, tapi ikan pun dia sanggup siang!
Menjelang pagi, memang ada kesan orang masak di dapur! Rupanya waktu malam, dua beradik ini, Fuad dan Fairuz masuk dapur juga dan masak lagi! Encik Suami kadang kala bising juga sebab dapur tidak dikemas, dan pinggan mangkuk terbiar di atas sinki, tidak dicuci! Hurrrmmm..... anak-anak ini selalu buat-buat lupa untuk membersihkan dapur selepas masak dan makan!
Kerap kali juga terpandang kotak KFC, bekas minuman dan makanan di dapur. Nampaknya anak-anak gunakan khidmat Food Panda, beli makanan secara online.
.
Alhamdulillah
BalasPadamSelamat menjamu selera
Ikan goreng tu simple aje tapi sedapnya tengok
BalasPadamwarrghhhh semuanya sedappppp
BalasPadamBertuah kak amie anak-anak bujang semua rajin ke dapur. Tahniah untuk mamanya, pandai mendidik :)
BalasPadamSuka lauk simple macam tu kak Amie. kalau ada ikan goreng garing tabur bawang cili tu memang suka ratah habiskan. Sedap!
BalasPadamselalu mcm tu, balik kpg cari local food. nasi kuning takde jual di semenanjung rasanya...
BalasPadamsedap2 semuanya..