Pages

Sabtu, 15 Ogos 2020

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Rakan Sekerja

Ketika membelek ruangan galeri di HP, ada beberapa keping gambar yang dirakam bersama kawan-kawan yang masih tertinggal, belum dipadam.  Tiba-tiba timbul rasa sayu pula sewaktu hendak memadamkannya!  Entahlah! Barangkali saat bersama mereka itu merupakan saat yang menggembirakan hati, ketawa ria sehingga terlupa segala tekanan di tempat kerja. Terfikir pula, kami bukanlah dari daerah yang sama, atau negeri yang sama. Takdir Allah yang mempertemukan kami di bawah bumbung tempat kerja yang sama. 

Iklan sebentar : Mata orang ni bengkak  sebab cengeng sangat, suka menangis kalau berpisah dengan rakan sekerja. Dari dulu memang suka mengelak sebarang majlis perpisahan, tapi kena hadap juga.

Apa pun, biarlah diabadikan sahaja gambar yang 'terselamat' di sini buat kenang-kenangan.
Banyak memori yang tercipta, dan sudah tentu banyak jugalah meninggalkan kenangan manis sewaktu bersama.


Paling best sudah tentulah gambar-gambar bersama rakan yang suka teman berteman jalan-jalan cari makan bila ada peluang. Tahun ini tidaklah selalu sangat kami keluar makan gara-gara Covid-19. Walaupun tahun ini tidak banyak tempat makan sekitar LD  yang kami jelajahi, sekurang-kurangnya dapatlah kongsi satu dua tempat sebagai panduan kepada sesiapa yang tersesat di LD.

Tempat makan kami hanyalah di sekitar bandar LD sahaja. Baru-baru ini kami singgah di SR. Senang cari parking. SOP memasuki premis makanan kami patuhi. Duduk jarak 1 meter.

Makanan yang dipesan pun biasa-biasa saja.  Rasanya, hampir kesemua menu SR sudah kami rasa... ahaks! Maklumlah, bukan banyak sangat  tempat makan yang rare di LD. 



Ke mana dan di mana kami makan, Kam mesti cari nasi!

Hari yang lain pula kami singgah di Double U Cafe.
Kami belum pernah makan di sini. Jom kita terjah.
Harga makanan di sini sangat berpatutan, dan memang kenyang sangatlah menikmati hidangan untuk setiap yang memesannya.
Amie pesan The Autumn, campuran jus tembikai dengan lemon yang memang sedap dan menyegarkan! 



Makanan belum sampai minuman sudah habis disedut! Di belakang The Autumn tu semangkuk tom yam seafood yang dipesan Kam bersama nasi. Katanya, dia tak boleh kalau tak jumpa nasi! 

                    
Spring roll ini bersaiz besar, dan siap dipotong-potong.

Dessert daripada mangga ini pun sedap!

Ini mix grill, lamb dan ayam. Siapa punya pesanan? 
Amie punya ni...hiks!

Akmi nak cuba Buttermilks Smoked Duck Spaghetti. Lembut sangat hirisan itik salainya tu!

Macam-macam selera kawan-kawan kami. Ada yang suka menu western, ada yang suka menu tempatan. Nano pula berminat dengan kuey teow basah!

Ada gang western food... ahaks!
Jusna dengan fish & chipsnya!

Menu tempatan tak pernah kami lupakan terutamanya  bakso!
Banyak gerai dan restoran di LD yang menawarkan pelbagai jenis bakso.
Dah macam-macam nama bakso yang kami jumpa!
Ada bakso beranaklah.
Ada bakso tenislah.
Isshhh...issshhhh!
Bakso ialah bebola daging yang dimakan bersama mee atau mee hoon dan berkuah sup. Bakso dapat pelbagai nama mengikut bentuknya. Kalau bakso tenis itu dikatakan sebab bentuknya besar seperti bola tenis. Di dalamnya pula ada telur rebus!


Inilah rupa bakso yang mengandungi telur rebus di dalamnya. 

Sampai di sini sahajaah dulu cerita tentang jalan-jalan cari makan bersama kawan-kawan di musim Covid-19 yang belum reda ini.

Oh! Terselit gambar cendol pulak! Melihat gambar cendol ini, teringat cendol mamak di Sungai Buluh, Kuala Selangor yang Amie pernah nikmati masa kecil dahulu! Sedap betul ... agaknya mamak itu pun dah lama pergi ke alam sana. 

Selepas Covid-19 lenyap dari muka bumi ini, kita panjangkan langkah kaki untuk jalan-jalan cari makan di sekitar LD lagi ye. Sekian.

3 ulasan: