Pages

Sabtu, 15 Ogos 2020

Jalan-Jalan Cari Sarapan di Lahad Datu

Hari ini Sabtu. Encik Suami ajak cari sarapan di luar. Fairuz tarik selimut. Firdaus saja yang ikut. Biasanya hanya kami berdua sahaja yang keluar cari sarapan. Dah kenyang makan sarapan, bawa balik bungkusan sarapan untuk anak-anak di rumah yang sayang sangat nak tinggalkan katil kalau hari cuti sekolah!

Seawal pukul 6:30 pagi, kami keluar tinggalkan rumah. Matahari pun sudah mula meninggi. Sementara Encik Suami tutup pintu pagar, kita sempat tangkap gambar pokok bunga akar dani di depan rumah. 

Pagi ini Firdaus ikut sekali. Awal pagi dah bangun dan mandi. Budak kecil satu ini memang mudah dikejutkan untuk bangun pagi.
Lahad Datu bukanlah bandar besar seperi Tawau atau Sandakan. Jadi, tidaklah begitu banyak pilihan tempat makan dan juga menu yang ditawarkan. Bolehlah singgah untuk alas perut.

Kami bersarapan di QQ Ice LD Corner yang terletak menghadap laut.
Datang awal pagi ke sini memang sangat seronoklah sebab semua menu masih panas. Kalau datang esok, hari Ahad memang tak dapatlah merasa sebab restoran ini ditutup. Nak datang pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat memang tak bolehlah. Jadi, kesempatan kami untuk makan di sini hanya pada hari Sabtu sahaja.

Meratah benda-benda bersumbat isi ikan ini pun dah boleh mengenyangkan perut!
Tauhu, terung, peria dan cili sumbat.

Wantan goreng pun sodap!

Firdaus nak  makan mee hoon goreng dengan ayam masak madu.


Encik Suami pula lebih berminat dengan kuey teow goreng dengan kaki ayam masak kicap. Kaki ayam masak kicap ini sangat lembut, terlerai kulit dari tulang seperti yang selalu Amie masak.

Ada gambar-gambar makanan  di QQ Ice LD Corner yang masih belum Amie delete dari HP. Memang inilah antara menu kegemaran Amie kalau berkunjung ke sini selain memesan nasi kuning seperti di bawah ini.

QQ Ice LD Corner ini sebuah restoran yang menempatkan beberapa sudut makanan dan peniaga yang berbeza. Kalau masuk dari sebelah kiri, berhampiran dengan Sabah Chicken Rice, akan bertemu dengan sudut makanan yang terdiri dari pelbagai nasi, segala sup seperti mee hoon sup, bakso, laksa, gado-gado, kuih -muih dan sebagainya. Di hadapannya pula, sudut minuman dan kuih, dan sudut paling hujung, peniaga di situ menyediakan pelbagai menu seperi mee, mee hoon, kuey teow, nasi goreng dan lain-lain.

Sebelum delete semua gambar dalam HP, baiklah simpan dahulu di sini sebagai rujukan akan datang. Kadang-kadang kami berdua minum pagi bersama di Indo Cafe yang terletak di Fajar Centre.
Kata Encik Suami makanan di sini sedap. Biasanya dia akan pesan mee hoon goreng yang banyak sayur!

Amie pula lebih suka makan kudap-kudapan seperti sanggar pappe' (gambar atas). dan juga popia goreng inti ayam yang sedap. (gambar bawah)


Dah selalu sangat makan roti canai, kami singgah pula di Chilli Rose di Darvel Bay. Cuba pula murtabak daging dan juga bubur ayam.

Bubur ayam ini banyak sangat!
Tak larat nak habiskan seorang!

Sesekali nak ubah selera juga. Singgahlah kami di Double U Cafe di Fajar Centre. Berdua lagi bersama Encik Suami menikmati hi tea toast. Menu ala-ala western gitu.... hiks!

Dan juga cheese waffle.

Amie suka singgah di sini untuk menikmati pelbagai jenis minuman seperti The Spring, Sunny Sunrise, The Autumn dan pelbagai lagi.

Minum Mojito di sini best! Boleh cuci perut.
Jadi selepas buat pembayaran di kaunter, cepat-cepatlah balik ke rumah!
Proses pemulasan dalam perut tidak perlu ambil masa yang lama.... ahaks!

7 ulasan:

  1. sekarang ni boleh dikatakan banyak gak lah tpt makan di daerah sana berbanding 5 6 thn lalu. susah sungguh lah.

    BalasPadam
  2. Tauhu, terung, peria dan cili sumbat itu rare kak. Nampak unik dan menarik untuk dicuba. Banyak pilihan makanan yang sedap.

    BalasPadam
  3. wah bestnya makanan kat sana , makanan sumbat pun ada unique

    BalasPadam
  4. Nampak sedap semua tu kak amie. Mujur dah makan tengahari :p

    BalasPadam
  5. semua makanan sedap lah sis amie. kreative kuehtiaw dgn kaki ayam dan yg sumbat2 tu mmg sedap juga semuanya.

    BalasPadam
  6. Ada no hpn kedai tauhu sumbat tu kah kak?

    BalasPadam