Pages

Ahad, 16 Ogos 2020

Firdaus Oh! Firdaus!

Rasa sepi sangat kalau tidak dengar suara budak kecil ini.
Setiap petang akan tertunggu-tunggu kepulangannya dari sekolah.

Bila ada di sini tak larat nak layan segala pertanyaannya pula! Kadang-kadang kita ikut Encik Suami ambil dia dari sekolah. Sebaik keluar dari pagar sekolah, terus saja bercerita sampailah di pagar rumah sendiri. Kalau kita tak ikut ambil di sekolah, di pertengahan jalan dia akan minta telefon Encik Suami dan telefon kita di rumah. Tak sabar dia nak kongsi apa yang berlaku di sekolah. Elok sangatlah kalau ikut jalan-jalan ke luar dari daerah Lahad Datu. Kalau kita tertidur, Encik Suami yang sedang memandu ada pula teman berbual... ahaks!

Firdaus paling sedih kalau kedua-dua abangnya, Farid dan Fuad meninggalkannya untuk kembali ke kampus. Dia membesar tanpa kehadiran penuh kedua-dua abangnya di rumah kami. Ketika usianya 2 bulan, Firdaus ikut hantar Abang Farid melalu jalan darat dan jalan laut ke Kolej Matrikulasi Labuan.

Gambar atas: Usia Firdaus 5 bulan. Kami jalan-jalan ke Kota Kinabalu. Abang Farid terbang dari Labuan ke Kota Kinabalu untuk bercuti beberapa hari bersama kami. Begitulah ceritanya. Abang Farid hanya sempat melihat Firdaus dari usia sehari hingga usia 2 bulan. Seterusnya, hanya bersua sewaktu cuti semester sahaja. Syukurlah. Walaupun jarang berjumpa tetapi hubungan mereka sangat rapat.

Gambar atas: Ketika hantar Fuad ke lapangan Terbang Tawau.
Bila sudah besar dan berakal, pandailah pula menangis kalau hendak berpisah dengan abang-abangnya.
Antara pertanyaannya yang sukar untuk diberi jawapan:
1. Kenapa Daus tidak ada adik?
2. Kenapa Daus bukan anak pertama?
3. Kenapa Mommy lahirkan Abang Farid dulu?
4. Kenapa Mommy tidak lahirkan Daus dulu sebelum abang-abang Farid, Abang Fuad dan Abang Ilun (Fairuz)?

Firdaus Oh! Firdaus!

9 ulasan:

  1. Comel Firdaus. Manja lebih lah ni bila abang abang takde kat rumah. Itu yang tak sabar balik sekolah nak bercerita.

    BalasPadam
  2. Win betul kak soalan-soalan budak Firdaus nie...Semoga membesar jadi anak soleh berbakti pada ibu ayah.

    BalasPadam
  3. amboi byk nye soalan firdaus..dapat ke ibu jawab tu? hehee

    BalasPadam
  4. heheheh teringin acik jumpa budak mulut becok ini tau....
    yelah seronok ada abang-abang yg boleh melayan dia kan kak.. itu dia sedih bila abang-abang balik belajar

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam