- Ayam Kambing!
- Ayam?
- Kambing?
- Ayam atau kambing?
- Ayam kacukan kambing?
Suatu hari, FIL bawa pulang seekor ayam bersaiz besar. Kebetulan Amie berkunjung ke kampung, jadi FIL serahkan ayam itu kepada Amie. Katanya: Masaklah ikut suka 'lu nak. Amie pun berkata: Besarnya ayam ini Pak. Sahut FIL: Memang ayam kambing besar nak. Amie tanya MIL pula : Nak masak apa ayam ini mak? MIL menjawab: Suka-suka 'lu situ nak. ('Lu dalam bahasa Cocos bermaksud 'kamu').
Saya buat soto boleh Pak? Kita minta izin.
Apa-apa jak nak, sahut FIL kembali.
Oleh kerana ayam kambing yang dibawa oleh FIL sudah dibelah dua, jadi senanglah untuk Amie potong untuk dimasak. Barangkali saiz ayam yang agak besar, jadi tempoh memasaknya juga agak lama untuk menjadi empuk. Sewaktu makan soto, Amie beritahu MIL dan FIL. Ayam ni lambat sangat nak empuk! Lama saya masak.
Sahut FIL : Ayam kambing memang begitu nak. Keras sikit.
Oooooo.
Tak pernah jumpa ayam kambing di Malaya. Ada pula ayam kambing di Lahad Datu. Tak ada pula rasa kambing pada ayam ini. Untuk memasaknya lagi, rasanya tidaklah! Tetapi kalau ziarah ke kampung, sesekali terdengar juga cerita MIL masak ayam kambing! Jiran-jiran Encik Suami di kampung pun pernah juga sebut masak ayam kambing! Pernah juga terdengar penjual ayam di pasar Seri Perdana sebut tentang ayam kambing!
Pada suatu hari, Encik Suami bawa pulang seekor ayam bulat saiz besar. Beratnya 4.5 kg. Sudah siap disembelih dan dibersihkan. Kata Encik Suami : Ini ayam kambing! Harganya RM29.00 sahaja. Murah pula harga seekor ayam kambing seberat 4.5 kg. Agaknya ayam kambing ini jenis ayam yang tak laku dijual kot. Jadi, ia terus membesar dan akhirya dijual dengan harga yang murah.
Oh! Maka tersimpanlah entah berapa lama ayam kambing itu dalam freezer. Setelah Encik Suami sebut beberapa kali tentang ayam kambing, timbullah rasa kasihan terhadapnya pula. Agaknya memang Encik Suami nak makan ayam kambing sangatlah tu. Kita pun cari semula ayam kambing di bahagian paling bawah freezer, dan renung lama-lama! Kenapalah kau dinamakan ayam kambing! Oleh kerana ayam kambing itu masih bulat belum dipotong, jadi Amie pun bersihkan dahulu bahagian dalamnya. Ketika membersihkan ayam kambing itulah Amie dapat jawapan apa sebenarnya ayam kambing!
Amie terjumpa beberapa biji telur muda dalam perut ayam kambing! Ya Allah! Rupanya ayam kambing itu ialah ayam pencen! Ayam kambing itu ayam telur yang sudah tamat tempoh untuk bertelur! Dan ayam kambing itu, saiznya menjadi besar sebab umurnya yang sudah lanjut! Ayam kambing itu keras isinya sebab ayam pencen memang keras dan liat!
Hihihi..
BalasPadamRupanya ayam pencen ye Amie..
Terjawab misteri ayam kambing..
CH baca tajuk entry pun gigih baca smpi habis.. nak tahu jawapannya..
Ayam pencen ke? Kenapa panggil ayam kambing? Cik TK pun pertama kali dengar
BalasPadamAyam pencen yang selalu jumpa kecil jer, kt mydin harga 7.99 seekor.
BalasPadamAyam kambing adalah ayam baka daging yang dah pencen.
BalasPadamIa bukan ayam penelur tapi ayam pedaging yang menghasilkan telur untuk ditetaskan menjadi anak ayam pedaging. Kalau ayam kambing yang jantan laagi besar.
walaupun liat n amik masa lama nk masak, org kite tetap suka mkn ayam pencen kan?
BalasPadamoooooo ayam kambing rupanya ayam pencen. baru tau
BalasPadamFirst time dengar nama ayam kambing. Tak suka sangat makan ayam pencen. Liat dan nak masak pun lama. huhu
BalasPadam