Petang tadi, sesampainya di rumah, rasa sepi!
Fuad yang sedang bercuti sudah dua hari berada di Tawau bersama sepupunya.
Fairuz belum pulang dari sekolah.
Firdaus pula sudah mula bersekolah sejak kelmarin.
Encik Suami belum sampai ke rumah.
Bila suasana sepi, rasa rindu pula akan suara anak-anak berteriak, berkelahi dan bergelak ketawa!
Ahaks! Ini bukan cerita jiwang, tapi cerita tentang beberapa jenis lagi tanaman yang Encik Suami usahakan sepanjang PKP lepas.
Nampaknya pokok limau kasturi sudah berbuah.
Entah berapa kali tanam, dan entah berapa kali ditebang sebab banyak kerengga berkerumun di pokok limau kasturi! Nak elak kerengga, habis ditebang pokoknya! Bukan pokok limau kasturi sahaja yang Encik Suami tebang! Pokok jambu air, pokok limau kapas dan pokok lemon pun ditebang gara-gara menjadi tempat kerengga bersarang! Ada lagi pokok yang ditebang... pokok mangga epal dan mangga manila! Kedua-dua pokok ini ditebang bukan sebab kerengga tapi sebab lama sangat nak berbuah! Pokok kantan pun ditebang juga gara-gara tidak berbunga!
Setelah beberapa tahun pokok lemon ditebang. Sekarang sudah ada penggantinya tetapi jenis lemon kampung.
Harap kerengga tidak lagi singgah bersarang di atas pokok lemon.
Encik Suami tanam semula bunga ros Jepun yang pernah menghiasi halaman kami beberapa tahun lalu. Nampak cantik pula bila dilihat dari dekat.
Warna-warni bunga ros Jepun memang memikat mata!
Laman pun nampak lebih berseri dengan kehadiran kuntuman bunga yang kecil dan comel ini.
Ini pula sisa-sisa himpunan bunga orkid kami yang hampir pupus!
Pokok remayung pun hidup subur!
Boleh buat sayur bening.
Pokok ceri ini sebenarnya berdekatan dengan pokok mangga udang. Kalau buka tingkap dapur memang akan terpandang pokok ini tetapi tak perasanlah pula sudah berbuah, dan buah yang sudah masak mula gugur ke tanah!
Nampak sebiji mangga udang di atas meja laman berhampiran pokok ceri.
Mungkin Encik Suami yang kutip pagi tadi sebelum hantar Fairuz ke sekolah. Biasanya Amie keluar lebih awal, 5:45 pagi sudah memecut di jalan raya. Encik Suami terpaksa tunggu Fairuz.... bujang Tingkatan 6 Atas yang selalu lambat bersiap untuk ke sekolah! Sementara menunggu Fairuz bersiap, Encik Suami suka memeriksa kawasan sekitar rumah, dan akan keluarkan sampah, letak di luar pagar untuk diangkut oleh lori sampah. Ketika inilah dia akan ambil kesempatan melihat-lihat tanamannya.
Ternampak sebiji mangga udang tergantung di pokok.
Mungkin ini buah mangga udang terakhir untuk musim kali ini.
Hampir menjelang senja, barulah rumah kembali berseri. Sepi bertukar menjadi ceria. Firdaus sudah pulang dari sekolah. Fairuz sibuk bertanya : Mommy masak apa? Jom minum petang dengan teh panas yang lazat dari serbuk teh Ceylon 888, dimasak bersama gula batu dan daun pandan, dengan jamahan karipap inti sardin dan kentang.
Bukan secawan teh yang dihirup, tapi beberapa cawan!
Fairuz sempat buat smoothie mangga. Sedap sungguh rasanya, dengan campuran yogurt. Elok sangatlah untuk cuci perut!
6:25 petang, masuk waktu Maghrib di LD.
Selepas Maghrib, kembali sunyi dan sepi!
Encik Suami dan Fairuz ke kampung, ada tahlil dan bacaan Yasin.
Teruskan aktiviti melayan Firdaus makan nasi dan menyiapkan kerja sekolahnya serta menyimpan buku-buku di dalam beg mengikut susunan jadual waktunya.
Ketika menulis entri ini, Firdaus sudah berada di tempat tidurnya.
Letih barangkali, cepat sungguh budak kecil itu lena.
Dan, sepi sekali lagi!
Teruskan mencari keindahan dalam kesepian ini.
Selamat malam.
gini lah kak ana menghabiskan masa bila anak2 dah besar ni Amie, suka bertanam terapi minda sangat.
BalasPadamKalau marahkan kerengga, janganlah pokok ditebang
BalasPadamAda caranya menghalau kerengga ni
sayangnya kak di tebang semua sebab kerengga, tak boleh di sembur racun serangga ke... tapi orang kata pokok ada kerengga buahnya manis dan takde ulat atau serangga perosak lain...
BalasPadambest tengok semua tanaman akak... subur betul, sejuk tangan suami akak
awal betul kat sana ye 5.45 akak dah gerak ke pejabat, kalau kt sini waktu subuh pun belum masuk lagi hehehe
Ana Jingga,
BalasPadamseronokkan bila melihat hasil tanaman menjadi dan tumbuh subur.
Warisan Petani,
betul tu Wak, ibaratnya marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Arwah ayah saya pula mencari kerengga diletak atas pokok ciku dan limau balinya.
Dana,
Memang rasa sayang, dan masih teringat-ingat pokok yang ditebang tu. Tapi dia tanam pokok lain pula, terubat sikit rasa hati tu.
4:45 pagi dah masuk subuh di LD, biasanya dalam perjalanan ke tempat kerja memang baru dengar azan waktu Subuh di Malaya melalui radio, lebih kurang pukul 5:58 gitu.
Pokok remayung namanya ye kak? Sy dulu selalu confused dgn bayam Brazil :)
BalasPadamGeram tengok buah ceri tu.
Wah..seronoknya tengok pokok/bunga semua elok menjadi. Tengok makanan pulak sedap!
BalasPadamPokok remayung tu..saya tak kenal/tak pernah dengar.
Dah biasa sunyi sebab anak anak takde lagi. Sunyi yang indah adakalanya rasa sedih pulak. Tapi takpe, banyak yang boleh kita buat hilangkan sunyi dan kesedihan tu.
BalasPadamSeronok tengok tanaman semua menjadi.
Our Online Assignment Help writers in the USA is the best service provider for completing your homework on time. We never jeopardize the quality of the assignment, and it is a guarantee that you will get the best academic paper. With us, there is an assurance that we will get you no less than the highest scores.
BalasPadamDo you search for philosophy writing services?. Struggling to write and create your Philosophy assignment? Take Philosophy assignment help from Qualified assignment writing experts and finish your assignment writing without any delay on the delivery date.
BalasPadamEnjoyed reading the article above , really explains everything in detail,the article is very interesting and effective.
BalasPadamPhilosophy Homework Help
I will always let you and your words become part of my day because you never know how much you make my day happier and more complete. There are even times when I feel so down but I will feel better right after checking your blogs. You have made me feel so good about myself all the assignment helper uk time and please know that I do appreciate everything that you have
BalasPadamThis is a really decent site post. Not very numerous individuals would really, the way you simply did. I am truly inspired that there is such a great amount of data about this subject have been revealed and you've put forth a valiant effort, with so much class. On the off chance that get assignment done needed to know more about green smoke surveys, than by all methods come in and check our stuff.
BalasPadamThanks for sharing this best stuff with us! Keep sharing! I am new in the blog writing. All types blogs and posts are not helpful for the readers. Here the author is giving good thoughts and suggestions to each and every reader through this article. literature-essay Quality of essay writing help the content is the main element of the blog and this is the way of writing and presenting.
BalasPadam