Pages

Jumaat, 24 Julai 2020

Lidah Lembu Goreng Pedas dengan Terung Taiwan

Bila suhu sejuk, alangkah nikmatnya kalau dapat makan hidangan panas selain kuah sup! Jom kita masak Lidah Lembu Goreng Pedas dengan Terung Taiwan. Barulah berpeluh-peluh dahi... ahaks!


Selain rasa pedas cili padi kampung, Amie tambahkan Thai Sauce Maepranom untuk rasa lebih lazat. Amie juga gunakan belacan Papar untuk aroma lebih mengancam.... ahaks! Dan untuk memudahkan kerja memasak, Amie masak sekali harung dengan terung Taiwan!

Bahan-bahan:
400 gram lidah lembu yang sudah direbus hingga lembut - hiris nipis 
2 biji terung Taiwan - belah 2 dan hiris serong ikut saiz yang digemari
3 sudu besar Thai Sauce Maepranom
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 cm halia - hiris halus
1 sudu kecil pati asam jawa
minyak
garam / perasa pilihan

Bahan kisar / tumbuk :
30 biji cili padi kampung
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan


Cara memasak:
1. Goreng hirisan lidah lembu sebentar saja, jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
2. Goreng terung Taiwan hingga masak. Angkat dan toskan. 
3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan terung Taiwan.
4. Goreng halia bersama bawang besar sehingga layu.
5. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
6. Seterusnya masukkan pati asam jawa,  Thai Sauce Maepranom, diikuti dengan lidah lembu dan terung Taiwan.
7. Gaul rata, dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
8. Biarkan seketika, dan kemudian padamkan api dapur.

Rasanya?
Memang mengancam selera!
Firdaus kata, makan sambalnya pun dah cukup sedap. 
Bayangkan sajalah, sambal belacam ditambah Thai Sauce Maepranom yang memang sedap itu! Cukup sempurna dengan rasa manis dan aroma bawang putih!


Kalau tak cukup pedas, boleh bubuh lagi cili padi kampung!

4 ulasan:

  1. Nampak sedap! Lamanya tak makan lidah lembu!

    Nak tanya... Terung taiwan dan terung panjang tu sama ke?

    BalasPadam
  2. Cik TK,
    saya rasa berbeza, terung taiwan warna ungu gelap, isinya putih, lembut dan manis.

    BalasPadam
  3. rare hidangan akak amie. nampak sedap goreng pedas sambal macam tu. kalau fiza, makan terung je lah. tak makan lidah :)

    BalasPadam