Pages

Isnin, 20 Julai 2020

Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang

Jom ratah Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang!
Macam-macam gaya olahan kerabu, begitu dan begini mengikut resepi tradisi keluarga dan daerah masing-masing. Kali ini Amie cuba sediakan kerabu yang biasa kami makan di tempat kerja. Pernah juga kami sama-sama membuat kerabu pucuk paku bersama-sama sekiranya ditugaskan sebagai AJK Makanan semasa aktiviti kokurikulum atau perkemahan. Biasanya kami buat kerabu pucuk paku. 

Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang ini Amie olah di dapur sendiri. Perencah dan kelapa parut digaul rata dan kemudian digoreng tanpa minyak dalam kuali. Amie pun ikut bubuh sedikit serbuk kunyit seperti kawan-kawan di sini buat untuk bagi warna kekuningan pada kerabu. Kadang-kadang mereka bubuh hirisan daun limau purut dan daun kencur. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
15 batang pakis tanjung - ambil pucuknya dan batang yang muda - celur - toskan 
1 cawan isi kerang yang sudah direbus
2 cawan kelapa parut
2 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
1 labu bawang besar - mayang
3 batang serai - ambil bahagian warna putih - hiris halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
20 biji cili padi
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan

Cara:
1. Gaul kelapa parut bersama bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam / gula / perasa pilihan.
2. Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga terbit aroma. Tidak perlu sangai sampai kering.
3. Kemudian masukkan isi kerang, hirisan bawang besar dan hirisan serai. Gaul rata dan padamkan api dapur.
4. Dalam sebuah bekas, masukkan pakis tanjung, bahan yang disangai, serta tuangkan jus limau kasturi / limau nipis.
5. Gaul rata dan hidangkan.

Sekian, cerita resepi campuran pelbagai suku kaum. Kami gotong-royong dalam suasana muhibah, mengambil kira cadangan penggunaan bahan yang ads  dan sebagainya. Jadi, tidak pasti milik kaum manakah yang empunya, kerana yang menghasilkannya adalah tangan-tangan kami: Bugis, Bajau, Sungai, Buton, Cocos, Kadazan, Melayu,  Jawa dan sebagainya yang bekerja di bawah satu bumbung! 


6 ulasan:

  1. waduh lama dah dana tak buat kerabu gini kak oi, sedap kadang dana ratah je kerabu tanpa makan dengan nasi hehehhe

    BalasPadam
  2. Sedapnya Amie!
    Sebelum ni selalu makan kat satu kedai tu, sedap dia buat.
    Ni dah pindah, kena la buat sendiri. Bolehla guna resepi Amie :)

    BalasPadam
  3. Mesti sedap ni Amie... mau bertambah2 nasinya.

    BalasPadam
  4. sedapnya kak, ini kalau meratah saje pun sedap ;)

    BalasPadam
  5. Sedapnya kerabu kerang dengan pucuk paku letak kelapa parut. Ratah memang sedap!

    BalasPadam