Sewaktu kami jalan-jalan ke Sandakan dua minggu lepas, kami sempat singgah di pasar basah. Tidak banyak pilihan hasil laut berbanding dengan pasar ikan di Tawau. Namun begitu, kebanyakannya kelihatan segar-segar belaka, seperti di pasar ikan Kunak. Selain memborong ikan dan sotong segar, kami melihat-lihat juga ketam nipah. Ketam nipah atau ketam bakau kelihatan masih hidup. Walaupun kaki dan penyepitnya sudah diikat rapat ke badan, tetapi mata ketam yang sekejap tersembul keluar dan sekejap masuk ke dalam menunjukkan haiwan ini masih hidup.
Kami beli 3 kg ketam nipah, dan jumlahnya hanya 9 ekor sahaja. Mungkin saiznya yang agak besar, jadi timbangannya menjadi berat!
Ketika dalam perjalanan pulang ke LD, Encik Suami bercerita sewaktu zaman kanak-kanaknya dahulu. Katanya, kalau arwah ayahnya (FIL) ikut rombongan kebudayaan atau menziarahi keluarga mereka di Beluran, mesti ada oleh-oleh yang dibawa iaitu ketam nipah. Bukan sedikit tetapi berkotak-kotak! Katanya lagi, arwah ibunya (MIL) suka masak lemak putih. Nanti bolehlah masak lemak ketam seperti emak masak, kata Encik Suami.
Petang itu, sekembalinya dari Sandakan memang nak masak ketam, tapi hasrat itu terpaksa dibatalkan!
Kenapa?
Ketam masih hidup!
Takut nak bersihkan.
Jadi, simpan dulu ketam dalam peti sejuk.
Keesokannya baru berani bersihkan kerana ketam sudah mati.
Sayangnya setelah ketam terhidang di atas meja, baru teringat Encik Suami teringin makan ketam nipah masak lemak putih, tanpa kunyit dan tanpa cili padi!
Tali pengikat ketam sudah dibuang.
Sepit ketam nipah yang suah dipisahkan dari badan. Amie gunakan anak lesung untuk ketukl-ketuk sedikit penyepit ketam supaya mudah dipecahkan ketika makan nanti.
3 kg ketam nipah - bersihkan - buang cengkerang - pisahkan sepit besar dari badan - ketuk sepit supaya retak
1.8 liter santan dari 1/2 kg kelapa parut
3 biji tomato - belah 2
3 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
30 biji cili padi
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
4 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Satukan santan dan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan ketam, serai, tomato dan asam gelugor.
3. Masak di atas api sederhana dan kacau selalu sehingga kuah mendidih.
4. Setelah ketam berubah warna, teruskan kacau kuah selama 3 minit lagi.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.
Seperti biasa, Fuad tak mahu sentuh langsung ketam! Jadi, meratahlah kami empat beranak bersama Encik Suami, Fairuz dan Firdaus. Banyak isi ketam di bahagian sepit, dan juga di dalam kakinya yang kecil itu.
Teringat cerita arwah MIL dan FIL : Di Pulau Cocos, ketamnya besar-besar nak. (Panggilan 'nak' bermaksud 'anak' ketika bercerita dengan Amie). Ketam di sana bisa panjat pokok kelapa! Bisa juga kupas sabut kelapa!
Benarkah?
Kalau ingin tahu, cuba tanya Pak Google!
Mahal harga ketam nipah ni sekarang.
BalasPadamadoiyai amie sedapnya lama tak masak ketam :)
BalasPadamTak pernah makan ketam nipah. Tapi kalau ketam apapun sedap masak lemak cili api macam ni kan.Teringin pulak makan ketam nipah. tapi kat semenanjung ni macam jarang jumpa je. biasa nampak ketam biru tu.
BalasPadamsedapnya ketam nipah, tp kulit dia lg keras dari ketam biasa kan..
BalasPadam