فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar Rahman.
Sumber : Google
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Moga ceria dan gembira menyiapkan rutin rumahtangga, bersyukur mendapat segala nikmat dan rezeki kesihatan dan ketenangan yang berpanjangan. Alhamdulillah.
Pagi ini, rasa bersemangat masuk dapur untuk sediakan sarapan pagi. Seperti biasa, masak serbuk teh Ceylon 888 bubuh sedikit gula batu dan minta Encik Suami ambilkan beberapa helai daun pandan sebagai aroma dalam minuman teh. Nampaknya Encik Suami sedang memotong ranting dan dahan pokok mangga udang! Marahkan kerengga lagi ke? Nanti kalau ada masalah kerengga, bolehlah minta pandangan dan nasihat Wak Petani Warisan bagaimana untuk mengatasinya. Bolehkan Wak?
Syukur Alhamdulillah.
Kelmarin, hari Sabtu Encik Suami izinkan Amie belayar ke Pulau Sakar untuk aktiviti mendaki bukit. Cuma Amie kena peganglah syarat keizinannya: Balik rumah, jangan suka mengeluh penat kalau dah diberi izin keluar beraktiviti dengan kawan-kawan! Oooohhhooo.... garang tak amarannya tu?
Luarannya saja nampak garang tapi hatinya lembut dan penuh kasih pada seisi keluarga. Awal pagi, lebih kurang pukul 6 begitu, Encik Suami hantar Amie ke jeti. Sebelum naik bot menuju ke Pulau Sakar, kami sarapan bersama di restoran yang menghadap ke arah laut lepas. Pesan Encik Suami, selepas balik dari pulau, telefon saja dan dia akan datang ambil. Wokeeyyy.... terima kasih!
Tidaklah tinggi sangat bukit yang kami daki tu! 500 meter naik, dan 500 meter turun. Kira 1 km jugalah. Ada dua laluan, iaitu lauan curam dan laluan landai. Kami yang dah makcik-makcik menuju ke nanny-nanny ini pilih laluan landai!
Orang kata, sekadar keluarkan peluh!
Ada masa nanti Amie tuliskan pengalaman ala-ala 'jungle tracking' kami ini.
Dari puncak Taruakan Hill ini, boleh nampak pemandangan laut di sekitar Pulau Sakar.
Penat jugalah....ahaks!
Yang penting semua happy!
Sempat melihat-lihat ikan keratang dalam sangkar.
Orang sini kata, sewaktu kecil dipanggil ikan kerapu, dan bila sudah besar dipanggil ikan keratang!
Tuan punya ikan sangkar ini kata, ramai yang nak beli ikan keratang peliharaannya, terutama orang Cina dan sanggup tawarkan harga sehingga RM30.000.00! Kenapa ikan jenis ini menjadi rebutan orang Cina? Bila Amie tanya Pak Google, rupanya ikan keratang ini merupakan ikan kerapu super hasil kacukan Brown Marbled Grouper dan Tiger Grouper dan setakat ini hanya ada di Sabah sahaja. Penternak ikan keratang jenis ini hanya mengeksport ke China dan Hong Kong sahaja sebagai hidangan mewah di hotel dan restoran. Katanya isinya sangat sedap, warna putih, licin, pejajal dan anjal. Kulitnya pula mengandungi kolagen yang tinggi!
Pakej kami murah saja... hanya RM30 termasuk perjalanan pergi balik naik bot, guide daki bukit dan makan tengahari! Murah sangat bukan?
Cerita pagi ini pula, Amie masak mee hoon goreng bubuh bayam brazil sebagai pengganti sayur sawi! Rimbun subur bayam brazil yang Encik Suami tanam sewaktu PKP dulu! Cuba masak dengan mee hoon, sedap juga rasanya!
Gambar bayam Brazil atas dan bawah : Ketika mula ditanam musim PKP dulu.
Resepi mee hoon bayam brazil sama saja seperti mee hoon yang biasa kita goreng tu. Amie bubuh perencah udang kering dan tambah hirisan cili padi untuk rasa pedas.
Habis licin dah mee hoon goreng dengan bayam Brazil ni.
Sempat juga buat buat lempeng pisang bubuh jagung krim. Dah banyak kali juga kongsi di blog. Memang sedap sangat! Kali ini Amie nak habiskan baki minyak sapi, jadi cuba oleskan di kuali. Aromanya memang menggoda! Boleh gunakan minyak masak biasa, marjerin atau mentega.
Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan masak ranum
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3/4 tin jagung krim
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
minyak sapi (boleh gunakan minyak biasa / marjerin / mentega)
Boleh ubahsuai penggunaan bahan ikut citarasa masing-masing. Kalau suka rasa yang lebih manis boleh bubuh gula atau susu pekat manis. Kalau selera Amie dan Encik Suami memang tak bubuh tambahan gula atau susu pekat manis sebab pisang tu dah cukup manis.
Kalau nak lebih lembut gebu bubuhlah baking powder dan soda bikarbonat. Kali ini Amie bubuh kedua-dua bahan ini. Lempeng pertama memang terus masuk mulut...kah!
Ketika sedang bersarapan, kita tanya Encik Suami.
- Kenapa tebang dahan pokok mangga? Ada kerengga ke?
+Tak ada kerengga. Memang nak cantas dahan supaya tumbuh rendang. Nampak pulak bunga-bunga mangga timbul! Mangga belum habis, sudah berbunga lagi.
-Dah tahu pokok mangga berbunga lagi, kenapa cantas dahannya juga?
+Mangga kan berbuah di bahagian bawah. Nanti tak dapat cahaya matahari sebab bahagian atas yang rimbun menghalang matahari sampai ke bawah.
- Ooooooo....
Setakat ini memang tak nampak kerengga pun pada pokok mangga udang tu...hiks!
Selesai minum pagi, Encik Suami sambung semula hobinya mengurus tanamannya.
Kita duduk menghadap PC sekejap. Buka FB dan buka WhatsApp dan yang sewaktu dengannya. Zaman sekarang kalau tak peduli dengan media sosial, memang banyaklah info yang tertinggal!
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah yang tidak putus-putus dengan rezekinya!
Pagi ini juga terima khabar dari Abang Farid kerana dapat tawaran sambung belajar ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan Sains Gunaan.
Tahniah buat Abang Farid.
Rindu sangat dengan Abang Farid .
Jun 2020, Abang Farid telah menyempurnakan pengajian peringkat sarjana tetapi tidak dapat meraikan hari konvokesyennya yang ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Gambar di atas, Abang Farid di pagi hari ketika konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)nya di UKM, Bangi pada November 2017.
Moga Abang Farid sentiasa sihat dan bersemangat untuk meneruskan pengajian seterusnya.
Menarik..Muranh sangat pakej tu
BalasPadamSeronok tu dapat hiking keluarkan peluh. tempat pun cantik sangat. Pakej murah kira berbaloi tu.
BalasPadamNanti sy ke Sabah, kak amie je lah jadi tour guide, boleh? Haha.. Teringin nak ke pulau-pulau & hiking macam akk.
BalasPadamTahniah buat puan Amie dan anak yang berjaya melanjutkan pelajaran.
BalasPadamSemoga anak Melayu terus maju jaya..:)
Seronok baca blog puan yg penuh kata-kata positif.
saya dulu pun ambil sains kimia juga :D. Saya belajar di USM dulu
BalasPadamLama tak dengar pasal anak k.amie dok follow zaman sekolah lagi.. wah dah besar abang farid ni tahniahhh dah nak masuk buat ph.d
BalasPadam온라인카지노 You present a very well-written article and with some awesome information which is very helpful, like me as reader. Thanks for sharing it and also
BalasPadamplease visit our great site below.
바카라사이트 Thanks for sharing the informative post. If you are looking the Linksys extender setup guidelines . so, we have a best technical expert for handlings your quires. for more information gets touch with us
BalasPadam토토사이트 Thanks for this helpful article. Looking forward to having my portfolio. You can also read some of my great reviews about Best
BalasPadamEnjoyed a lot while reading this amazing article this was very informative & knowledgeable content on this blog thanx for sharing such an amazing article.
BalasPadamAssignment Writing Help