Pages

Ahad, 12 Julai 2020

Cekodok Pisang Lagi!

Selamat berhujung minggu.
Moga sihat-sihat sahaja hari ini.
Apa agakny aktiviti hujung minggu bersama keluarga di pagi ini?
Sebelum beraktiviti, jangan lupa alas perut terlebih dahulu.

Kalau ikutkan hati, memang tak larat nak bangun pagi ini. Kepala berat semacam akibat selsema yang menyerang dua hari lepas. Badan pun terasa panas, tapi bila kuatkan semangat bangun pagi sedikit-demi sedikit badan terasa ringan. Melihat Encik Suami sedang menjemur pakaian, baiklah kita sediakan sarapan pula untuknya dan juga untuk anak-anak. Amie sediakan sarapan yang ringan-ringan sahaja. Ada sesikat pisang susu, Amie lenyek 10 biji untuk dibuat cekodok.

Membuat cekodok pisang tidaklah sesukar mana, tetapi kalau tak biasa mengolahnya memang ada kalanya tak menjadi. Amie kongsikan resepi cekodok pisang yang biasa Amie buat. Selalunya Amie gunakan pisang berangan, tapi pagi ini gunkan pisang susu pula. Terpulanlah ikut selera masing-masing nak bubuh apa. kalau tak suka manis, tak perlulah tambah gula, cukuplah sekadar manis-manis manja rasa pisang. Amie gunakan gula merah, sebab suka rasanya yang lemak-lemak manis.

Bahan-bahan:
10 biji pisang susu (pisang lain seperti pisang berangan, pisang emas dan lain-lain)
1  1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula merah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak

Ada yang hanya bubuh soda bikarbonat sahaja tanpa menambah baking powder. Ada yang tak bubuh langsung bahan penaik. Dan ada juga yang tambahkan marjerin, katanya untuk hasil lebih rangup.

Cara:
1. Lenyek pisang hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum, gula merah, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Gaul hingga sebati.
4. Panaskan minyak yang banyak.
5. Celupkan kelima-lima jari ke dalam mangkuk berisi air dan ambil sejemput adunan dengan menggunakan hujung jari.
6. Lepaskan adunan tadi ke dalam kuali. Apabila jemput -jemput @ cekodok pisang mula masak, ia akan terapung ringan di permukaan minyak.
7. Goreng dan kacau sekali-sekala  hingga masak. Angkat dan toskan.

Selain cekodok pisang, Amie rebuskan jagung manis.


 Encik Suami suka minum kopi. Anak-anak minum teh. Amie suka Milo Less Sugar!
Hurrmmm... aneka selera!

 Telur setengah masak untuk Encik Suami.

 Sarapan pagi seadanya.

 Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi.... pukul 6 pagi, jiran beru salam.
Nasi kuning masih panas berasap dihulur!

Enak sungguh nasi kuning hasil air tangan jiran, dengan sambal ayam yang sungguh lazat!
Terima kasih jiran kami!

Encik Suami pula kutip buah mangga udang dengan pisang yang sudah hampr masak di belakang rumah!
Moga diriku terus rasa sihat dan cergas!


3 ulasan:

  1. walaikumusalam. semoga cepat sembuh amie. cantik rupa cekodok tu. seriusly saya tak reti sgt buat, selalu comot yg ada bentuk titik2 tu. alhamdulilah best dpt jiran pemurah. kita sini takda camtu.

    BalasPadam
  2. Wahh rezeki pagi hari dapat juadah dari jiran... Alhamdulillah... Btw, semoga cepat sembuh!!

    BalasPadam
  3. Celupkan cari tu jari ke kak amie? betul kak, kadang salah olah memang tak menjadi. Sedap ni makan cekodok pisang rangup

    BalasPadam