Pages

Ahad, 12 Julai 2020

Jalan-Jalan Cari Makan di Kunak

Cerita minggu lepas.
Pagi Sabtu, 4 Julai 2020.
Hujan renyai-renyai.
Berdua bersama Encik Suami meredah Jalan Silam menuju ke Kunak, lebih kurang 75 km dari LD.

Sampai ke pekan Kunak, masih hujan juga.
Setelah meronda Pasar Am Kunak, beli apa yang berkenan di mata, kami pun singgah seketika di gerai.

 
Hujan masih turun.
Kena cari makanan yang panas untuk hangakan badan.
Meratah sayap ayam dan tongkeng ayam panggang.
Dan hirup sup bakso!
Kemudian redah hujan lagi menuju ke pasar ikan.
Jalan sana, jalan sini dan beli itu beli ini, perut pun mula rasa lapar. Rupanya sudah hampir pukul 1 tengahari.


Kami singgah makan tengahari di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner. Yang tersesat di Kunak dan ingin cari ikan bakar segar boleh lihat lebih lanjut di FB : Senduk Jebat Ikan Bakar Corner. Teruja melihat ikan segar, kami pun minta sekeping ikan tenggiri dan seekor ikan merah serta sotong. Semuanya dibakar / panggang. Kenyang sangat makan nasi lauk ikan dan sotong bakar serta nangka muda masak lemak, minum pula air kelapa muda! Rasa tak larat pula nak bawa diri balik ke LD... ahaks!

 Cuaca terus mendung walaupun hujan telah berhenti.
Kita tinggalkan Kunak, sebuah pekan kecil yang pernah mendapat gelaran pekan koboi suatu ketika dahulu.


Inilah keunikan daerah-daerah di Sabah. Kalau singgah ke Kunak, akan terlihat replika udang. Kalau ke Semporna akan terjumpa replika ikan kerapu. Di Tawau pula ada replika ikan, dan ketam!

Akhir cerita, terlihat petai bergantungan di pondok kecil tepi jalan maka kami pun singgah beli di sini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke LD.


10 ulasan:

  1. Bilalah nak sampai ke Sabah kak. Raza nak explore satu negeri sebab keunikannya

    BalasPadam
  2. WAJ MENARIK KUNAK KAYA DGN SUMBER ALAM SEMULAJADI

    BalasPadam
  3. teringat pula saya ada kawan berasal dari kunak. Saya tak pernah sampai kunak. Pernahlah ke sabah dulu, ada conference di KK. Habis conference, pusing-pusing sekitar situ je..hehe

    BalasPadam
  4. sedap tengok semua menu tu kak... aduhai, bila la dana nak sampai sabah.. sarawak pernah sampai tapi lama dulu tahun 2005

    BalasPadam
  5. menggoda semua makanan tu Amie.
    Teringat saya kesedapan makan sayap dan tongkeng ayam di Tenom.

    Entah bila lagi ada rezeki nak explore Sabah.

    BalasPadam
  6. Musim hujan sekarang ni. Tiap tiap hari cuaca mendung dan ada kalanya hujan. Sedap hujan hujan ni makan masakan panas. Lagi lagi sup.

    BalasPadam
  7. Terima kasih sudi singgah dan mencuba ikan bakar di gerai kami Senduk Jebat Ikan Bakar Corner...Semoga berpuashati dengan apa yg kami sajikan dan sudi2lah singgah lagi 😁😁😁😁

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Puan. Saya ada bc yg ttg replika tu. Adakah ia mewakili lauk tu popular di kwsn tersebut? Contohnya nak makan udang puas2 boleh ke Kunak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jarang jumpa udang di Kunak. Kalau restoran di Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Tawau memang ada disediakan udang fresh.

      Padam