Akhir-akhir ini agak jarang bersiaran.
Orang kata macam iklan biskut Chipsmore : Kejap Ada Kejap Tak Ada!
Sekali muncul, kemudian menghilang semula!
Rindu waktu terluang sepanjang PKP!
Bila keluar rumah untuk sambung kerja, kenalah atur waktu agar disiplin kerja dipatuhi.
5:45 pagi sudah start enjin kereta.
Pulang ke rumah biasanya ketika waktu Asar hampir tiba!
Masak mana yang sempat.
Kadang ambil gambar. Kadang tidak.
Dah ambil gambar, tersimpan dalam kad memori saja.
Selepas solat Maghrib atau solat Isya' ajar Firdaus mengaji Quran dan kemudian kena bimbing Firdaus siapkan kerja sekolah yang dikirim oleh guru-gurunya melalui aplikasi whatsApp.
Kemudian terus tidur. Memang kena tidur awal supaya dapat kembalikan semula tenaga yang digunakan dari pukul 4 pagi hingga 5 petang! 13 jam tanpa rehat! Alhamdulillah, kudrat yang ada semuanya anugerah daripada-Nya! Sebagai kaki tangan awam, sebaiknya ingin bertugas penuh dedikasi dan niat bekerja kerana Allah, dan pulang ke rumah terus sandang semula jawatan sebagai suri rumah, berkhidmat untuk keluarga tercinta!
Dan berblogging ini sekadar untuk suka-suka saja!
Selagi masih rajin ke dapur, dan selagi masih rajin tangkap gambar masakan, bolehlah terus update blog.
Antara makanan dan layan keletihan, memang utamakan rehatkan diri. Orang kata, biar kurang makan jangan kurang rehat. Tapi dua-duanya penting.... ahaks!
Kalau boleh, ingin disiplinkan diri tidur sebelum pukul 10 malam supaya keesokan paginya kembali segar!
Sekadar ambil 'mood' setelah beberapa hari tidak jenguk dapur maya!
Rutin bermula ye Amie..
BalasPadamNanti dah buka sekolah 2 Ogos..
Lagi byk tenaga kena cas..
ok
BalasPadamSedap tengok takoyaki tuuuu
BalasPadamsamalah kita. kejap muncul kejap menghilang. Kalau dah sibuk memang tak terkejar nak buat semua. buat mana yang perlu diutamakan dulu. tengok takoyaki rasa macam lama tak dapat makan takoyaki sedap. yang beli semua macam mengecewakan.
BalasPadamsedapnya, nice info.....
BalasPadam