Pages

Jumaat, 12 Jun 2020

Kuey Teow Goreng Seafood

Jom masak Kuetiau Goreng Seafood!
Boleh kita makan sama ada sebagai sarapan, makan tengahari atau petang. Makan tengahari tak semestinya makan nasi... ahaks! 

Bahan-bahan:
1 kg kuetiau - bilas dan toskan
1 cawan isi kerang rebus
1 cawan hirisan sotong
1 cawan isi udang segar
2 cawan daun kucai
2 cawan taugeh
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 biji cili merah - hiris
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar kicap lemak manis
kiub ikan bilis / perasa pilihan
1/2 cawan minyak





 Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar serta bawang putih sehingga layu kekuningan.
  2. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak
  3. Kemudian masukkan udang segar, diikuti dengan sotong dan isi kerang. Gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan kuetiau.
  5. Tuangkang sos cili, sos tiram, sos tomato, sos ikan dan sos kicap lemak manis.
  6. Gaul rata. Taburkan kiub ikan bilis / perasa pilihan. 
  7. Kemudian masukkan daun kucai, dan gaul. 
  8. Masukkan pula taugeh. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
  9. Sedia dihidangkan dan enak dinikmati bersama cili jeruk.

 Jemput!
Untuk lebih jelas, sila tonton video cara memasak di you tube di bawah ini:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan