Pages

Khamis, 11 Jun 2020

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga

Assalamualaikum.
Jumpa lagi di pagi hari Khamis yang dingin. 
Alhamdulillah, hujan turun membasahi bumi tidak kira waktu, siang atau pun malam. 
Moga bertambah subur dan makmur bumi Malaysia.
Aamiin.
Kelmarin Fuad telah berjaya melepasi 14 hari kuarantin dan telah melapor diri untuk pengesahan status kesihatan bebas dari Covid-19. Sempat juga potong rambutnya yang sudah panjang!
Nampaknya tidak ada rezeki Abang Farid untuk pulang ke LD. Biarlah Abang Farid teruskan aktivitinya di Seri Iskandar. 
Kelmarin Abang Farid tanya, Mommy tak update blog lagikah?
Oh! Rupanya sudah hampir seminggu tak masuk dapur maya!
Ada! Hari-hari Mommy masak, layan selera Fuad yang sedang dikuarantin.
Setiap hari ada saja cadangannya untuk masak itu dan ini. 

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
Kali ini Amie kongsikan resipi kegemaran keluarga iaitu Ayam Masak Merah. Mungkin resipinya berbeza sedikit dengan resipi yang biasa kita masak. Amie gunakan tomato segar. Tidak tambah sos tomato atau sos cili. Jom kita lihat resipinya di bawah ini.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
Bahan-bahan:

1 kg ayam (2 kepingan sukuan peha) - potong 10 - bersihkan - cuci dan tos - lumur dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit - ketepikan
500 gram tomato segar - potong dadu
2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
3 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar - hiris kasar
minyak
2 sudu besar gula melaka
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5 biji buah keras
2 cm halia


Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
 Cara memasak: 

  1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 3/4 cawan minyak bekas gorengan ayam di dalam kuali.
  3. Goreng hirisan bawang besar bersama serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga terbit bau.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  5. Seterusnya masukkan gula melaka dan tomato. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu sehingga tomato hancur dan terbit minyak sekali lagi. Kemudian masukkan daun kari.
  6. Masukkan ayam goreng. Gaul rata dan biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
  7. Akhir sekali perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  8. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
 Antara bahan yang digunakan dalam masakan.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
Kalau rajin, boleh buang kulit tomato. Cara lain ialah dengan celur seketika tomato dalam air panas mendidih, dan kemudian rendam dalam air sejuk. Kemudian kupas kulitnya. Kalau tak berapa rajin macam Amie, masak sekali harung dengan kulitnya hingga hancur.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
Tomato sudah mengandungi rasa manis dan masam. Kalau kurang rasa, boleh tambahkan asam keping atau air asam jawa. Amie hanya tambahkan gula melaka saja untuk timbulkan rasa lebih manis.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
 Tomato sudah hancur dan kuah pun sudah terbit minyak. Bolehlah masukkan ayam goreng.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
Masih gunakan api sederhana perlahan. Biarkan ayam goreng setengah masak tadi masak sepenuhnya.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
Jangan lupa lengkapkan rasa dengan garam / perasa pilihan secukupnya. Minyak yang berlebihan di permukaan Ayam Masak Merah iu bolehlah dibuang.

Resipi Ayam Masak Merah Kegemaran Keluarga
Ayam Masak Merah dah siap!

2 ulasan:

  1. sedapnya kak... dana pun suka guna tomato segar untuk masak ayam merah rasa lagi sedap kot...
    rasanya raya ni macam dana belum sempat masak menu ini lagi nih... kene masak jugak nih

    BalasPadam