Masih lagi cerita tentang hari raya walaupun tak berapa nak berayanya.... ahaks!
Semuanya tinggal kenangan bersejarah. Nostalgia yang tak mungkin dapat dilupakan apabila beraya dalam suasana PKP.
Masih ingat lagi sewaktu peti sejuk rosak, terpaksa mencari akal untuk simpan bahan makanan yang tidak boleh diletakkan di dalam suhu bilik. Syukurlah kami ada freezer. Bolehlah digunakan untuk simpan bahan makanan walaupun dalam keadaan sejukbeku. Tidak ada kedai yang sanggup baiki peti sejuk kami semasa musim PKP. Jadi sepanjang bulan Ramadhan, kami simpan makanan dalam freezer saja.
Allahu Akbar.
Setelah peti sejuk rosak, dua hari kemudian freezer puala rosak!
Encik Suami panggil 'orang pandai' baiki freezer. Orang yang baiki freezer ini tak pandai pula baiki peti sejuk. Freezer pun ok. Berfungsi seperti sediakala.
Dua hari kemudian, freezer rosak lagi!
Panggil 'orang pandai' itu lagi untuk baiki.
Oleh kerana semua kedai elektronik tutup, memang tidak ada spare part yang boleh dibeli. Katanya, terpaksa gunakan suhu paling maksima dan bersedialah dengan fros yang akan muncul dalam freezer. Tak ada pilihan lain. Akur saja!
Amie nak kongsi salah satu juadah hari raya yang lepas iaitu Sayap Ayam Goreng / Panggang. Kami di sini panggil sayap, dan di Malaya orang panggil kepak. Amie perap sayap ayam pada malam sebelum menjelang hari raya. Hasil perapan sayap ayam ini boleh digoreng dan boleh juga dipanggang dalam kuali ajaib. Nak panggang macam buat BBQ pun boleh.
Sayap ayam yang Amie perap ini sebenarnya dijadikan 'penyelamat' kalau lauk-pauk yang lain kelihatan akan habis...ahaks! Walaupun suasana PKP, tak boleh dijangkakan juga berapa ramai ahli keluarga yang datang. Rasanya, memang kami ipar duai dan biras seolah-olah sepakat, kalau buat rumah terbuka mesti perap sayap ayam sebagai 'penyelamat' keadaan. Bila dah siap perap, hanya tinggal goreng sahaja.
Amie perap 4.8 kg sayap ayam. Encik Suami kata, biar perap lebih, jangan kurang! Kalau lebih, bakinya masih boleh disimpan.
Bahan-bahan:
4.8 kg sayap ayam - bersihkan dan potong 2 - bilas - toskan
3 sudu besar minyak bijan
3 helai daun pandan - siat dan potong
4 batang serai - diketuk
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar kicap lemak manis
4 sudu besar stok pekat ayam Maggi
2 sudu besar serbuk Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar gula pasir
Bahan kisar:
10 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
5 cm halia
1 sudu besar lada putih
Cara:
- Masukkan sayap ayam ke dalam sebuah bekas besar.
- Kemudian gaul dengan semua bahan di atas.
- Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum digoreng.
Kalau nak goreng segera pun boleh. Perap dahulu lebih kurang 20 minit dan kemudian goreng dengan menggunakan api sederhana supaya sayap ayam masak sekata. Nak panggang pun sedap! Amie selalu buat dua cara, separuh di goreng dan separuh lagi dipanggang. Dua-dua cara pun sedap!
Jom kita simpan dalam freezer. Esok pagi boleh dikeluarkan dua atau tiga bekas untuk nyahbeku, dan bolehlah goreng sebelum tetamu sampai.
Syukurlah terjumpa tupperware bentuk segi empat sama yang panjang-panjang begini. Oleh kerana freezer sudah penuh sesak, terpaksa pandai-pandailah menyusun atur lauk 'penyelamat' ini.
Sayap Ayam Goreng memang laku keras!
Ratah begitu saja pun dah cukup sedap!
Kadang-kadang bila ada sayap ayam goreng, lauk yang lain kena jeling-jeling saja... ahaks!
Yang pastinya, Sayap Ayam Goreng memang yang pertama hilang dari pandangan bila dihidangkan! Itu sebabnya, Encik Suami selalu pesan, biar lebih, jangan kurang. Kalau sudah licin di pinggan hidangan, cepat-cepat ambil tambahan di dapur. Kalau di dapur pun sudah habis, segeralah buka api dapur, tenggekkan kuali yang memang sudah berisi minyak. Goreng lagi.
Sekian.
Salah satu menu hari raya PKP : Sayap Ayam Goreng.
Wak pun kalau makan ayam, cari part sayap dulu.
BalasPadamNampak sedap juadah sayap ayam tu.
perghhhh
BalasPadamsedapnya
Hans dah suka kepak ayam
pos sini sebekas
hahaha
Betul Kak peram banyak2 nanti senang kalau ada tiba-tiba tetamu datang.
BalasPadamSuka makan chicken wing. dulu selalu berebut. Sekarang ni beli je yang banyak macam ni tak berebut dah. Sedap digoreng ataupun bakar. Nak cubalah perapan macam akak ni. Tq kak share resepi sedap.
BalasPadam